Part 23

20 8 0
                                    

Mereka pun mengorak langkah untuk menangkap lelaki tersebut.

Dengan rancangan yang cukup kemas, lelaki tersebut hilang sekelip mata daripada radar. Mereka mengikat lelaki itu dan membawanya ke sebuah bangunan usang berdekatan situ.

Maka bermulalah adegan gangsterisme di sini.

Shadow : "Kau cakap dekat aku cepat! Di mana Ex?"

Catz : "Urm, Shadow.... Dia mungkin tak kenal Ex. Tapi dia kenal Lynx."

Shadow : "Peduli apa aku dia kenal ke tak?"

Lelaki itu bertungkus lumus hendak melepaskan diri. Namun dia di ikat dengan erat pada tiang di dalam bangunan itu. Tiada tempat untuknya melarikan diri.

“Apa yang kau orang nak dengan aku? Kau orang tak kenal ke aku ini siapa?”

Shadow : "Ada aku kisah ke kau siapa?"

Walaupun Shadow kelihatan begitu ganas, namun perilaku Shadow telah membuatkan Cackle geli hati melihatnya.

Cackle : "Pfft...."

Shadow : "Woi? Kau apahal gelak?"

Lelaki itu hanya memandang aneh ke arah mereka. Seandainya mereka di minta untuk melakonkan babak gangster dalam filem, mahu rosak filem itu jadinya.

Xiwen : "Kau Yakuza kan? Ye. Kita orang kenal. Tapi… tolong. Awak ada nampak kawan kita orang tak?"

Berbeza pula gayanya dengan Xiwen yang seolah-olah merayu dengan bersungguh-sungguh kepadanya.

Shadow : "Hoi, asal sopan sangat kau tanya dia? Kau ingat ini fan meeting event ke?"

Xiwen : "Salah ya? Manalah aku tahu."

Bertepuk dahi Shadow dengan gelagat rakan-rakannya itu.

Catz : "Wau. Dengan kita orang, kau tak pernah cakap sopan macam itu."

Xiwen : "Dengan kau orang nak bercakap sopan buat apa?"

Disebabkan lelaki itu rimas dengan kerenah mereka yang tidak berkesudahan, dia pun terus bersuara.

“Kau orang mesti kawan flower boy kita orang kan?”

Cackle : "F... flower boy?"

Sekali lagi Cackle hendak berdekah ketawa.

“Muka dia jambu. Disebabkan itu, kita orang panggil dia flower boy.”

Shadow terus mendaratkan kakinya di sebelah kepala lelaki itu.

Shadow : "Dekat mana dia, haah?"

“Dia ada. Sihat melayan kita orang semua.”

Senyuman sinis terukir pada bibir lelaki itu.

Shadow : "Kau!"

Shadow hendak menendang kepala lelaki tersebut. Akan tetapi mereka yang lain segera menghalangnya.

Shadow : "Jangan halang aku!"

Cackle : "Bertenanglah, Dowie!"

“Ahahah.... Aku boleh bawa kau orang semua ke sana. Kalau kau beranilah.”

Shadow : "Tch!"

Xiwen : "Ini mesti perangkap!"

Shadow tanpa berfikir panjang, dia terus membuat keputusan.

Shadow : Kita akan pergi ke sana. Tapi... aku akan layan kau, sama macam anjing."

Muka Shadow sangat menakutkan sehinggakan mereka yang lain tak mampu untuk berkata apa-apa.

Lelaki tersebut di ikat pada kelilingnya dan lebihan talinya di pegang oleh Shadow. Sama seperti polis dengan anjing pengesannya.

Catz : "Hei, aku harap kau fikir masak-masak fasal plan ini."

Shadow : "Aku memang rasa cuak juga. Tapi... ini sahaja cara untuk kita selamatkan Ex. Lagi satu, kau dengar kan dia cakap? Aku rasa tak sedap hatilah...."

Catz : "Aku hormat keputusan kau. Kalau ini sahaja caranya, aku akan support kau."

Shadow : "Thanks."

Mereka kemudian tiba di sebuah bangunan kayu tradisional yang sangat besar.

Shadow : "Hoi, anjing. Bawa kita orang berjumpa dengan bos kau."

Sambil menarik tali yang mengikat lelaki itu. Mereka pun masuk dan terdapat ramai pengawal yang berjaga di kaki lima bangunan itu.

“Panggil boss!”

Bangunan itu terus riuh sebaik sahaja mereka masuk ke dalamnya. Tidak lama kemudian, keluarnya seorang lelaki sambil menghisap rokok.

“Apa kecoh-kecoh ini?”

Ujar lelaki itu dengan wajah yang serius.

“Mereka datang nak tuntut budak yang kita culik baru-baru ini.”

Lelaki yang menghisap rokok itu adalah ketua mereka. Kemudian, matanya tertumpu terus kepada Shadow.

“Dark Shadow?”

Terdiam kaku mereka yang berada di situ.

Cackle : "Dia kenal kau, Shadow?"

Xiwen : "Mestilah kenal. Dia kan idola?"

Catz : "Tapi orang tahu nickname dia Shadow sahaja. Orang tak tahu yang gelaran penuhnya Dark Shadow."

Vector : "Kau kenal dia ke Shadow?"

Shadow : "Tak pasti. Aku rasa dia ini dari agensi gusti aku dululah."

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now