23 : Nævis, calling...

108 26 0
                                    

"Pembunuh isteri encik ialah rakan universiti encik iaitu Mark Lee. Encik Jeno kenal?" tanya Jihoon. Jeno mengangguk lalu meneguk air liur kelat. Pembalasan ini nama nya dendam.

"Untuk tuntutan ke mahkamah mungkin agak susah kerana tiada bukti kukuh. Dokhee sedang dalam proses perubatan. Mungkin akan mengambil masa." kata Jihoon lagi. Jeno menunduk lalu menangis.

Aku faham, dia mahukan pembalasan. Aku akan buat demi dia dan aku juga.

"Kau sudah makan Ruby? Tolong belikan makanan dikedai. Aku ada lagi yang mahu dibincangkan dengab Jeno. Surat mahkamah aku belum buat lagi." kata Jihoon. Aku mengeluh lemah lalu bangun.

Pintu pejabat aku tolak kasar. Dalam beberapa langkah berjalan, aku dipeluk secara tiba-tiba oleh Chenle. Lelaki itu ketawa gembira lalu memegang tangan aku.

"Mahu ke kedai? Nak ikut~" kata Chenle. Aku menggulingkan mata lalu mengangguk. Lelaki itu melentokkan kepala nya ke bahu sambil bermain dengan tangan aku.

Boleh rimas, tapi aku suka.

"Banyak nya snek yang kau ambil. Kau tidak makan nasi ke?" tanya Chenle. Aku menggeleng lalu mengambil beberapa cup ramen segera. Masa kerja yang padat membuatkan aku tiada masa untuk makan.

"Haih, siapa pula telefon ni." ujar aku. Chenle disebelah memandang aku sambil mengunyah gula-gula getah.

"Hello?"

"Jangab dekat dengan Chenle. Kau terlalu sayangkan dia ke?"

"Maaf, jangan merepek. Apa yang kau mahu?"

"Jangan dekat dengan Chenle."

Aku lantas mematikan panggilan. Chenle elok sahaja memegang barang-barang yang aku ambil disebelah. Siapa yang menelefon? Kenapa perlu hindari Chenle.

"Chenle, kau mahu makan malam dirumah aku? Aku mahu masak stew. Datang lah sekali." ajak aku. Lupa pula, kerja aku habis jam 10 malam. Alang-alang Jihoon sebentar lagi mahu ke Seoul jadi dia tidak akan singgah ke rumah aku.

"Makan? Urm, boleh. Tidur sekali ke?"

"Ouh tidak. Rumah aku bukan hotel. Lepas makan, balik." pinta aku. Maaflah, dirumah aku mahukan masa bersendirian. Masih trauma aku dengan kematian Daeun.

Selesai membayar, aku keluar sambil menyisip air kotak. Chenle mengikuti daripada belakang lalu memaut tangan aku dengan erat.

Aku selesa, lelaki ini betul-betul mahu membantu aku. Anak mata aku menjeling ke arah Chenle yang berjalan disebelah aku. Secara tiba-tiba aku tersenyum.

Otak, sila lah berfungsi dengan baik.

Aku masih lagi berfikir, siapa yang meneefon aku tadi? Suara nya tidaklah garau atau terlalu lunak. Dia mesti mengekori jejak langkah aku, atau dia orang suruhan Mark lagi? Ugh !

"Chenle, kau ada kenal orang yang boleh detect nombor?" tanya aku. Lelaki itu menggeleng, nampak nya susah lah untuk mengenalpasti orang yang menelefon tadi.

"Kenapa?Ada sesiapa telefon engkau ke? Dia tanya apa?" wajah Chenle bertukar serius. Aku menggeleng lalu tersenyum.

"Tidak mengapa. Aku boleh uruskan."




sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now