Catz masih lagi terbaring tidak sedarkan diri di atas katil hospital.
Ichiya : "Haa.... So kita terpaksa teruskan plan ini tanpa Catz. Nampak gayanya dia memerlukan lebih masa untuk berehat."
Xiwen : "Tanpa Randy juga. Uhuhh.... Mesti semakin hambar ekspedisi ini."
Kesemua mereka bermurung apabila seorang demi seorang antara mereka terpaksa ditinggalkan. Namun hendak berbuat bagaimana? Rancangan harus diteruskan.
Cackle : "Okey.... Catz, kita orang pergi dulu ye? Nanti petang sedikit, kita orang datang semula untuk melawat kau."
Cackle menggosok anak rambut Catz dengan perlahan sebelum meninggalkannya. Mereka pun terus pergi meninggalkan Catz di hospital untuk meneruskan misi utama.
Xiwen : "Lastly, tinggallah lima orang sahaja. Hambar.... Hambar...."
Vector : "Situasi kita ini sama macam dalam lagulah. Seven little monkey jumping on the bed. One fell off and bump his head. Mama call the doctor and the doctor say, no more monkey jumping on the bed."
Menyempat lagi Vector menyanyikan lagu tersebut. Nasib baiklah tatabahasanya tiada yang salah.
Shadow : "Dah-dah.... Please, Vector. Suara kau kalau menyanyi lagu budak-budak, memang macam budak-budak."
Lynx : "Sudah namanya pun anak bongsu. Nak buat macam mana?"
Shadow : "Gaya kau bercakap macam kau itu bukan anak bongsu sahaja, Ex."
🌸🌸🌸
Mereka pun check in hotel yang telah di tempah oleh pengurus Ichiya. Hotel yang telah di tempah itu boleh tahan mewah juga. Mirip kepada hotel lima bintang.
🌸🌸🌸
Matahari sudah tergelincir dan seperti yang telah Cackle katakan sebelum ini, mereka akan datang untuk melawat Catz.
Vector : "Agak-agaknya, Catz sudah baik ke?"
Shadow : "Dia sudah berehat begitu lama. Jadi aku rasa mungkin dia sudah sihat?"
Lynx : "Kalau aku jadi Catz, aku nak terus tidur di atas katil hospital yang empuk ini."
Setibanya mereka di bilik wad Catz, dia masih lagi tidur dengan lenanya di atas katil. Adakah dia menghabiskan segala masanya untuk tidur?
Ichiya : "Doktor kata, keadaan dia sudah semakin pulih selepas dia ambil ubat."
Cackle : "Maksudnya, Catz sudah terjagalah sebelum ini?"
Ichiya : "Ya. Dia sudah terjaga. Mujurlah ianya hanya demam biasa dan bukannya penyakit yang serius."
Vector : "Baguslah kalau macam itu."
Secara tiba-tiba Catz terjaga dengan mengejut dan dia tercungap-cungap bagaikan manusia yang kehabisan oksigen.
Kesemua mereka terkejut melihat keadaan Catz yang bagaimana ikan meminta nyawa itu.
Cackle : "Catz?"
Ichiya : "Panggil doktor cepat!"
Kelam-kabut mereka berlari hendak mencari doktor. Akan tetapi Lynx, dia secara spontan menarik pipi Catz dengan padu. Entah apalah yang sedang difikirkannya.
Semua sekali sudah membuat muka terkejut dengan tindakan Lynx. Dia serius ke ini?
Lynx : "Berhenti mengelamunlah...."
Catz : "Argh! Sakit.... Berhenti, Ex...."
Segala kepanikan sebentar tadi bertukar menjadi angin puting beliung memarak apabil kesemua mereka melihat reaksi Catz yang begitu normal.
Shadow : "Ada juga yang kena hempuk lepas ini.... Bikin jantung orang gugur sahaja."
Pipi Catz yang sudah memerah digosoknya dengan perlahan. Boleh dibayangkan betapa kuatnya cubitan daripada Lynx sebentar tadi.
Cackle : "Kau okey tak, Catz?"
Catz : "Rasa okey sedikit. Auch.... Sakit betul kau cubit aku ini, Ex."
Lynx : "Ianya salah kau sendiri. Jangan nak blame aku."
Xiwen : "Ahahah.... Baguslah itu kalau kau dah okey. Doktor kata kau dah boleh keluar petang ini. Betul tak, manager?"
Ichiya : "Ya. Betul itu. Memandangkan Catz sudah sihat semula, so plan kita akan berjalan seperti biasa."
Catz : "Urm.... Manager.... Saya nak minta maaf. Maaf sebab saya banyak menyusahkan manager. Saya ingatkan saya boleh tahan demam ini. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku."
Shadow : "Kau minta maaf dengan manager sahaja? Kau tahu tak, kita orang yang papah kau sampai ke sini?"
Catz : "Yelah. Dekat semua sekali. Aku minta maaf. Aku ini hanya tahu menyusahkan kau orang sahaja...."
Ichiya : "Alololo.... Janganlah cakap begitu. Sini I nak peluk sedikit.... Mana tahu boleh hilangkan rasa kemurungan itu?"
Pengurus Ichiya pun memeluk Catz. Lantaran itu, kesemua ahli Xros berpelukan antara satu sama lain.
Ichiya : "Sorry kalau I tak prihatin dengan keadaan kamu."
Catz : "Saya yang sepatutnya minta maaf sebab tak berterus terang dengan manager."
Cackle : "Pasang lagu sedih sedikit. Aku nak menangis."
Sudah mulalah babak adengan drama oleh Cackle.
Lynx : "Tak nak. Kau menangislah seorang-seorang. Aku tak nak terlibat."
Dengan selamba Lynx membidas Cackle.
Cackle : "Ex...! Kau ini memang perosak mood betullah."
YOU ARE READING
Xros Story : Yakuza's Issue [✓]
Teen FictionGENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi yang mustahak. "I cabar kau orang untuk menjual 200 000 tiket untuk konsert kita." Kata-kata yang ke...