Kini, mereka semua telah bersiap di meja makan. Mereka bebas untuk memesan segala menu yang ada di restoran itu tanpa perlu membayar sesen pun.
Vector : "Yeah! Masa untuk makan...!"
Catz : "Aku sudah tak boleh masuk lagi ini."
Shadow : "Itulah kau. Orang bekerja, kau makan."
Catz : "Mana ada aku makan. Dia orang yang nak suapkan. Tak akan aku nak tolak pula? *Burk!"
Catz terus menutup mulutnya menahan rasa nak muntah kerana banyak sangat makan.
Ichiya : "Haiz.... Kamu semua berehatlah dulu. Nanti pukul 1.30 tengahari ini kamu semua akan mula bekerja balik."
Catz : "Boleh tak bagi saya air lemon?"
Catz memesan kepada salah seorang pekerja di restoran itu.
Ichiya : "Haa.... Sekejap ya, Catz? Pelayan? Bagi air lemon."
Pesanan Catz itu dikukuhkan oleh pengurus Ichiya.
Catz : "Cuma air mineral lepas itu perahkan lemon. Tak nak gula."
“Okey.”
Balas salah seorang pekerja di situ.
Xiwen : "Catz.... Perut kau itu tengah penuh, lepas itu kau minum benda masam pula. Alamatnya, lepas ini membuanglah kau."
Catz : "Aku memang nak membuang pun. Daripada aku muntah, refer aku berlari ke tandas."
Xiwen : "Hmm.... Suka hati kaulah."
Mereka semua pun makan dengan berseleranya kecuali Catz.
Catz : "Haa.... Gemuklah aku kerja dekat sini."
Cackle : "Ahahah.... Untunglah. Orang lain kerja penat, dia free-free sahaja dapat makan."
Vector : "Orang suapkan pula itu~"
Cackle dan Vector sudah mula hendak menyakat.
Catz : "Kau orang senyap. Perut aku rasa nak meletup dah ini."
🌸🌸🌸
Selepas tamat masa rehat, mereka kembali bekerja sehinggalah jam 6.00 petang. Restoran telah menutup tirainya pada hari tersebut.
Mereka pun berkumpul dengan pengurus restoran untuk pembayaran komisen kerja mereka pada hati itu.
“Terima kasih atas kesudian menjadi duta restoran kami pada minggu ini.”
Jelas pengurus restoran itu dengan penuh rasa hormat.
Ichiya : "Eh, tak. Terima kasih sebab menjemput kami ke sini. Kami pun kebetulan tengah free sekarang ini."
“Apa pun, semoga kamu semua terus maju jaya dan ini dia bayarannya.”
Pengurus restoran itu mengeluarkan beg bimbit yang berisi sejumlah wang yang sangat banyak.
Sesudah itu, mereka pun pulang ke hotel dan berehat setelah berpenat lelah bekerja. Akan tetapi Catz, dia meragam sakit perut di atas katil. Tertonggeng ke sanalah, ke sinilah dia.
Xiwen : "Kau dah letak minyak panas ke, Catz?"
Catz : "Dah.... Tetapi tidak jalan. Perut aku dah merah ini kena panas minyak angin."
Kemudian pengurus Ichiya berjalan masuk ke dalam bilik mereka. Melihatkan keadaan Catz yang tidak senang itu, terus mengubah mood pengurus nyah itu
Ichiya : "Apa lagi itu?"
Vector : "Catz sembelit."
Ichiya : "Banyak betul penyakit kau ini, Catz."
Catz : "Managerlah ini. Mata duitan sangat. Ergh.... Aduh.... Memulasnya tak boleh nak bawa bincang."
Catz terus meragam ibarat perempuan yang sedang meroyan.
Ichiya : "I juga yang dipersalahkan.... Kalau kau orang tak buat kerja, mana kita nak dapat duit? Nak I bubarkan team kau orang ini ke?
Semua sudah membulatkan mata dengan ugutan pengurus. Secara serentak mereka menidakkan rancangan pengurus Ichiya.
“Jangan!”
Ichiya : "Tahu takut...."
Vector : "Alamak.... Sejak bila manager pandai ugut macam ini?"
Ichiya : "I akan bubarkan team kau orang kalau kau orang tak nak bersungguh-sungguh."
Xiwen : "Tapi kita orang dah dapat banyak anugerah sebelum ini."
Vector : "Ye. Lagi-lagi tahun lepas. Kita tersenarai ke peringkat antarabangsa. Tak akan tak memadai lagi?"
Ichiya : "Bukan tak cukup. Tapi sekarang ini, dah banyak kumpulan-kumpulan pop yang baru. Kau orang pernah dengar kan, kumpulan Hyper-Z?"
Ianya sebuah kumpulan pop dengan empat orang lelaki didalamnya. Maklumat lanjut berkaitan kumpulan ini boleh ditemui dalam buku 'Perjuangan Jihadku, karya Hirito Haru'.
Cackle : "Kumpulan apa itu?"
Lynx : "Ianya kumpulan baru debut dua tahun lepas. Ada empat orang ahli."
Shadow : "Mr. Searcher bagitahu ya?"
Lynx : "Tak. Ada member kolej aku dekat dalam team itu."
Vector : "Uwau.... Sekejap? Kita masuk kolej yang sama kan, Ex? Kalau macam itu, mesti aku kenal juga. Siapa?"
Lynx : "Kau carilah sendiri."
Vector : "Alaa.... Ex."
Melihatkan mereka yang sudah mula menyeleweng ke arah lain, pengurus Ichiya terus menyambung hujahnya.
Ichiya : "Kumpulan dia orang dah mula bersaing sengit dengan kita kalau kau orang nak tahu. Baru dua tahun debut dan dia orang dah mula naik. Kau orang?"
Hujah pengurus telah mendatangkan rasa tidak berpuas hati kepada Catz.
Catz : "Manager tak boleh nak samakan kita orang dengan dia orang."
Kesemua mereka terdiam melihat Catz yang begitu berani menjelaskan pendapatnya.
Catz : "Dengan sesiapa pun. Kalau nak diikutkan, manager tak ada hak nak gandingkan kita orang."
Pengurus Ichiya hanya memandang kosong ke arah Catz.
Catz : "Dia orang menyerlah dengan cara dia orang sendiri dan kita menyerlah dengan cara kita sendiri."
Kali ini, barulah mereka yang lain menyokong hujah Catz itu.
Shadow : "Betul itu."
Cackle : "Kalau manager tak berpuas hati dengan prestasi kita orang sebelum ini, kita orang boleh buat dengan lebih baik lagi."
Vector : "Yosh! Aku dah mula bersemangat."
Xiwen : "Kita dah pernah masuk international sebelum ini. So ianya tak mustahil untuk nama kita naik lagi."
Pengurus Ichiya terus tersenyum melihat anak majikannya mula bersemangat.
Ichiya : "Kalau begitu, I cabar kau orang. Kita akan buat konsert dekat sini dan kau orang kena menjual tiket sebanyak 200 000 kepada orang awam."
YOU ARE READING
Xros Story : Yakuza's Issue [✓]
Novela JuvenilGENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi yang mustahak. "I cabar kau orang untuk menjual 200 000 tiket untuk konsert kita." Kata-kata yang ke...