"Haechan aa!" Chenle melambai-lambai daripada tingkat bawah. Haechan berlari-lari anak turun daripada tangga.
"Lama ke kau tunggu? Yah, apa bunga-bunga ni." Haechan ketawa lalu mengambil sejambak bunga ditangan Chenle.
"Kau sudah makan? Atau mahu pulang ke rumah kau dahulu?" tanya Chenle. Haechan menggeleng.
"Makan ialah kepentingan. Jadi, mari kita pergi makan." ajak Haechan. Chenle ketawa lalu mengikuti Haechan dariada belakang.
"Wah, kereta kau dah next level. Bila kau beli?" tanya Haechan.
"Kau jangan ubah topik. Lepas ini kau kena sambung pelajaran kau semula dan ambil peperiksaan." pesan Chenle. Haechan memuncungkan bibir.
"Aku rasa menyesal sampai sekarang." kata Haechan. Chenle terdiam lalu sambung fokus kembali kepada pemanduan.
"Yang patut mati aku. Bukan Ruby." ujar Haechan. Lampu merah bernyala menandakan kereta Chenle akan berhenti. Suasana antara mereka mulai senyap.
"Jangan salahkan diri kau. Kakak kau mesti tidak suka." kata Chenle sambil memandang ke ke luar cermin. Sudah genap setahun pemergian Ruby dikenang.
"Yang penting, kau jangan ambil dadah. Aku tahu lelaki bodoh tu masukkan dalam mulut kau. Tapi aku yakin effect dia masih ada." pesan Chenle.
"Oh, aku lupa nak tanya. Apa nama asal kakak kau huh? Atau nama sebenar dia memang Ruby Lee?" tanya Chenle lagi.
"Yah, kau teman lelaki dia kut. Tak mungkin kau tidak tahu. Haihh. Peliklah!" kata Haechan. Mata nya membuntang tidak percaya soalan yang ditanya Chenle itu.
"Nama kakak aku Lee Haerun. Hae run." kata Haechan. Chenle tersenyum lebar.
"Haerun, nama yang cantik tapi aku tidak sempat untuk memuji nama dia, si pembunuh bermulut manis."
—The End—
Terjulung kali nya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada support anda ohokkk jangan lupa baca cerita gue yang bertajuk introducer :3
![](https://img.wattpad.com/cover/272820857-288-k393984.jpg)
YOU ARE READING
sweet talker. cl ✔
FanfictionSequel from RBB Disebalik gelak tawa , di antara mereka berdua ialah pembunuh highest ranking : # 4 - parkjihoon # 3 - zhongchenle # 1 - chenle