Part 8

34 14 6
                                    

Malam itu, mereka duduk di hotel yang telah di tempah oleh pengurus Ichiya. Hotel itu merupakan hotel khas yang telah di tempah oleh pihak restoran yang telah menjemput mereka.

Masing-masing sedang melepak dan merehatkan badan yang sudah penat berjalan jauh.

Ianya sebuah bilik besar berkembar. Terdapat pintu yang menyambungkan kedua-dua bilik tersebut.

Catz pada ketika itu sedang memanjakan dirinya di dalam bilik mandi. Sementara yang lain sedang khusyuk menonton televisyen.

Cackle : "Oh. So pemilik hotel ini juga pemilik yang sama dengan restoran yang kita akan bekerja nanti ya?"

Ujar Cackle sambil membaca pamplet berkaitan hotel dan restoran itu.

Lynx : "Ye. Mereka ini ialah sebuah keluarga bangsawan berbangsa Perancis. Bermula pada tahun 1976, Roch Demaret merupakan pencetus kepada pembukaan restoran ini. Dia orang membuka restoran ini di Jepun sebab suasananya yang tenang dan maju dalam masa yang sama. Kemudian digantikan oleh anaknya Mathis Demaret pada tahun 1983. Kemudian secara bergenerasi sehinggalah sekarang Gerrade Demaret merupakan pewaris keluarga Demaret yang sedang menguruskan hotel dan restoran ini."

Begitu panjang lebar penjelasan daripada Lynx. Kesemua mereka yang mendengarnya terkaku apabila Lynx menceritakan perincian tentang restoran tersebut dengan lancar.

Vector : "Wau...."

Xiwen : "Dari mana kau tahu semua benda itu?"

Lynx : "Aku adalah juga mencari maklumat itu daripada Mr. Searcher. Lagi satu, dalam pamplet yang kau pegang itu ada kan, Cackle?"

Vector : "Siapa Mr. Searcher?"

Shadow : "Itu nama websitelah, Vector. Kenapa otak kau loading sangat?"

Beberapa minit kemudian, Catz pun keluar daripada bilik mandi. Dia memandang ke arah rakan-rakannya yang sedang rancak berborak.

Catz : "Apa yang kau orang semua sibukkan ini?"

Vector : "kisah penubuhan hotel ini."

Catz : "Oh, ianya keluarga bangsawan Perancis kan? Siapa namanya...? Demaret ya? "

Kesemua mereka sekali lagi terkaku mendengar Catz menyampuk. Kenapa mereka tidak pernah mendengar nama itu?

Catz : "Kenapa kau orang pandang aku macam itu?"

Xiwen : "Urm.... Macam mana kau pun boleh tahu tentang Demaret ini?"

Shadow : "Mr. Searcher bagitahu~ Betul tak?"

Catz : "Eh, tak. Demaret ini ada dalam silibus time aku dekat Universiti dulu."

Terkejut beruk mereka yang lain-lain mendengarnya. Buat pengetahuan semua, Catz mempunyai pencapaian akademik paling tinggi berbanding ahli Xros yang lain.

Xiwen : "Silibus? Kau sudah ada sijil master dan... kau ambil course apa ye?"

Catz : "Business."

Mereka langsung tidak menjangkakan bahawa Catz selama ini mempelajari jurusan bisnes.

Cackle : "Kenapa aku tak tahu yang kau selama ini ambil course business?"

Shadow : "Kau nak business? Memang lingkup jawabnya."

Catz : "Actually... aku pun tak tahu kenapa aku ambil business. Ahahahah...."

Hanya mampu membuat muka menyampah sahaja dengan respon Catz. Tiada fungsi dia ambil kos sedemikian.

Shadow : "Kau ini peliklah."

Xiwen : "Pelik-pelik pun lepas juga dia ke master~"

Catz : 'Hmm...."

Catz pun ke meja solek dan mula menyelongkar plastik ubat yang pihak hospital telah sediakan.

Vector : "Masa makan ubat ke? Mmm.... Sedapnya ubat."

Catz : "Kau diamlah. Tak pernah-pernah aku makan ubat sebanyak macam ini."

Lynx : "Standardlah hospital. Dia nak promote ubat sahaja sebenarnya."

Xiwen : "Kalau aku, aku bagi kau ubat tekanan darah, paracetamol, selsema dan antibiotik. Sebab kau just panas-panas macam itu sahaja. Tak ada sampai tahap sakit-sakit."

Xiwen yang berpengalaman menjadi doktor mula melontarkan hujahnya.

Catz : "Ini sampai ubat untuk muscle pun dia bagi aku."

Shadow : "Makan sahajalah.... Banyak soal pula kau ini."

Catz pun memakan kesemua ubat tersebut tanpa banyak karenah. Kemudian dia membuat muka loya dek kerana menelan jumlah ubat yang begitu banyak dalam satu masa.

Catz : "Ini tak di panggil penyalahgunaan dadah ke? Aku macam penagih dah ini...."

Vector : "Ahahah, sengal."

Cackle : "Banyaklah kau punya dadah. Manager...! Catz makan dadah."

Sudah mulalah mereka ini hendak membuat kecoh.

Xiwen : "Ada-ada sahaja kau orang ini.... Pergi tidurlah. Esok kita kena kerja pula...."

Lynx : "Aku tak boleh nak bayangkan macam mana kehidupan aku sebagai waiter nanti?"

Shadow : "Kau dapat bayangkannya esok."

Mereka pun beransur untuk tidur.

Bilik mereka mempunyai tiga buah katil Queen yang sangat selesa.

Kesimpulannya, satu katil akan berkongsi dua orang. Lynx dengan Vector, Xiwen dengan Shadow dan Catz dengan Cackle.

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now