Haze terkaku apabila dia di tampar sedemikian rupa.
Shadow : "Dalam banyak-banyak orang.... Kau orang pertama yang pernah merasa penampar aku. Ianya tak sesakit penumbuk tetapi kulit kau boleh terkoyak bila dah banyak kali kena. Kesannya lebih lama daripada penumbuk."
Haze tersenyum senget dengan kata-kata Shadow.
Haze : "Hahahah.... Kau nak mengajar aku pulalah ini?"
Shadow : "Satu-satunya sebab kenapa aku yang dapat kepujian bos dan aku dapat tali pinggang emas itu sebab hati aku tak busuk macam kau!"
Haze : "Tak guna."
Haze terus menyerang Shadow bertubi-tubi.
Pergelutan mereka berterusan daripada tumbukan kepada tumbukan, daripada hentakan kepada hentakan dan seumpamanya. Sehinggalah kedua-dua mereka berada di bahagian bawah gelanggang.
Kemudian, Haze membaling Shadow pada dinding sangkar tersebut. Besi keluli sangkar itu paling kurang pun akan meninggalkan kesan lebam dan benjol yang lama.
Haze : "Huh.... Kali ini, aku akan jadikan kau hamba aku. Aku akan dera kau sampailah aku puas!"
Shadow kelihatan agak penat setelah berlawan dari tadi. Akan tetapi Haze masih lagi gagah berjalan ke arah Shadow.
Haze : "Ke sini kau! Kau tidak akan terlepas kali ini."
Haze menarik kaki Shadow dan memijak buku lali kiri Shadow dengan kuat. Meraung teruk Shadow dibuatnya. Kaki itulah juga di mana dia pernah cedera dikerjakan oleh Haze dahulu.
Haze : "Oh.... Kau masih lagi sakit dekat situ ye? Bagus...."
Haze sekali lagi hendak memijak kaki Shadow dan kali ini, Shadow sempat mempertahankan diri.
Shadow : "Tak guna!"
Shadow menendang Haze dan mengenakan serangan JDT kepadanya. Serangan yang mana Shadow mengapit kepala Haze pada lengan dan menghentaknya di atas gelanggang dengan kedudukan kepala dahulu menyentuh lantai.
Shadow terus berjalan ke arah Haze untuk memulakan serangan seterusnya. Akan tetapi Haze mencapai kerusi lipat besi yang tidak jauh dari situ dan memukul Shadow pada perutnya.
Perlawanan ini mula menjadi berat sebelah. Shadow di pukul teruk dengan kerusi oleh Haze. Sehinggakan dia tak berdaya untuk berdiri.
Haze pula mengambil peluang ini untuk mengapitkan buku lali kiri Shadow pada kerusi lipat tersebut.
Shadow : "Tak!"
Haze terus memijak kuat di atas kerusi tersebut yang mengepit kaki Shadow. Gelanggang itu seperti bilik seksaan buat Shadow tika itu.
Shadow : "Aargh...."
Haze : "Bosanlah main dengan kau ini."
Haze mengambil kerusi pada kaki Shadow dan terus membaling kerusi itu kepada Shadow yang masih lagi sedang meniarap di atas lantai.
Haze : "Masa untuk fasa dua."
Haze mengunci kaki Shadow dengan gerakan ankle lock. Shadow terus meradang kesakitan pada kakinya. Shadow cuba untuk melepaskan diri. Namun gerakan itu aman sukar untuk ditandingi.
Shadow : "Argh! Tak...!"
Haze : "Kau tahu kan gerakan ini tak pernah diputuskan oleh sesiapa pun melainkan dengan cara mengalah."
Shadow : "Tak...! Aku tak akan mengalah."
Haze : "Heh.... Gerakan ini jugalah yang pernah patahkan kaki kau kan? Kau ingat lagi tak?"
Kata-kata berbisa Haze terus merasuki Shadow.
Shadow : "Tak.... Bukan kali ini.... bukan.... Gargh! Sakit!"
Haze : "Mengalah sahajalah.... Kau dah tak ada pilihan."
Shadow sudah mula mati kutu di situ. Dia terkunci dan kakinya pada bila-bila masa sahaja akan patah.
Tiba-tiba Shadow ternampak bayangan adiknya, Suzzy yang menjadi pencetus semangatnya.
Shadow : "Suzzy.... Tak.... Aku tak akan biarkannya."
Shadow menggagahkan dirinya untuk menepis serangan Haze. Haze sangat terkejut dengan kekuatan Shadow yang mampu mematahkan serangannya.
Shadow terus menendang Haze padu dengan kaki kanannya. Dia cuba berdiri akan tetapi kaki kirinya terlalu sakit untuk dijejakkan di atas lantai.
Shadow : "Argh. Tak.... Patah lagi ke?"
Kemudian, Haze hendak menyondol Shadow dengan serangan spear. Nasib baik Shadow sempat mengelaknya.
Serangan Haze melajak sehingga dia menghentam tepat pada dinding sangkar tersebut. Haze mencungap-cungap akibat hentakan yang sangat kuat itu.
Itulah peluang Shadow untuk bertindak. Dia pun berjalan terhenjut-henjut ke arah Haze.
Shadow : "Kau memang hati binatang."
Shadow memandang Haze dan kemudian memandang ke arah kakinya sendiri yang sudah cedera.
Shadow : "Ah! Lantak kaulah, kaki."
Shadow pun mengangkat Haze dan cuba meletakkan Haze di atas bahunya. Walaupun dengan kekuatan sebelah kaki, Shadow masih mampu untuk mengangkat Haze dengan mudahnya.
Shadow : "Ingat lagi serangan penamat aku?"
Shadow pun terus memulakan gerakan penamatnya dengan menghempas Haze secara tersembam ke atas lantai besi. Terkena sahaja penangan serangan penamat Shadow, Haze terus tak bergerak.
Shadow : "Inilah dia serangan ‘Black Tiger Bomb’. Sekali kau kena, kau tak akan bangun dalam tempoh yang lama."
Shadow terus terbaring di sebelah Haze kepenatan. Akhirnya, dia berjaya menewaskan Haze dengan hanya kekuatan sebelah kaki.
YOU ARE READING
Xros Story : Yakuza's Issue [✓]
Teen FictionGENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi yang mustahak. "I cabar kau orang untuk menjual 200 000 tiket untuk konsert kita." Kata-kata yang ke...