Part 3

41 17 5
                                    

Kemudian, susuk seorang manusia muncul di situ.

Cackle : "Shadow!"

Cackle yang muncul entah dari mana terus melompat dan memeluk Shadow dengan erat. Disebabkan Shadow sudah terlalu masak dengan perangai Cackle, maka dia hanya membiarkan sahaja perilaku Cackle itu.

Shadow : "Dari mana kau datang, makhluk hidupan akuatik?"

Cackle : "Kenapa kau balik semula ini?"

Shadow terus membuat muka geram ke arah Cackle yang sengaja hendak menghalaunya.

Shadow : "Apa kau cakap?"

Cackle : "Lain kali tak payah balik terus. Kau tinggal sahaja dekat China."

Geram sungguh Shadow terhadap Cackle. Nasib baiklah dia faham bahawa Cackle hanya bergurau senda dengannya.

Shadow : "Sungguh biadap kamu ini. Tak payah ambil buah tangan yang aku beli."

Cackle : "Eh...! Okey, ampunkan patik. Kau mesti beli topi saji itu kan?"

Kening sebelah Shadow terangkat sebaik sahaja telinganya mendengar kata-kata Cackle. Siapa yang beli topi saji di China?

Shadow : "Merepeklah kau ini. Buat apa aku nak beli benda alah itu dan dekat mana aku nak mencari topi macam itu dekat China?"

Cackle : "Eh? Bukan dekat China famous dengan topi segi tiga yang orang selalu buat bersawah itu ke?"

Sekali lagi, Shadow memandang jelek ke arah Cackle.

Shadow : "Itu Vietnamlah, mangkuk. Aku pergi China bukan Vietnam."

Cackle : "Ye ke? Lain-lain negara eh?"

Shadow : "Dah berapa lama kau tak belajar Geografi ini? Dahsyatlah."

Cackle : "Ehehehh...."

Sebelum kepalanya Shadow bertambah serabut, lebih baik dia menukar topik perbualan mereka.

Shadow : "Catz tengah buat apa sekarang ini?"

Cackle : "Dia tengah tidur. Jangan bising sangat...."

Shadow : "Ye ke?"

Wajah penuh makna jelas tertampak pada wajah Shadow. Dia terus berjalan ke tangga untuk melakukan sesuatu.

Shadow terus menjerit ketika mana kakinya menjejak pada anak tangga pertama rumah itu.

Shadow : "Woi! Bangunlah, Catz!"

Sebaik sahaja melihat Shadow bertindak sedemikian, mereka yang lain terus kelam-kabut menerjah ke arah Shadow yang sengaja hendak mengejutkan Catz daripada tidur.

Daripada dulu sehingga sekarang, perangai anjing dan kucing kedua-dua mereka ini tidak pernah nak berubah.

Xiwen : "Aku memang dapat agak dah dia nak buat ini...."

Walaupun Shadow di heret oleh mereka yang lain, Shadow masih lagi meneruskan hasratnya.

Shadow : "Catz! Bangunlah budak gemuk!"

Kali ini, ahli kumpulannya menutup mulut lantang Shadow agar tiada sebarang bunyi yang terhasil. Begitu huru-hara suasana di situ.

Dalam kekalutan itu, kedengaran suara yang begitu dikenali dari tingkat atas.

Catz : "Diamlah, kuali! *Ha-chuh!"

Secara serentak mereka semua memandang ke atas. Catz sudah terpacak di anak tangga paling atas rumah itu sambil selimut membaluti tubuhnya.

Cackle : "Catz! Apahal kau keluar dari bilik?"

Catz : "Macam mana aku nak duduk diam kalau si kuali ini menjerit dekat tangga? Kau orang ini tak prihatin dengan keadaan aku betullah sekarang ini."

Sudah mulalah mulut lantang Catz berbunyi. Telinga mereka berasap mendengar kata-kata Catz. Secara serentak mereka semua memarahi Catz.

"Kau diamlah!"

Betapa riuhnya suasana di situ. Inilah apa yang akan berlaku apabila kesemua mereka bertemu kembali setelah seminggu bercuti.

Sehinggakan Randy yang berserabut kepala pun kembali tenang dengan reaksi mereka semua.

Tidak lama kemudian, telefon Randy berdering. Deringan telefon Randy yang begitu rancak telah mengalihkan perhatian mereka semua.

Randy segera menjawab panggilan tersebut.

Randy : "Hello, manager?"

Kesemua mereka terus membisu apabila Randy menyebut perkataan manager. Walaupun pengurus mereka berjiwa lembut, namun tidak semestinya dia tidak garang orangnya.

Xiwen : "Loud speaker, An. "

Randy pun membuka pembesar suara. Secara serentak mereka semua berkumpul rapat ke arah Randy.

Kemudian, kesemua mereka secara serentak mengucapkan selamat petang.

"Selamat petang, manager!"

Ichiya : "Selamat petang. Semua sudah balik ke?"

Randy : "Sudah, manager."

Ichiya : "Dowie? Kamu sudah ada ke itu?"

Shadow dengan pantas menjawab persoalan pengurus Ichiya.

Shadow : "Ada. Boleh tak berhenti panggil saya dengan nama itu? Rasa kelakar. Ahahah...."

Ichiya : "I tetap nak panggil juga."

Shadow hanya mampu menepuk dahi. Sudah semestinya nyahlah. Apa yang dikatakan, jangan berani ada yang membidas. Tidak akan berjaya punya.

Ichiya : "Awal pula kamu sampai. Bukan kamu cakap yang tiket flight kena postpone ke?"

Shadow : "Urm, ye. Tetapi keajaiban berlaku, cuaca reda sedikit dan flight boleh terbang semula."

Ichiya : "Haa.... Baguslah itu. Alang-alang semua sudah ada, I call ini sebab...."

Belum sempat untuk pengurus Ichiya menghabiskan kata-katanya, terdapat satu bunyi yang menghentikan segalanya.

Catz : "*Ha-chuh!"

Suasana terus senyap sepi sebaik sahaja Catz terbersin dengan kuatnya.

Ichiya : "Siapa yang bersin itu?"

Peluh dingin mula membasahi pipi masing-masing. Risau terkena bebelan padu daripada pengurus Ichiya.

Namun apakan daya? Berani kerana benar, takut kerana salah.

Xiwen : "Catz, manager...."

Randy : "Dia demam."

Ichiya : "Ish.... Time nak mula balik traininglah kau nak demam."

Sudah mulalah bebelan nyah-nyah pengurus Ichiya.

Catz : "Maaf, manager...."

Ichiya : "Ini demam macam mana pula nak training esok?"

Catz : "Jangan risau manager. Saya demam selalunya dua ke tiga hari sahaja."

Catz cuba menyedapkan hati pengurus dengan berkata sedemikian. Kenyataannya juga mendapat sokongan mereka yang lain-lain.

Xiwen : "Okey, yang itu kita orang setuju. Antibody dia agak kuat."

Ichiya : "Sudah pergi klinik ke?"

Catz : "Dah."

Ichiya : "Haiz.... I call ini sebab kita ada misi yang mustahak."

Xros Story : Yakuza's Issue [✓]Where stories live. Discover now