Gerak geri pengurus Ichiya yang tidak senang duduk daripada tadi telah membuatkan Cackle dan Shadow turut sama gusar.
Cackle : "Relaks, manager. Sekejap lagi baliklah dia orang.... Mungkin ramai yang beli tiket dengan dia orang agaknya?"
Ichiya : "I sepatutnya kena sediakan bodyguard bersama dia orang. Macam mana kalau ada sesuatu yang tidak baik berlaku?"
Shadow : "Tak ada apa-apalah, manager. Dia orang akan okey."
'Ktak!', bunyi pintu hendak di buka.
Shadow : "Itu pun dia orang."
Kemudian pintu bilik mereka terbuka dengan perlahan. Ianya sudah semestinya mereka semua telah pulang daripada misi di kelab malam.
Akan tetapi Xiwen pulang sambil memapah Catz pada sisinya. Mereka sudah memandang Xiwen semacam seolah-olah sudah tahu apa yang berlaku kepada Catz.
Cackle : "Jangan cakap yang Catz...."
Belum sempat Cackle menghabiskan kata-katanya, Catz sudah menyampuk.
Catz : "Hai, semua~"
Kesemua mereka terkaku apabila Catz dengan mabuknya melambai mereka yang berada di dalam bilik hotel.
Sangat jarang untuk melihat si Catz ini mabuk kerana dia bukanlah jenis yang kerap minum minuman keras.
Pengurus Ichiya memandang tajam ke arah Catz dan Xiwen yang sudah melanggar amarannya.
Xiwen : "Maaf, manager! Saya terlepas pandang."
Ichiya : "Macam mana boleh jadi begini?"
Muka pengurus Ichiya sangat tegang. Xiwen sudah mula memucat hendak menjawab dengannya. Akan tetapi Catz, seperti tiada apa-apa yang berlaku kepadanya.
Catz : "Ahahah~ Kenapa marah sangat ini? Tadi kan... Xiwen jumpa awek meletup. Kedebaboom! Body cantik gila."
Mereka semua segera memandang Xiwen dengan riak wajah yang geram. Dalam diam Xiwen ini buat kerjanya.
Xiwen : "Eh, tak. Itu fanslah. Betul ini.... At least aku tak kena try dengan mamat-mamat gay dekat bar tadi macam kau."
Xiwen mengalihkan pandangannya ke arah Catz. Agak terkejut mereka mendengar penjelasan daripada Xiwen akan tetapi tidak mengejutkan bagi Catz yang sedang mabuk.
Catz : "Tch! Aku tahulah aku ini seksi. Nak try aku pula dia orang itu."
Bertepuk dahi pengurus Ichiya mendengar kisah mereka berdua yang ibarat roda putar di karnival.
Ichiya : "Haiz.... I tak sepatutnya bagi kau orang ke sana."
Xiwen : "Minta maaf sangat. Tapi kita orang dapat jual lebih kurang...."
Catz : "Seratus lebih tiket~ Ahahah...."
Mereka semua terkaku mendengar jumlah yang begitu banyak itu.
Shadow : "Seriously?"
Xiwen : "Y... ye. Sebab kita orang tarik ramai customer malam itu. So owner bar itu beli tiket kita orang dan menjual semula dekat customer dengan harga yang lebih berpatutan."
Cackle : "Baguslah itu. Ex dan Vector macam mana?"
Vector : "Lebih kurang sahaja.... Cuma tak sampai seratuslah.
Lynx : "Adalah dalam sembilan puluh lebih?"
Vector : "Lebih kurang."
Shadow : "Itu dah lebih daripada bagus. Kita orang baru buka talian online dan ramai yang dah mula follow."
Cackle : "Catz kata sejam kita kena jual tiket paling kurang berapa?"
Vector : "1190...."
Mereka memandang antara satu sama lain.
Shadow : "Bunyinya macam tak bagus. Kita collect tak sampai 1000 pun."
Vector : "Sedangkan kita orang dah mula gerak dalam masa 3 jam.... Tak mungkin...."
Catz : "Kenapa sume murung ini? Hidup ini kena enjoy~ *Hiks!"
Kesemua mereka menjeling ke arah Catz yang masih lagi dalam keadaan mabuk.
Lynx : "Boleh tak aku nak penampar muka dia ini?"
Cackle : "Actually macam mana boleh jadi macam ini, Xiwen?"
Xiwen : "Owner bar itu belanja kita orang air. Aku expect ianya air jus biasa. Tapi bila aku minum, ada rasa wine sedikit. Bila aku tengok Catz, dia dah jadi macam ini."
Cackle : "Catz memang tak tahan dengan alkohol. Sebab itu kau tengok, dia jarang minum alkohol."
Xiwen : "Maaf sangat-sangat.... Aku tak tahu. Aku ingatkan okey sahaja sebab cuma sedikit wine yang diletaknya."
Lynx : "Ianya salah dia juga. Dia tak berhati-hati."
Tiba-tiba kelihatan Catz sudah mula menyelongkar setiap laci yang berada di dalam bilik hotel tersebut.
Kesemua mereka hanya memandang Catz semacam. Sehinggalah tangan Catz mencapai sesuatu yang tidak senang di lihat.
Catz : "Eh...? Apa ini?"
Xiwen : "Itu... kondom kan?"
Shadow : "Okey, cukup. Tangkap dia!"
Mereka semua lekas menerjah ke arah Catz dan mengikatnya dengan selimut sebelum keadaan bertambah serius.
Cackle : "Antara benda yang aku tak suka bila Catz mabuk ialah tahap kebodohan meningkat."
Shadow : "So kita nak buat apa dengan dia ini?"
Cackle : "Masukkan dia ke dalam tab dan basahkan badan dia. Selalunya dengan cara itu akan buatkan dia cepat tertidur."
Vector : "Okey, mari kita buat ini."
YOU ARE READING
Xros Story : Yakuza's Issue [✓]
Teen FictionGENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi yang mustahak. "I cabar kau orang untuk menjual 200 000 tiket untuk konsert kita." Kata-kata yang ke...