Part 10

30 15 2
                                    

Kesemua mereka lekas bersiap apa bagai dan bergerak terus ke restoran tersebut.

Pihak restoran telah menyediakan sarapan kepada mereka sebelum mereka memulakan kerja.

Setelah itu, mereka bersiap memakai pakaian yang telah disediakan mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak restoran.

Tema kali ini ialah party masquerade. Setiap daripada mereka bersiap dengan topeng solid yang sangat menarik.

Vector : "Seriously?"

Ichiya : "Yup. Setiap bulan, restoran ini akan menetapkan satu tema untuk pelayannya. Jadi janganlah sibuk nak persoalkannya."

Catz : "Actually.... Okey juga. Tak adalah orang cam sangat siapa kita kan?"

Ichiya : "Oh, yeah? Kita tengok sahajalah.... Yang pasti pelanggan yang akan datang ini, kesemua mereka tahu Team Xros merupakan duta restoran minggu ini."

Terus berubah air muka Catz mendengar kata-kata pengurus Ichiya.

Catz : "Omg.... Teruklah kita."

Mereka pun terus bersiap untuk memulakan hari kerja mereka sebagai pelayan. Masing-masing nampak segak bergaya seperti ahli musketeer zaman 70-an.

Lynx : "Urgh.... Here we go."

Kesemua mereka sudah bersiap dengan topi dan topeng mata yang menawan.

Kini, pintu restoran sudah di buka untuk pelanggan. Baru sahaja di buka dan pelanggan telah masuk dengan ramainya.

Masing-masing sangat sibuk menjalankan tugas mereka sebagai pelayan. Memang kebanyakan pelanggan yang datang adalah peminat tegar mereka.

Itu telah memberikan tekanan kepada Lynx.

Lynx : "Apa yang boleh saya bantu, cik?"

Lynx dengan sopannya hendak mengambil pesanan pelanggannya yang sedang duduk di meja.

“Angel! *Hansamudesu ne....

*You’re handsome.*

Pelanggannya berusaha untuk berkomunikasi dalam bahasa Jepun dengan Lynx. Lynx juga mendapat gelaran Angel oleh peminatnya kerana keserlahannya dalam kumpulan.

Lynx pun nak tak nak, terpaksa melayankn pelanggannya walaupun dia tidak berapa mesra peminat.

Lynx : "Ah, *Arigatou."

*Thanks*

“Ahahah, malangnya itu sahaja perkataan jepun yang saya ingat. Ingat nak bersembang bahasa jepun banyak lagi dengan awak~”

Ujar peminatnya. Memang tidak dinafikan, peminatnya sangat kagum dengan kemahiran berbahasa jepun Lynx walaupun dia bukanlah berwarganegara Jepun.

Lynx : "Eh, tak mengapa. Berusaha lagi.... Practice makes perfect. Cik berdua sudah tahu nak pesan apa ke?"

“Aah, alamak.... Saya nak order awak tetapi dalam menu ini tak adalah pula~”

Lynx hanya tersengeh dengan lawak pickup line peminatnya itu. Nasib baiklah peminat. Jikalau tidak, sudah mendapat jelingan maut daripadanya.

“Okey, bergurau sahaja. Saya nak set nombor dua belas.”

Lynx : "Okey."

Lynx terus berjalan pergi. Dalam kepalanya sudah berserabut terpaksa melayan peminat miangnya. Tiada beza macam fan meeting event.

Berbeza pula situasinya kepada Catz.

Catz : "Ini pesanan cik."

Sambil meletakkan hidangan di atas meja pemesannya. Senyuman manisnya terukir di bibir khas untuk peminatnya.

Catz : "Enjoy the dishes~"

Belum sempat Catz hendak berjalan pergi dari meja itu, si pemesan hidangan itu memanggilnya.

“Nanti dulu, Catz.”

Langkah Catz terus terhenti. Apa yang berlaku kepadanya langsung tidak terlintas di dalam kepala.

Say aah~

Pelanggannya sedang menghulurkan sesudu hidangannya untuk menyuapkan Catz.

Ketika ini sahajalah masa untuk bermanja dengan idola kegemaran mereka. Jikalau sebelum ini, mahu mereka terpaksa berperang dengan pengawal peribadi mereka.

Catz pun terpaksa akur dan memakan hidangan yang telah dihulurkan oleh pelanggan tersebut.

Bermula daripada itu, masing-masing dalam kalangan pelanggan memanggil Catz untuk menyuapkannya. Dapat makan percuma Catz pada hari itu.

Pada jam 12.30 tengahari, restoran tersebut akan berehat sebentar selama satu jam sebelum mula beroperasi balik.

Pada ketika itu, pihak restoran telah menyediakan makanan tengah hari khas untuk mereka.

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now