Part 18

25 9 0
                                    

Petang tersebut, kesemua mereka telah berkumpul di tempat yang telah mereka tetapkan pada awal ekspedisi ini.

Mereka semua telah berada di situ kecuali Vector dan Lynx yang masih lagi tidak muncul.

Cackle : "Mana dia orang ini sudah pergi? Lambatnya...."

Shadow : "Aku call pun tak angkat dua-dua itu."

Perasaan risau mula menyelubungi pengurus Ichiya.

Ichiya : "Okey. Kau orang pergi berpecah. Cari dia orang sampai jumpa. Selagi tak jumpa dia orang, jangan nak balik ke hotel."

Masing-masing akur dengan arahan pengurus dan berpecah mencari Vector dan Lynx. Mereka bertanya kepada orang awam, polis dan seumpamanya.

Namun mereka masih gagal menemuinya. Yang paling membimbangkan, hari sudah pun semakin lewat.

Xiwen : "Ada jumpa dia orang dekat mana-mana tak?"

Shadow : "Tak. Tempat ni besar sangatlah. Mana lagi kita nak mencari dia orang?"

Catz : "Cuba kita cari dekat lorong-lorong kecil? Kau orang dah cari dekat situ ke belum?"

Xiwen : "Belum lagi. Sekarang ini, hari dah semakin gelap. Kalau kita nak ke tempat begitu, aku refer kita cari dia orang secara beramai-ramai."

Cadang Xiwen kepada mereka yang lain-lain.

Shadow : "Aku setuju itu. Bahaya kalau kita nak bergerak solo sekarang ini. Banyak kemungkinan boleh terjadi. Lebih baik kita gerak secara berkumpulan."

Cackle : "Masalah sekarang ini, yang aku pelik phone Ex tak pernah lekang dekat tangan dia tau. Mesti ada benda tak baik yang jadi. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang buruk berlaku kepada dia orang."

Xiwen : "Eee, janganlah cakap macam itu."

Shadow : "Kau ini Cackle, sudahlah mulut kau itu masin."

Cackle : "Aku cuma cakap ikut naluri aku sahaja. Tapi perkara itu tidak mustahil bukan?"

Catz : "Dahlah. Jom gerak cepat. Sampai bila nak habis begini?"

Mereka pun meneruskan perjalanan secara berkelompok ke lorong-lorong kecil di Tokyo.

Sehingga mereka tiba di sebuah lorong, mereka terdengar suara-suara halus. Kedengaran seperti suara esakan pun ada juga.

Mendengar sahaja bunyi itu, masing-masing berkepit antara satu sama lain.

Cackle : "Guys, apa itu?"

Shadow : "Let’s figure it out."

Shadow terus berjalan dengan beraninya ke arah suara itu. Mereka yang selebihnya mengekori perlahan di belakang Shadow.

Tiba-tiba terdapat seseorang keluar dari belakang tong besi dengan batang besi hendak menyerang Shadow. Nasib baik Catz sempat bertindak dengan memegang erat pergelangan tangan lelaki itu.

Melihatkan Catz sudah mengorak langkah, mereka yang lain-lain terus menerjah lelaki itu. Tanpa mereka sedar bahawa lelaki itu merupakan orang yang mereka sedang cari-cari dari tadi.

Cackle : "Vector?"

Tindakan mereka semua terus membeku apabila mendapati lelaki yang menyerang mereka itu ialah Vector.

Vector : "K... kau orang...."

Muka Vector sangat pucat. Dia pula berpeluh-peluh dan kelihatan sangat panik.

Xiwen : "Vector.... Apa yang dah jadi dekat kau? Mana Ex?"

Vector : "Aku nak balik...."

Vector memeluk erat pinggang Catz yang kebetulan berada dihadapannya. Dia teresak-esak merayu supaya di bawa pulang.

Catz : "Jom kita balik hotel dulu kalau begitu."

Cackle : "Macam mana dengan Ex? Kita tak boleh tinggalkan dia macam itu sahaja. Dia mesti ada berdekatan sini."

Catz menguyukan matanya tanda tidak bersetuju dengan cadangan Cackle. Seolah-olah dia sudah dapat membaca situasi yang telah melanda Vector.

Cackle : "Kenapa kau pandang aku begitu, Catz?"

Catz : "Kau tak faham ke, Cack? Ex tak ada. Dia sudah kena culik!"

Kesemua mereka terkaku apabila Catz berkata sedemikian.

Xiwen : "Kenapa kau cakap macam itu? Tak mungkinlah...."

Shadow : "Actually ada betulnya juga.... Kalau tiada apa-apa yang berlaku, mestilah Ex ada sekali di sini."

Catz : "Betul itu. Aku pun main agak sahaja. Tapi cara Vector ini... menyatakan sedemikian."

Vector tidak melonggarkan pelukannya kepada Catz. Wajahnya dibenamkan pada badan Catz dan dia enggan mengangkat muka walaupun sedikit.

Catz : "Better kita bawa dia berehat dekat hotel dulu. Teruk sangat keadaan dia sekarang ini."

Xiwen : "Okey. Aku mengharap yang dia tak apa-apalah."

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now