33 : liar

101 26 0
                                    

"Kau mahu ke mana?" tanya Chenle. Ruby yang berura-ura untuk membuka pintu rumah terus berhenti.

"Kopi. Nak pesan ke? Aku belikan sekali." kata Ruby. Chenle terdiam lalu menggeleng.

"Tidak mengapa, aku ikut kau saja." balas Chenle. Ruby cepat-cepat menghalang.

"Tak boleh. Kau kena jaga Haechan. Mark bila-bila masa akan jumpa kau dengan adik aku. Duduk rumah saja." pesan Ruby. Riak wajah nya risau, takut jika adik nya terlepas sekali lagi.

"Jangan risau. Tiada sesiapa akan ke mana-mana." Chenle merampas duit ditangan Ruby lalu beredar. Hanya mampu mengalah sahaja kepada lelaki itu.

"Mana Haechan? Ah, masih belum bngun budak itu.." omel Ruby. Hati nya berasa tidak tenteram. Cepat-cepat dia menaiki tangga ke tingkat atas.

"Haechan aa." diketuk pintu namun tidak dibalas. Ruby memulas dengan kuat namun gagal. Pintu masih tidak terbuka.

"Aish, dia masih menyusahkan aku." kata Ruby. Dengan menggunakan kunci pendua, pintu bilik Haechan terbuka. Mata Ruby membuntang melihat pil yang begitu banyak.

"Haechan..." Ruby terus berlari ke bilik air, melihat adik nya yang terbaring lemah kr lantai. Cepat-cepat Ruby membawa adik nya turun ke bawah.

"Jihoon!" Ruby mulai lega apabila melihat lelaki itu di ruang tamu. Jihoon mendekati Ruby lalu menekup mulutnya.

"Ji—"

• • • • • • • •

"Air kopi yang Ruby suka tu tiada pulak. Eish!" Chenle merengus geram lalu menyepak batuan di jalan raya. Pintu rumah dikuak perlahan.

"Ruby. Haechan. Aku ada beli makanan." tiada balasan yang diberi. Kening Chenle berkerut pelik, seperti tiada orang di dalam rumah ini.

"Mereka keluar tak beritahu aku ke? Ceh.." Chenle mengeluatkan telefon dipoket. Apabila ditelefon, seperti biasa tiada jawapan.

"Yah! Mereka nak mati ke?!"

"Chenle !" Eunbyeol secara tiba-tiba membuka pintu dengan kuat. Peluh membasahi dahi wanita berumur itu.

"Ruby Haechan..Jihoon sudah ambil mereka." kata Eunbyeol. Chenle terus berlari ke kereta. Saat enjin mahu dihidupkan, sebuah deheman daripada tempat duduk belakang mengejutkan dia.

"Macam mana kau boleh terlepas Daeun?" tanya Chenle. Suara gelakan wanita gila itu memenuhi ruangan kereta.

"Mark berjaya lepaskan aku. Kenapa? Terkejut? Mark lagi terkejut bila dapat tahu yang kau polis, sama seperti perempuan tu. Sedang mencari keberadaan teman wanita tercinta ke tu~"

Chenle terdiam, dipandang wanita itu dengan tajam. Nyawa nya dan nyawa Eunbyeol sendiri terancam.

"Kau tidak mampu buat apa-apa. Orang sekeliling memerhatikan. Masih nak selamatkan adik beradik itu?" tanya Daeun lagi. Chenle tiada masa. Otak nya buntu.

"Kau pula terlalu percaya polis perempuan tua itu sedangkan perempuan itu lepaskan aku. Sudahlah, kau hanya permainkan Ruby dengan cinta kau itu. Kau sememang nya buta!" kata-kata Daeun membuatkan Chenle terpempan.

Selamatkan atau tidak?




sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now