Lelaki itu tersenyum dengan lebarnya apabila ternampak kelibat Shadow. Apa hubungan lelaki ini dengan Shadow?
“Give an applause to him.”
Orang di bawah penguasaan lelaki itu terus menepuk tangan seperti adanya tetamu jemputan yang sangat dinantikan. Shadow dan lain-lain hanya membisu dengan situasi ganjil itu.
“Bawa mereka ke bilik vip. Saya nak berborak dengan mereka.”
Mereka pun di paksa untuk akur akan arahan lelaki itu. Suasana sangat mendebarkan bagi ahli kumpulan Xros. Jantung mereka berdegup dengan kencang memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka.
Vector : "Kawan-kawan kau ini menakutkanlah, Shadow."
Shadow : "Berapa kali aku nak cakap? Aku tak kenal dia orang ini."
Beberapa minit mereka berjalan, akhirnya mereka tiba di sebuah bilik ruang makan yang begitu mewah sekali.
"Jemput duduk. Janganlah segan-segan."
Ketua Yakuza itu mempelawa mereka untuk duduk di situ. Dengan hati yang tidak tenang, mereka melabuhkan punggung mereka di atas kerusi yang sudah disediakan.
“Heh.... Sudah sekian lama kita tak bertemu. Akhirnya, kau ke sini sendiri ya, Shadow?"
Lelaki itu hanya berfokus ke arah Shadow sejak dari tadi.
Shadow : "Dengar sini. Aku tak kenal kau dan kita tak pernah menjadi kawan pun."
“Oh.... Dark Shadow. Kita mana pernah jadi kawan sebelum ini. Cumanya... betul ini kau tak kenal aku? Lelaki yang pernah patahkan kaki kau dulu?”
Shadow terus terkaku. Mendengar hujah daripada lelaki itu. Anak matanya membulat dek kerana takut dan menggigil.
Tindak balas Shadow telah menarik perhatian mereka yang lain.
Cackle : "Kaki kau pernah patah ke, Shadow?"
Shadow : "T... tak mungkin.... Kau?"
Muka Shadow mula pucat tidak berdarah. Peluh dingin mula membasahi pipi. Nafas Shadow semakin deras ibarat dirasuki makhluk halus.
Haze : "Ye, Dark Shadow. Akulah Haze. Dah ingat kembali?"
Shadow : "Kau buat apa dekat sini?"
Haze : "Tak ada apa-apa. Sengaja mengambil angin~ Kau datang ini mesti nak ambil semula flower boy kan?"
Catz : "Kenapa kau orang panggil Ex, flower boy? Kelakarlah bunyinya."
Cackle : "Ya. Flower boy itu sesuai dengan Catz."
Catz lekas menjeling tajam ke arah Cackle. Menyempat lagi dia bergurau senda di saat gentir begini?
Haze : "Kenapa kita orang panggil dia flower boy? Sebab kita orang paksa dia untuk menjadi pelayan di bar kami."
Xiwen : "Apa? Dekat dalam ini ada bar?"
Haze : "Ianya bar peribadi. Jikalau kau orang nak tahu, kita orang pun datang ke restoran Perancis yang kau orang kerja itu juga."
Masing-masing terkaku. Selama ini, mereka sudah lama diperhatikan olehnya.
Haze : "Kita orang berminat dengan flower boy ini. So kita orang akan ambil dia bekerja dekat bar kita orang dan layan kita orang dengan segala benda yang dia ada."
Wajah masing-masing mulai menegang. Adakah benar sangkaan Shadow yang sebelum ini?
Xiwen : "Tak mungkin. Ex tak akan buat macam itu. Dia bukannya jenis yang mesra pelanggan sangat pun."
Haze : "Ahahahah.... Ya. Dia akan buat semua itu untuk kita orang semua di sini. Kalau dia sudah mabuk, semua benda dia boleh buat. Tidakkah begitu gamaknya?"
Tidak tertelan air liur mereka yang berada di situ. Apa yang Haze sudah lakukan kepada Lynx?
Masing-masing antara mereka mulai berang dengan tindakan Haze yang memperlakukan rakan mereka sebegitu.
Catz : "Kau...!"
Catz sudah mula bertindak untuk memanjat meja makan itu. Dengan pantas, Haze mengacukan selaras pistol tepat pada dada Catz.
Tindakan Catz membeku di situ apabila mata pistol itu menyentuh dadanya. Wajahnya perlahan memucat dan mereka yang melihatnya ibarat terkena renjatan elektrik perasaan takutnya itu.
Cackle : "Catz!"
Haze : "Lebih baik kau berundur, budak. Jangan ingat kau idola, aku tak berani nak tembak kau sesuka hati."
Bagi mengelakkan keadaan bertambah serius, Cackle menarik Catz sehingga dia kembali duduk di atas kerusi. Badan Catz pula menggigil kerana terlalu terkejut dan takut dalam masa yang sama.
Haze : "Terima kasih."
Keadaan semakin mendebarkan. Ibarat hendak terkeluar jantung mereka.
Haze : "So kalau kau nak ambil balik flower boy... kita bet, Dark Shadow. Kita bergusti di dalam gelanggang bersangkar. Siapa menang, dia dapat flower boy."
Shadow dah mula buntu apabila di cabar oleh Haze. Entah mengapa jiwanya dipenuhi dengan ketakutan.
Haze : "Tengoklah. Ianya si pengecut. Patutlah kau berhenti daripada bergusti kan? Sebab kau ini memang penakut."
Shadow : "A... aku malas nak mencari gaduhlah."
Haze : "Heh, kau sendiri yang datang ke sini. Selepas itu, kau cakap tak nak cari gaduh? Ayat penyata apakah ini?"
Xiwen : "Shadow.... Kalau kau tak nak berlawan, tak mengapa. Mesti ada cara lain."
Xiwen cuba untuk menenangkan Shadow yang kelihatan begitu kebuntuan.
Haze : "Oh, tak. Dia mesti berlawan. Kalau tak...."
Haze hendak mengangkat pistolnya kembali. Akan tetapi Catz bertindak untuk menepis pitolnya.
‘Bang!’
YOU ARE READING
Xros Story : Yakuza's Issue [✓]
JugendliteraturGENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi yang mustahak. "I cabar kau orang untuk menjual 200 000 tiket untuk konsert kita." Kata-kata yang ke...