Part 15

39 14 24
                                    

Setelah selesai membiarkan Catz di dalam tab, dia pun memakai baju dan beransur tidur dengan mudahnya.

Xiwen : "Dia ini memang perangai macam adik-adiklah.

Cackle : "Sebab itu aku layan dia sama macam aku layan adik-adik. Sebab perangai dia yang memang manja sedikit itu."

Lynx : "Aku faham sangat kenapa. Dia membesar tanpa keluarga. Cuma dia seorang sahaja. So dia kekurangan attention dari keluarga."

Shadow : "Kurang kasih sayang."

Lynx : "Lebih kurang begitulah."

Xiwen : "Hmm.... Ada betulnya juga. Dia membesar dengan kau kan, Cackle?"

Cackle : "Aku jumpa dia semasa di sekolah tinggi. Time itu baru aku tahu yang dia tinggal seorang-seorang. Malahan dah kena tendang dengan tuan rumah sebab tak bayar sewa."

Shadow : "Budak lagi. Mana nak cekau duit bayar sewa rumah. Tuan rumah itu pun tak ada otak ke?"

Vector : "Tapi dia ini, tak pernah nak susahkan kawan. Dia jaranglah cerita masalah peribadi dia. Even dengan kita orang yang rapat dengan dia ini pun."

Shadow : "Tapi aku tabiklah dengan semangat dia."

Lynx : "Kau pun apa kurangnya, Shadow. Lagi besar cabaran hidup kau itu."

Shadow : "Ahahah, as you can see.... Setiap daripada kita ada kenangan gelap tersendiri kan? Aku tak pernah dengar apa yang terjadi dengan zaman kecil kau, Ex."

Mereka semua merapatkan diri ke arah Lynx untuk mendengar kisah hidupnya.

Lynx : "Aku ini jenis yang tak suka bercerita tentang diri aku. Tapi bila kau dah bertanya, aku cerita sahajalah sedikit. Aku dulu ada masalah kurang darah merah."

Vector : "Leukemia ke?"

Lynx : "Itu kurang darah putih. Aku kurang darah merah. Mak ayah aku pula selalu pergi oversea."

Xiwen : "Kau mesti selalu bergantung harap kepada An kan?"

Lynx dengan perlahan menganggukkan kepalanya

Lynx : "Ye. Keluarga dia orang dah macam keluarga kedua aku. Kadang-kadang aku mengharap yang dia orang adalah keluarga sebenar aku."

Cackle : "Ahahah.... Biasalah itu."

Vector : "Kau mesti dah banyak kali ke hospital kan,Ex?"

Lynx : "Hospital itu dah macam hotel aku dah. Check in, check out."

Xiwen : "Ahahah, hotel ke asrama?"

Shadow : "Lebih kuranglah itu, Xiwen."

Cackle : "Macam aku pula, family kita orang memang sudah kenal dengan Catz. Cuma Catz sahaja yang macam jarang-jarang nak mesra dengan kita orang."

Shadow : "Yelah. Dia dah segan sebab kau orang asyik tolong dia sahaja."

Cackle : "Mungkin sebab kita orang pun ada konflik sesama kita orang."

Vector : "Keluarga aku normal sahaja. Cuma bapa aku itu yang terlalu garang macam harimau. Daripada hanger sampailah ke tali pinggang, semua aku pernah rasa kena libas."

Xiwen : "Auch. Sakitnya...."

Lynx : "Dah anaknya pun degil. Liar sangat, memang mendapatlah."

Vector : "Eheheh.... Bukan degil. Nakal sedikit sahaja. Aku dulu pernah terjun dari bilik aku tingkat dua sebab nak keluar malam. Lepas itu, sampai-sampai bawah bapa aku dah tunggu dengan tali pinggang."

Mereka semua terus ketawa terbahak-bahak dengan karenah Vector yang sangat nakal.

Sambil-sambil mereka bergelak tawa, pengurus Ichiya pun masuk ke dalam bilik mereka.

Ichiya : "Hei, apa yang seronok sangat itu? Kenapa tak tidur lagi ini?"

Xiwen : "Oh, sesi bercerita. Midnight story.... Lebih kuranglah."

Lynx : "Hmm.... Actually imbas kembali kenangan dulu."

Ichiya : "Oh, I ada cerita."

Vector : "Ceritalah cepat, manager."

Pengurus Ichiya pun duduk dalam bulatan bersama mereka semua.

Ichiya : "I dulu tinggal dalam suasana miskin. Tak kaya macam ini."

Vector : "Ye ke?"

Ichiya : "Ye. Nak dapat telur sebiji pun susah."

Lynx : "So macam mana manager boleh jadi billionaire pula ini?"

Ichiya : "Sebab... I ada join satu kelab ini. Kelab bisnes. Time ini, kehidupan I dah mula naik taraf sedikitlah. I kumpul-kumpul duit.... Sampailah satu masa, I buka bisnes I sendiri."

Vector : "Manager bisnes apa?"

Ichiya : "Produk jamu."

Lynx : "Dah agak dah...."

Ichiya : "Nak cuba produk I tak?"

Lynx : "Tak nak."

Pengurus Ichiya membuat muka geram apabila Lynx memberi jawapan yang sangat jujur.

Ichiya : "Janganlah nampak jujur sangat. So nak cerita dekat sini. Tak semestinya kita bermula dari bawah, kita akan kekal di bawah."

Vector : "Betul itu."

Ichiya : "Sekarang ini, semua sekali pergi tidur."

Mereka pun beransur untuk tidur setelah diarahkan oleh pengurus Ichiya. Malam yang memenatkan kini sudah melabuhkan tirainya.

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now