Part 16

29 10 0
                                    

Catz : "Wargh!"

Jeritan Catz sangat kuat di subuh hari sehinggakan kesemua mereka terjaga daripada tidur masing-masing.

Shadow : "*Yawn~ Apa bising-bising ini, woi?"

Mereka semua melihat ke arah Catz yang menjadi punca kekecohan itu. Catz sedang ligat membelasah Cackle di atas katil mereka.

Akan tetapi bukan itu yang menjadi tumpuan mereka sekarang. Ianya Catz... memakai t-shirt sendat berwarna merah jambu dengan seluar ketat merah jambu yang sangat terang.

Sudah kenapa Catz memakai baju sedemikian?

Catz : "Ini semua kau punya kerja kan, Cackle? Sejak bila kau bawa baju ini? Aku rasa aku sudah buang baju ini!"

Cackle : "Aku sempat ambil baju ini sebelum kau buangnya. Ahahah.... Baju itu kan fans kau yang bagi? Kau nampak comel apa?"

Catz : "Kepala otak kau comel! Kau diam sekarang!"

Ianya sangat riuh pada hari tersebut. Hanya disebabkan oleh mereka berdua sahaja. Isunya hanyalah baju sendat berwarna merah jambu.

Xiwen : "Aku tak perasan langsung yang dia bagi kau pakai baju itu semalam."

Vector : "*Piwwit~ Sexy bhai...."

Catz : "Kau pun diam, Vector! Kau dua kali lima sahaja dengan Cackle!"

Sungguh marah Catz tika itu sehingga tidak terfikir apa yang telah berlaku pada dirinya malam semalam.

Sudah hampir beberapa minit Catz melepaskan geram tiba-tiba Catz terkaku.

Catz : "Actually... apa yang sudah terjadi sebenarnya?"

Baru terdetik Catz hendak bertanya kepada mereka tentang peristiwa yang berlaku malam semalam.

Xiwen : "Aah.... Kau mabuk semalam. Mabuk tanpa sengaja."

Terus terbeliak anak mata si Catz mendengar keterangan daripada mulut Xiwen sendiri.

Catz : "Apa? Aku mabuk malam semalam? Kau tidak bergurau kan?"

Shadow : "Kalau tak, mana mungkin kau boleh berpakaian begitu? Pfft...."

Shadow terus ketawa terbahak-bahak. Reaksi Catz sangat geram dengan Shadow. Mahu sahaja dia melesing kepala si Shadow itu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi keroncongan yang agak kuat di dalam bilik itu.

‘Gru~’

Kesemua mereka sudah membisu. Gerangan siapakah yang telah menghasilkan bunyi yang begitu meriah itu?

Catz : "Aku laparlah, kau orang...."

Setelah mereka mendapat tahu bahawa bunyi itu terhasil daripada Catz, masing-masing sudah tersengih kerang busuk.

Shadow : "Okey. Pinky boy sudah kebulur, guys. Jomlah kita bersiap."

Shadow sekali lagi dengan mood menyakatnya.

Catz : "Kau tutup mulut kau itu."

🌸🌸🌸

Mereka pun kemudian bersiap dan keluar untuk bersarapan.

Mereka bersarapan di sebuah cafe berhampiran hotel. Masing-masing sedang khusyuk menjamu selera. Akan tetapi Catz sedang khusyuk melihat telefon bimbitnya.

Xiwen : "Urm, Catz.... Kau tahu kan, yang ianya kurang adab kalau kau membuka phone kau ketika makan?"

Ichiya : "Betul itu."

Catz : "Maaf. Aku tahu itu. Bagi aku sedikit masa. Ada urusan urgent sekarang ini."

Cackle : "Urgent? Actually apa yang kau sibukkan itu? Sudah macam menteri sibuknya itu."

Catz menaip-naip pada telefon bimbitnya, kemudian dia menunjukkan kepada mereka yang lain skrin telefonnya.

Cackle : "Apa benda?"

Catz : "Aku dah jual 5 000 setengah tiket dah."

Mereka yang lain sangat terkejut mendengar kata-kata Catz. Untuk melihat kepastiannya, mereka melihat ke arah skrin telefon Catz. Ianya jumlah wang yang sudah dipindahkan ke akaun pengurus Ichiya.

Cackle : "Seriously?"

Vector : "Dalam masa satu malam sahaja?"

Mereka pun mengambil telefon bimbit Catz dan melihat dengan lebih dekat. Masih sukar dipercayai apa yang telah mereka dengar itu.

Shadow : "Siapa dia orang ini, Catz?"

Catz : "Dalam itu ada sebahagian daripada group fan club aku, website drama dan group billionaire international...."

Terus ternganga mereka yang lain-lain mendengar kelab yang telah Catz sertai. Bukan calang-calang dia punya kelab.

Vector : "Banyaknya website yang kau join dan satu lagi, bila masa kau minat drama?"

Catz : "Aku memang layan dramalah. Dah berapa lama kau kenal dengan aku ini? Oh, tolonglah...."

Xiwen : "Wau.... Kau ada dalam group billionaire?"

Cackle : "Dia kan sememangnya billionaire muda. Sebab itu sangat digilai ramai. Dalam akaun ada berapa puluh juta dah, Catz?"

Catz hanya menjeling ke arah Cackle. Memang benar Catz tergolong dalam kalangan jutawan muda. Namun dia sangat merendah diri orangnya. Enggan untuk dia mengaku bahawa dia seorang jutawan.

Shadow : "Haah.... Malangnya, 5 000 dengan 200 000 sangat jauh berbeza."

Catz : "Aku tahu itu.... Masih jauh lagi perjalanan kita."

Catz mengeluh sambil bersandar pada kerusi cafe. Dahinya di picit dengan kuat memikirkan rancangan seterusnya.

Catz : "Aku tengah cuba untuk bodek lagi kelab-kelab lain ini. Tengah berserabut ini."

Xiwen : "Apa kata kalau kau makan dulu? Kalau dengan perut yang kosong itu berfikir, memanglah bertambah berserabut."

Catz : "Kes ini membuatkan aku tiada mood untuk makan. Tapi kalau aku tak makan, naya pula aku."

Cackle : "Tahu pun kau. Sekarang ini, makan ya? Sebelum aku yang suapkan."

Catz : "Hmm...."

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now