Part 13

31 14 6
                                    

Tercengang kesemua mereka mendengar cadangan daripada Catz. Jangan katakan mereka yang lain-lain, dengan pengurus Ichiya sekali terkaku.

Vector : "Yeah! Kita akan ke club malam!"

Cackle : "Alaa.... Nak ikut!"

Catz : "Tak ada dalam agreement manager kan?"

Soal Catz kepada pengurus Ichiya yang tercengang dengan cadangannya. Dahinya tidak longgar daripada kerutan. Nak tak nak, dia terpaksa akur dengan keputusan yang dia sendiri sudah buat.

Ichiya : "Urgh.... Make sure balik yang kau orang tak mabuk. I tahu balik ada salah seorang daripada kau orang yang mabuk, memang kena."

Xiwen : "Ianya okey. Kita orang bukannya bawa Shadow."

Langsung tidak berlapik kata-kata Xiwen. Sudah semestinya Shadow merupakan penggemar minuman keras sejak daripada mula-mula mereka mengenalinya.

Shadow : "Woi!"

Xiwen : "Ops~ Sorry."

Vector : "So team. Let’s go!"

Mereka pun meneruskan misi seperti mana yang telah di rancang. Walaupun hari sudah lewat, namun mereka tetap bersemangat untuk menyelesaikan misi.

Lynx dan Vector bertolak ke kelab malam A manakala Catz dan Xiwen pula ke kelab malam B.

Di situasi Catz, dia sudah seperti orang hilang arah sebaik sahaja tiba dihadapan pintu kelab itu

Xiwen : "Catz? Kau okey tak?"

Catz : "*Gulp! Aku berdebarlah nak masuk ke tempat macam ini."

Xiwen : "Oh, lupa yang kau tak suka pergi ke bar. Tapi kenapa kau cadangkan untuk pergi ke bar?"

Catz : "Itu sahaja tempat yang bermain di dalam kepala aku. Jomlah masuk...."

Catz dan Xiwen memberanikan diri untuk melangkah masuk ke dalam kelab malam itu. Sementara Vector dan Lynx, tidak kurang juga situasinya.

Vector : "Ex? Kau pasti ke nak masuk macam itu?"

Lynx memakai pakaian yang agak terang dan menyerlah gayanya. Ibarat tujuannya ke situ benar-benar hendak bersuka ria.

Lynx : "Aku pun tak ada idea kenapa aku pakai macam ini. Aku memang dah lama tak masuk ke tempat macam ini."

Vector : "Huish? Kau pernah masuk tempat macam ini?"

Lynx : "Ya. Masa aku lapan belas tahun, hadiah yang abang aku bagi adalah dia membawa aku ke tempat macam ini sampai aku mabuk."

Vector berkerut-kerut dahi mendengar kata-kata Lynx. Bukan calang-calang hadiah daripada abang Lynx itu.

Lynx : "Nasib baik dia tak tebuknya telinga aku lagi."

Lynx kali ini memegang subang yang elok dilekatkan pada cuping telinganya yang sudah bertindik.

Keluarga Lynx sememangnya terkenal dengan kehidupan yang berfoya-foya. Mujur Lynx tidak tergolong dalam kelompok keluarganya kerana dia lebih banyak membesar bersama keluarga Randy.

Vector : "O... okey? Dah ready?"

Lynx : "Jom."

Kembali kepada situasi Catz dan Xiwen, Catz nampak sangat kekok ketika mana mereka berada di dalam kelab malam itu. Ibarat rusa masuk ke kampung gayanya.

Xiwen : "Catz?"

Catz : "Y... ye?"

Wajah pucat Catz tertampak jelas di mata Xiwen.

Xiwen : "Bawa bertenang...."

Xiwen terus mengurut-urut bahu Catz untuk menenangkannya.

Catz : "Aku tengah cuba.... Aku ada memori gelap dekat tempat macam ini.... Dan aku risau yang aku mabuk sahaja ini."

Xiwen : "You're doing fine, Catz. Lagipun, ianya idea kau. So kita kena buat juga walaupun kau sendiri yang tak suka."

Catz : "Aku tahu itu."

Tiba-tiba kedengaran satu pengumuman di dalam kelab malam itu.

“Selamat malam, semua. Kami di sini menyediakan stage karaoke! Bagi sesiapa yang berminat, boleh register di sebelah kanan kaunter. Terima kasih.”

Catz terus memandang ke arah Xiwen.

Catz : "Kau ada bawa cermin mata gelap kau tak?"

Xiwen : "Ada. Tapi kau nak buat apa?"

Catz : "Kau pergi cari satu port yang semua orang boleh nampak kau. Aku akan datang balik."

Catz terus berjalan pergi dengan lajunya meninggalkan Xiwen dalam keadaan terpingar-pingar. Xiwen hanya memandangnya pelik. Entah apalah yang telah di rancang Catz.

Xiwen mencari satu lokasi di mana kebanyakan manusia boleh melihatnya. Tirai pentas karaoke terus di buka dan pengacara sudah membuat pengumuman.

“Mempersembahkan... the foreigner. Dia tak nak memberikan identitinya yang sebenar tetapi dia akan buat yang terbaik untuk menghiburkan anda. Berikan tepukan gemuruh.”

Mata semua pelanggan kelab malam tertumpu ke pentas kecil itu tidak terkecuali Xiwen. Sangat Xiwen mengenali gerangan yang sedang berdiri di atas pentas itu.

Xiwen : "What?"

Ianya Catz dengan cermin mata gelap dan hud yang ditutupkan kepalanya. Catz memulakan nyanyiannya dengan penuh yakin.

Orang disekelilingnya mula bergosip tentangnya. Tidak dinafikan bahawa Catz mempunyai suara yang begitu merdu.

Not bad suara foreigner ini.”

Sehinggalah nyanyian Catz tiba di bahagian korus, dia terus menanggalkan samarannya. Riuh satu kelab malam tersebut apabila mendapati insan yang sedang menyanyi di situ ialah seorang idola.

“Wah! Catz!”

I love you, Catz!”

Xiwen hanya tersenyum dengan rancangan gila Catz yang sememangnya berkesan. Persembahan diteruskan sehinggalah habisnya lagu.

Catz : "Okey, selamat malam semua. Hari ini bersama saya, Xiwen Glory."

Catz menunding jari ke arah Xiwen. Kesemua pelanggan memandang ke arah Xiwen dan bersorak. Jadi itulah tujuannya supaya Xiwen mencari tempat yang membolehkan semua orang melihatnya.

Catz : "Kami ke sini sebab nak promote tiket untuk konsert kami pada minggu hadapan dengan harga serendah 500 dolar."

Sekali lagi kelab malam tersebut riuh. Kebanyakan daripada mereka adalah orang yang berada. Jadi jumlah 500 dolar itu tidaklah semahal mana bagi mereka.

Catz : "So malam ini. Saya dan Xiwen nak belanja anda semua lagu, boleh?"

Semua sekali pelanggan kelab malam itu menjerit ye.

Sehingga ke lewat malam, mereka masih lagi tak pulang ke hotel daripada misi.

Keadaan itu telah membuatkan pengurus Ichiya mula risau terhadap mereka yang masih tak pulang setelah lewat malam.

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now