"Jihoon." aku memegang tangan Jihoon dengan erat. Aku takut. Hari ini sekali lagi perlu berhadaan dengan Na Dokhee yang sudah semakin menggila. Aku tahu, dia tahu berkaitan adik aku.
"Hai Dokhee. Bertemu lagi kita." kata Jihoon. Aku turut duduk diikuti dengan Jihoon disebelah. Dokhee memandang aku sambil tersenyum sinis.
"Jung Myeon sudah mati. Semua salah jantan tak guna itu." omel Dokhee seorang diri. Wanita itu mengilai kecil sambil meramas rambut sendiri. Aku meneguk air liur kelat.
Berani.
"Mana, Haechan ? Jihoon dapat jejak dia. Tapi jejak dia sudah hilang. Kau pasti tahu." kata aku. Dokhee ketawa sambil menepuk tangan.
"Kakak macam kau ni, buat Haechan menderita dengan hidup dia. Sekarang, dia hidup kaya raya bahagia. Walaupun terpaksa menjadi orang suruhan." kata Dokhee. Aku menggenggam tangan Jihoon kuat untuk mencari semangat.
"Siapa suruh kau buat bende macam ni ? Kau mahu keadilan untuk diri sendiri bukan ? Jadi, sila beri kerjasama kepada kami." kata Jihoon. Dokhee memandang aku dan Jihoon bersilih ganti. Wanita itu memandang sekeliling.
"Suami aku mati. Tinggal aku bersama anak lelaki aku. Mark kata mahu jaga, tapi dia layan macam sampah ! Lelaki tak guna tu bunuh anak lelaki aku !" meja dihentam kuat. Aku membuka rekod maklumat lama Hyunjoo.
"Kanada. Hyunjoo pindah Kanada dan pulang ke Korea selepas 10 tahun. Mark Lee, usahawan ternama di Korea dan sekarang dia di Korea." ujar aku. Nafas aku turun naik dengan laju.
"Mark mahu balas dendam. Lelaki tu penuh dengan dendam, sebab itu adik kau ikut Mark. Mereka berdua penuh dengan dendam..." kata Dokhee sambil ketawa. Aku mrmandang Jihoon dan Jihoon memandang aku.
"Sampai itu sahaja untuk hari ini, terima kasih Dokhee kerana-"
"Haechan takut mahu bunuh kau..jadi Mark tak guna itu upah pembunuh untuk bunuh seluruh keluarga kau termasuk kau sekali. Kau ni memang gadis malang.." sambung Dokhee lagi. Aku menutup telinga lalu menunduk.
Tidak, mustahil.
"Mustahil, Haechan bukan begitu..dia bukan macam tu."
"Ruby, jom keluar. Cukup untuk hari ini.."Jihoon membawa aku keluarg beserta semua barang-barang aku. Aku masih lagi menutup telinga sambil menunduk tidak percaya. Air mata aku gugur.
"Aku kakak yang tidak bertanggungjawab." ujar aku. Jihoon mengeluh bafas berat lalu memegang kedua tangan aku. Ubun rambut aku yang tidak kemas ditarik kebelakang.
"Kenapa kau fikir macam tu ? Kerja kau memang kotor, tapi kita berdua usaha sama-sama untuk cari adik kau bukan ?" kata Jihoon.
Aku kelu, diusia begini biasa nya remaja seusia aku belajar. Namun aku sibuk masuk ke dunia gelap ini. Aku terjebak saat mahu mencari adik sendiri lalu bertemu dengan lelaki ini.
Ini semua salah aku sendiri.
Leher aku digigit secara tiba-tiba. Aku menolak Jihoon lalu menampar lelaki itu agar dia kembali ke alam realiti. Sekarang di penjara, senang sahaja dia mahu masuk kali ini.
"Gatal, nanti-nantilah." ujar aku sambil menggulingkan mata.
YOU ARE READING
sweet talker. cl ✔
FanfictionSequel from RBB Disebalik gelak tawa , di antara mereka berdua ialah pembunuh highest ranking : # 4 - parkjihoon # 3 - zhongchenle # 1 - chenle