Part 5

43 14 5
                                    

Pada keesokan harinya,  awal-awal pagi mereka semua kecuali Randy sudah berkumpul di lapangan terbang. Masing-masing memakai baju menyerlah tersendiri.

Xiwen : "Sedih sebab An tak dapat nak ikut kita. Dah kurang seorang. Kalau tiba-tiba kena buat performance, siapa yang akan gantikan tempat dia?"

Vector : "Mestilah Catz. Tapi dia pun tidak sihat sekarang ini."

Lynx : "Hmm.... Nak buat macam mana? Kita tak boleh nak masuk campur hal family dia. Biarkan sahajalah dia uruskan."

Shadow : "Eleh, kau mesti dalam diam rasa alone~ Yelah.... Best friend kau kan?"

Lynx hanya menjeling ke arah Shadow. Cukup malas untuk dia melayankan sakatan Shadow yang tidak berkesudahan.

Tiba-tiba Cackle meletakkan lengannya pada bahu Lynx.

Cackle : "Mana ada dia alone. Dia ada kita kan?"

Lantas dia menarik Lynx dan memeluknya erat. Bertambah rimas Lynx di situ.

Lynx : "Kenapalah aku kena berhadapan dengan makhluk seperti kau orang ini?"

Dalam masa yang sama, Catz masih lagi terbersin-bersin dan berusaha keras untuk melawan demamnya.

Catz : "*Ha-chuh!"

Walaupun Catz sudah memakai baju tebal, namun masih dirasakan kedinginan demam yang semakin melarat. Wajah dia juga masih kelihatan kemerah-merahan.

Xiwen : "Urm.... Catz? Kau pasti ke yang kau akan okey?"

Vector : "Demam kau nampak makin teruklah, Catz."

Catz : "Eh, tak adalah. Janganlah cakap begitu. Aku harap demam ini semakin kebahlah. Janganlah melarat sangat. Jenuh pula aku nanti."

Xiwen : "Hmm.... Harap-harap begitulah. Mampu mengharapkan yang terbaik sahaja sekarang ini."

Beberapa minit kemudian, pengurus Ichiya pun tiba di tempat mereka berkumpul.

Nampak sahaja susuk tubuh pengurus Ichiya datang, Catz menggelabah membuka segala baju tebalnya dan lekas membedak mukanya untuk menutup wajah merah tidak sihatnya itu.

Tindakan ekstrem Catz membuatkan mereka yang lain memandangnya pelik.

Ichiya : "Hai~ Semua sihat?"

Vector : "Sihat!"

Pengurus Ichiya memandang ke arah Catz yang sedang melagak seolah-olah dia sudah sihat.

Ichiya : "Catz pun nampak semakin sihat. Baguslah itu.... Jom pergi. Tiket semua ada dekat I ini."

Pengurus Ichiya berjalan dengan lenggang kangkungnya ke pintu penerbangan. Dia agak jauh sedikit, Catz kembali menyarung baju tebalnya.

Tindakan Catz tidak terlepas satu pun daripada pemerhatian rakan-rakannya.

Shadow : "Kau sepatutnya berterus terang dekat dia sahaja yang kau tidak sihat. Nanti dia akan expect lebih pula daripada kau."

Catz : "Aku cuma tak beranilah nak berterus terang dengan dia. Kau tahu yang aku paling banyak kena marah dengan dia antara kita semua?"

Shadow : "Tak adalah. At least, dia tak ada nak ugut kau keluar daripada team macam yang dia pernah buat dekat aku."

Buat pengetahuan, Shadow pernah di tangkap dalam kes kongsi gelap dan hampir di buang daripada kumpulan pada awal dia menyertai kumpulan pop itu.

Catz : "Tapi aku takut kalau dia buat macam itu.... Lebih baik aku diam sahaja."

Shadow : "Hmm.... Suka hati kaulah, Catz. Jangan push diri itu kuat sangat sudahlah."

Shadow menggusap kepala Catz dengan perlahan dan terus berjalan pergi. Sangat jarang melihat kedua-dua orang pesaing ini berbaik.

🌸🌸🌸

Mereka semua sudah pun masuk ke dalam kapal terbang. Belum makan apa-apa ubat, Catz sudah tertidur dengan nyenyaknya.

Xiwen : "Pst!"

Xiwen memanggil Cackle yang sedang duduk di sebelah Catz dari tempat duduk hadapan.

Cackle : "Apa?"

Xiwen : "Badan dia panas lagi ke?"

Cackle dengan perlahan memegang dahi Catz. Tangan Cackle yang dingin menyentuh dahi hangat Catz telah membuatkannya terjaga.

Catz : "Aaa...."

Cackle : "Eh, sorry. Aku tak nak kejutkan kau pun. Sambung tidur balik."

Catz pun dengan mamainya bersandar kembali pada bahu Cackle dan hendak menyambung tidur.

Cackle kemudian memandang Xiwen dan mengangguk tanda mengiakan persoalan Xiwen itu.

Xiwen : "Ini aku ada beli pad penyaman. Tampal dekat dahi dia. Mana tahu boleh kebah sedikit demam dia itu."

Cackle : "Okey. Terima kasih."

Cackle pun dengan perlahan menampal pad penyaman pada dahi Catz tanpa mengejutkannya.

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now