Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Selamat pagi Cik Eunbyeol. Jihoon sudah sampai ke?" tanya aku. Wanita yang berumur lingkungan 30-an itu menggeleng sambil menjawab panggilan telefon. Aku mencabut kasut but hitam yang dipakai aku lalu ditukarkan dengan selipar biasa.
Aku rimas. Dengan penghawa diingin yang rosak nya lagi, membuatkan pejabat kecil itu menjadi semakin membahang dan panas. Aku melangkah ke pantri untuk meneguk segelas air sejuk. Haus dibuatnya.
"Hello, ya saya Ruby." aku mengangkat panggilan daripada Jihoon.
"Ada pelawat datang nanti. Kau layan dulu. Tengah stuck dekat jalan ni. Kereta aku rosak tiba-tiba." kata Jihoon. Aku mengangguk lalu pergi ke kawasan pejabat Jihoon untuk menyambut tetamu.
Mungkin tetamu yang dikatakan oleh Jihoon itu merupakan tetamu yang bakal aku bekerjasama nanti. Jihoon kata orang nya bukan calang-calang, jadi mesti kes ini berat bukan? Aku sudah biasa dengan orang-orang sebegini.
"Jemput masuk encik." Eunbyeol membawa masuk seorang lelaki yang agak berusia bersama anak lelaki nya. Aku menganggap anak lelaki nya ini sebaya aku memandangkan remaja lelaki itu memakai baju sekolah lama aku.
"Perkenalkan. Ini Encik Lee Jeno dan anak lelaki nya, Lee Jungmyeon." aku bersalaman dengan Jeno beserta Jungmyeon. Jihoon akhirnya tiba dalam masa 5 minit dalam keadaan tergesa-gesa. Aku melangkah ke arah nya lalu dia membisikkan sesuatu.
"Kau keluarlah. Aku—"
"Aku mahu tahu. Ini mesti kau akan libatkan aku juga nanti kan?" tanya aku dengan senyumam sinis. Selepas Jihoon selesai mengambil dokumen, aku dan Jihoon duduk bersama menghadap Jeno yang diulit kerisauan.
"Anak perempuan encik, Lee Doyeon mati dalam keadaan tergantung dan ditikam belasan kali..." aku melihat gambar remaja yang dibunuh dengan kejam. Sehingga terkeluar daging-daging daripada badan.
Seram.
"Isteri encik? Boleh saya tahu maklumat isteri encik juga?" tanya Jihoon. Jeno teragak-agak lalu memberitahu perkara sebenar. Hati aku berdebar menunggu penjelasan daripada Jeno.
"Isteri saya dibunuh pada bulan lepas. Seminggu sebelum Doyeon mati." kata Jeno. Jihoon mengangguk lagi lalu memeriksa dokumen ditangan nya berulang kali. Kening nya berkerut apabila membawa maklumat Jungmyeon.
"Siapa Na Dokhee? Isteri kedua ke?" tanya Jihoon. Jeno teragak-agak lalu mengangguk lemah. Wow, ini diluar jangkaan aku. Mungkin Dokhee ini membunuh Hyunjoo untuk mendapatkan Jeno. So cliche.
"Dan, anak lelaki nya Lee Jungmyeon?Kamu kan?" Jihoon memandang ke arah Jungmyeon lama. Seolah mahu membongkar sebuah rahsia. Kerana itulah, aku tidak pandai berbohong dengan lelaki ini. Dia terlalu bijak.
"Akan tetapi, dalam maklumat asal ini...Na Dokhee berkahwin dengan Do Hakchul yang telah mati selepas ditembak oleh pihak polis atas penyeludupan dadah. Jungmyeon, kamu ada tahu apa-apa?" tanya Jihoon dengan senyuman sinis dibibir. Mata Jeno terbeliak luas diikuti oleh aku.