Keesokan paginya, kesemua mereka berkumpul untuk merungkai misteri kehilangan Lynx.
Cackle : "Okey, Vec. Cuba kau cerita satu per satu."
Vector : "Okey.... Aku dengan Ex sesat semalam. So Ex decide nak call antara kau orang tetapi tiba-tiba ada seorang lelaki. Bukan seorang. Ada… mula-mula dua orang tekup mulut Ex. Lepas itu ada lagi yang datang nak sergah aku. Aku pun tak berfikir panjang, aku terus cabut lari."
Shadow : "Kau tinggalkan Ex?"
Vector : "Aku tahu itu. Aku minta maaf. Aku panik sangat."
Xiwen : "Teruskan, Vec."
Vector : "Aku berlari dan menyorok dekat tempat yang kau orang jumpa aku semalam."
Catz : "Kau ingat tak, muka orang yang tekup Lynx itu macam mana?"
Vector : "Rambut dia pendek. Perang-perang sedikit. Lepas itu, ada tattoo dekat bahagian leher dia."
Xiwen : "Urm.... Siapa dekat sini yang pandai melukis?"
Vector : "Ex sahaja antara kita yang pandai melukis."
Cackle : "Tak apa. Biar aku yang lukis."
Mereka semua sudah memandang wajah Cackle semacam. Biar betul si Cackle ini?
Cackle : "Hei, aku dulu pernah ambil kelas seni ye?"
Shadow : "Okey?"
Cackle : "Okey. Bagi aku pensil dan kertas. Biar aku cuba. Rambut pendek...."
Dengan penuh bersemangat Cackle hendak melukis.
Vector : "Dagu dia lebar. Telinga dia capang sedikit. Ada subang."
Tidak lama kemudian, lukisan Cackle pun sudah siap.
Cackle : "Dah siap!"
Mereka semua lekas melihat lukisan Cackle. Namun apa yang mereka dapat lihat ialah lukisan yang begitu hodoh.
Catz : "Apa yang kau lukis ini?"
Shadow : "Macam nenek kebayan sahaja?"
Cackle : Hei, ini masterpiece aku. Jangan nak menghina. At least ada sipi-sipi kan?"
Vector : "Tak. Jauh sangat ini...."
Mereka secara serentak menepuk dahi beramai-ramai. Tahap keyakinan Cackle ini sememangnya tinggi mengalahkan Burge Khalifah.
Xiwen : "Sinilah. Biar aku cuba pula. Aku tak berapa mahir tapi saja nak mencuba."
Vector : "Okey."
Shadow : "Kau berani lukis orang lidi, memang kau aku jadikan lidi.
Xiwen pun mula melakar dengan cermat. Hampir beberapa minit, Xiwen pun menunjukkan lukisannya kepada mereka yang lain.
Xiwen : "Sama tak?"
Betapa terkejutnya mereka melihat hasil lukisan Xiwen. Sepuluh kali lebih baik daripada lukisan Cackle walaupun lukisannya tidaklah sempurna.
Vector : "Sama.... Bolehlah~"
Catz : "Wau.... Sejak bila kau pandai melukis ini?"
Xiwen : "Aku selalu usha Ex melukis pakai tablet dia. Lukisan dia lagi lawalah yang pasti."
Shadow : "Dengan hanya tengok, kau dah boleh melukis? Hebatnya."
Xiwen : "Ahahah.... Tak adalah. Sebab aku ambil course medical. So aku dah tengok dan buat banyak lukisan."
YOU ARE READING
Xros Story : Yakuza's Issue [✓]
Novela JuvenilGENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi yang mustahak. "I cabar kau orang untuk menjual 200 000 tiket untuk konsert kita." Kata-kata yang ke...