Part 22

20 10 0
                                    

Setelah mereka selesai makan apa bagai, mereka pun kembali berehat di hotel. Belum apa-apa, Catz sudah terbongkang tidur di atas katil.

Xiwen : "Serius ini aku cakap. Perangai dia ini comel betul. Ahahah...."

Shadow : "Jangan cakap dia comellah. Geli aku mendengarnya."

Vector : "Penat sangat Catz ini."

Catz kali ini menjadi titik penumpu mereka semua. Disebabkan dia terlalu penat, dia tidur sambil menghasilkan bunyi dengkuran halus di atas katil itu.

Cackle : "Aku tak pernah dengar Catz tidur bersendar sekuat ini."

Xiwen : "Banyak sangat benda yang kita dah lalui di sini. Dengan manager pun tak sedar lagi dari pengsan."

Shadow : "Dia dah sedarlah. Kau tak perasan ke?"

Xiwen memandang ke arah Shadow pelik mengharapkan penjelasan daripada Shadow.

Shadow : "Time kau orang tengah sibuk dengar apa yang doktor cakap, aku sempatlah usha manager. Dia tengah buka phone diam-diam. Aku pun peliklah. Aku berjalan dekat sedikit, dia terus berlakon pengsan balik."

Wajah masing-masing tidak boleh di bawa berbincang. Mahu selesai sahaja kes Lynx ini, lunyai pengurus nyah seorang itu.

Cackle : "Kurang asam punya manager. Selama ini dia berlakon sahaja ke?"

Xiwen : "Dia malas nak campurlah itu. Sampainya hati dia?"

Shadow : "Tahu tak apa. Jomlah kita tidur. Esok kita fikirkan plan kita macam mana."

Xiwen : "Actually jadi ke konsert kita ini?"

Shadow : "Tak tahulah.... Bergantung kepada keadaan."

Cackle : "Aku tak nak bawa part Ex dan An sekaligus. Sewel otak aku nanti."

Vector : "Aku rasa konsert itu akan di tunda."

Cackle : "Tapi kita dah pun menjual tiket."

Vector : "Betul juga itu."

Shadow : "Tunggu manager sahajalah nanti. Itu pun kalau dia nak bangunlah. Sudahlah.... Aku nak tidur ini."

Xiwen : "Good night."

Vector : "Hei.... Sebelum itu, aku ada soalan."

Cackle : "Apa?"

Vector : "Agaknya Ex masih hidup tak?"

Terus tersentak mereka mendengar persoalan Vector.

Xiwen : "Apahal kau tanya soalan macam itu?"

Vector : "Tak. Aku cuma terfikir sahaja...."

Shadow : "Dia mungkin masih hidup sebab yakuza ini tak bunuh orang kecuali musuh. Selalunya dia akan culik untuk jadikan hamba, sekutu, kuli atau mungkin bahan seksual dia orang."

Masing-masing dah mula berkerut dahi mendengar ayat terakhir Shadow.

Xiwen : "Kau berhenti merepeklah!"

Shadow : "Aku cakap barangkali benda yang akan jadi."

Cackle : "Okey, otak aku dah mula kotor."

Shadow : "Pergi tidurlah. Kau itu yang melebih-lebih sangat fikir."

Xiwen : "Dah, tidur! Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi."

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now