Kesemua mereka memandang antara satu sama lain. Apakah yang begitu mustahak itu?
Shadow : "Sudah macam Mission Impossible sahaja?"
Ichiya : "Ahahah.... Tak adalah sampai impossible. I dapat contact daripada sebuah restoran di Tokyo. Mereka nak menjemput kita ke sana."
Vector : "Restoran? Ini mesti dinner kan?"
Begitu bersemangatnya Vector berkata sedemikian. Maklumlah, siapa sahaja yang tak suka apabila di pelawa makan bukan?
Ichiya : "Kali ini bukan ya, Vector."
Vector : "Alaa...."
Lynx : "Kalau bukan dinner, so apa dia? Tak akanlah buat konsert dekat restoran?"
Cackle : "Rare betul buat konsert dalam restoran."
Ichiya : "Ini yang best I nak cerita. I teruja sangat sebenarnya ini."
Semua terus membuat muka lain macam. Dapat dirasakan akan ada sesuatu yang tidak disukai bakal berlaku.
Cackle : "Benda yang selalunya manager rasa best, kita mesti tak suka...."
Xiwen : "Matilah kita...."
Catz : "Jangan dia suruh aku cosplay lagi sudahlah."
Shadow : "Aku tak sanggup."
Begitu terang mereka mengata pengurus mereka. Seolah-olah mereka lupa yang mereka sedang membuka pembesar suara.
Mahu berasap telinga pengurus Ichiya mendengarnya. Nasib baik mereka ini jauh. Jikalau tidak, sudah makan hempukan padu mereka semua ini.
Ichiya : "Hei! I dengar apa yang kau orang kata!"
Mereka yang khusyuk mengata pengurus Ichiya terus tersengih kerang busuk. Bertuah punya anak majikan.
Ichiya : "Begini plannya.... Restoran ini memang setiap dua bulan sekali akan invite kumpulan pop yang terkenal ke sana."
Lynx : "Kayanya dia orang."
Ichiya : "Sebab ini restoran orang bangsawan."
Cackle : "But I don't get it. Apa function dia invite kumpulan pop selain daripada nak ajak makan?"
Ichiya : "Memanglah.... Dia orang invite team idol bukan untuk dinner tetapi untuk jadi pelayan dekat situ."
Masing-masing membisu. Ada juga yang menahan gelak. Mereka ini jadi pelayan? Biar betul ini?
Xiwen : "So kita akan menjadi pelayan dia orang?"
Lynx : "Out of mind."
Cackle : "Okey. Yang ini kena berhati-hati. Jangan bagi aku jadi pelayan. Elak nanti, tinggal pinggan sahaja yang aku hidangkan nanti."
Semua sudah ketawa apabila Cackle berkata sedemikian. Siapa sahaja yang tidak kenal Cackle yang cukup gemar makan itu?
Ichiya : "Dia orang bayar setengah juta dekat kita termasuk dengan tiket flight ke sana."
Sejurus itu, kesemua mereka terkejut mendengar jumlah wang yang begitu banyak itu.
Catz : "Wau.... Seriously?"
Shadow : "Jumlah itu insanelah. Lebih daripada cukup dah itu."
Vector : "Setengah juta maksudnya... 500 000 kan?"
Ichiya : "Ye. Lebih daripada cukup. Kita buat album sekali dengan performance pun tidak sampai setengah juta kalau tidak silap. So? Macam mana? Kamu semua kena bersetuju tahu?"
Randy : "Saya minta maaf, manager. Saya risau yang saya tak boleh. Sebab adik saya dekat hospital sekarang ini....."
Randy mencelah dengan penuh rasa hormat. Wajahnya kembali dimurungkan sebaik sahaja dia teringatkan perihal adiknya.
Shadow : "Oh, adik kau...."
Ichiya : "I tahu itu. I pun tengah pening. Nak tolak permintaan ini, ibarat menolak jongkong emas."
Suasana kembali menyepi. Sehinggalah Cackle memecahkan keheningan suasana tika itu.
Cackle : "Actually kita orang tak kesah pun kalau kau tak nak ikut, An."
Vector : "Yelah. Family lebih utama. Bukannya orang lain."
Mereka pun berlapang dada dengan keputusan Randy. Akan tetapi berbeza dari sudut pengurus Ichiya.
Ichiya : "Tak boleh. I yang pening nak handle kau orang macam mana nanti."
Semua hanya membuat muka geram. Geram betul dengan pengurus nyah seorang ini.
Shadow : "Itu yang manager sibukkan? Selfish betullah."
Lynx : "Haa.... Terpulanglah. Kalau pergi, pergi. Tak pergi pun, tak mengapa."
Beberapa minit kemudian, barulah pengurus Ichiya membuat keputusan.
Ichiya : "Hmm.... Okeylah. Kamu boleh tinggal kalau kamu nak, Randy."
Setelah mendapat lampu hijau daripada pengurus, air muka Randy terus berubah. Wajahnya yang menegang kini dikendurkan tanda lega dengan keputusan itu.
Randy : "Kalau macam itu, saya akan tinggal sahaja di sini. Terima kasih manager."
Cackle : "Alaa.... Randy. Why?"
Shadow : "Hmm.... Suka hati kaulah."
Ichiya : "Yang lain! Esok bersiap dekat airport jam 12 tengah hari. Jangan lambat ya? I paling pantang orang yang tidak punctual."
Xiwen : "Okey~"
YOU ARE READING
Xros Story : Yakuza's Issue [✓]
Roman pour AdolescentsGENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi yang mustahak. "I cabar kau orang untuk menjual 200 000 tiket untuk konsert kita." Kata-kata yang ke...