Part 27

24 9 0
                                    

Di bilik persiapan khas, Shadow sudah bersiap dengan sarung tangan dan penutup mulut dan hidungnya. Begitulah penampilan Shadow ketika mana dia menjadi seorang ahli gusti dahulu.

Shadow : "Haze satu-satunya orang yang pernah patahkan kaki aku. Kalau kau orang perasan, buku lali kiri aku ini senget sedikit."

Vector : "Ya. Ada perasan."

Cackle : "Kalau kau menari pun aku boleh perasan. Kaki kiri kau lagi kekok bergerak berbanding kaki kanan kau."

Xiwen : "Guys.... Dah 30 minit. Aku risaukan Catz sekarang ini. Kalau dia orang tak bagi dia apa-apa medicine, dia mungkin mengalami masalah kekurangan darah yang serius."

Vector : "Apa yang akan jadi kalau kurang darah?"

Xiwen : "Sistem dalam badan akan lambat berfungsi. Ianya termasuk paru-paru dan jantung. Dan... kalau darahnya terlalu sedikit, berkemungkinan... jantung dia akan berhenti berfungsi."

Bibir mereka semua terkunci. Panik tahap empat sudah mula mempengaruhi mereka.

Vector : "Apa? Tak mungkin...."

Xiwen : "Mula-mula, badan dia akan rasa kebas-kebas. Kemudian, satu per satu anggota badan dia tak berfungsi dan... itulah penamatnya."

Shadow : "Kau diam, Xiwen! Berapa lama lagi sebelum dia jadi macam itu?"

Xiwen : "Urm.... Sekarang ini, mungkin anggota badan dia tak berupaya untuk bergerak. Barangkali dia sudah pengsan sekarang."

Anak mata Shadow terus membeliak. Adakah masih punya harapan untuk mereka menyelamatkan Catz?

Shadow : "Tak. Sempat ke kita...."

Belum sempat untuk Shadow menyambung ayatnya, terdapat bunyi yang menarik perhatian mereka.

‘Kling!’

Ianya bunyi notifikasi mesej daripada telefon bimbit Xiwen.

Shadow : "Siapa pula yang sms itu?"

Xiwen membaca mesej yang di hantar melalui telefon bimbitnya. Wajah Xiwen terus memucat apabila membaca mesej itu.

Xiwen : "Tak.... Kau orang? Catz sudah tak sedarkan diri."

Apa yang telah diperkatakan oleh Xiwen, kini menjadi kenyataan.

Shadow : "Siapa yang hantar sms pada kau?"

Sekali lagi, Xiwen memandang ke arah skrin telefon bimbitnya. Matanya membutang sebaik sahaja melihat nama pengirim mesej itu.

Xiwen : "Eh? Ini nombor telefon Catz."

Cackle : "Apa?"

Shadow : "Tak akanlah Catz yang sms kalau dia yang tak sedar?"

Vector : "Lagipun phone dia ada password."

Cackle : "Cuma aku sahaja yang tahu passwordnya dan...."

Mereka memandang antara satu sama lain. Hanya satu nama sahaja yang terlintas di kepala mereka.

Cackle/Vector/Shadow : "Ex!"

Xiwen : "Kita ada harapan. Ex dah keluar daripada kawasan kurungan dan dia sedang membawa Catz sekali."

Shadow : "Dah! Aku dah tak boleh tahan dengan semua ini. Kau orang pergi tolong dia. Biar aku seorang yang ajar si Haze itu."

Dengan penuh yakin Shadow memberi arahan kepada mereka. Shadow kini sudah bersedia untuk berlawan dengan musuh lamanya.

Shadow : "Kalau aku tak balik, tolong tengok-tengokkan adik aku, Suzzy."

Xiwen : "Janganlah cakap macam itu. Kau mesti boleh! Kita orang akan sentiasa support kau."

Cackle : "Kau tak balik dengan selamat, aku tak akan maafkan kau."

Shadow hanya mampu tersenyum melihat rakannya yang tidak pernah jemu menyokongnya.

Shadow : "Sekarang ini, kau orang pergi cepat sementara masih sempat."

Mereka yang lain-lain terus pergi meninggalkan Shadow sendirian. Shadow pula terus bergerak ke gelanggang sangkar untuk berhadapan dengan Haze.

Shadow : "Haze! Peraturan baru. Aku menang, kau dan semua anjing kau akan ke penjara!"

Haze : "Oh, dan apa yang aku dapat kalau aku yang menang sebab budak-budak tak guna kau dah lari!"

Shadow : "Aku akan gantikan tempat dia orang."

Haze terus tersenyum sinis. Itulah pengorbanan seorang kawan yang sangat berharga.

Haze : "Tindakan yang berani tapi tak berapa bijak. Bagus juga itu.... Kau tahu tak berapa ramai manusia dekat luar itu yang nakkan sugar daddy macam kau ini? Aku akan jadi kaya."

Shadow : "Teruskan bercakap sebelum aku koyakkan mulut kau lepas ini."

Haze : "Muahahah.... Kalau begitu, turunkan sangkar."

Sangkar terus diturunkan dari bawah yang mengurung mereka berdua didalamnya.

Haze : "Peraturan di sini, kita tak main kiraan pin. Kita main give up. Siapa yang give up dulu atau tidak bangun dalam kiraan sepuluh, dia kalah. Namanya pertempuran kalah mati."

Loceng dibunyikan dan mereka mula bertempur. Masing-masing menunjukkan kekuatan masing-masing.

Haze : "Aku mengaku yang kau masih kuat macam dulu. Tapi aku lagi kuat daripada dulu."

Haze terus menarik Shadow dan menolaknya padu sehingga dia terlanggar tiang penjuru gelanggang. Bahu kanannya menghentam kuat tiang tersebut.

Namun Haze baru sahaja hendak memanaskan badannya. Langkahnya di atur ke arah Shadow yang mengalami kecederaan pada bahu.

Haze : "Aku sepatutnya yang mendapat kepujian bos. Bukannya kau!"

Haze terus menerus memukul Shadow tanpa memberikannya sedikit peluang dan simpati.

Haze : "Aku yang sepatutnya yang layak menang tali pinggang champion itu! Kau? Kau hanya boneka! Tak ada nilai! "

‘Tapp!’

Shadow menampar muka Haze dengan padu. Sekali kena tamparan Shadow, mahu melayang Haze dibuatnya.

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now