03 : nightmare

298 74 3
                                    

"Kami masih sayang Ruby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kami masih sayang Ruby..baliklah.."

"AHHHH!" aku tersedar daripada tidur dengan peluh yang menitik didahi. Daeun tiada kerana pergi kerja. Kerja apa? Sahabat aku itu pelacur. Sudah beribu kali aku menasihatinya namun tidak jalan. Masih keras kepala.

"Aku takkan balik." ujar aku. Aku membuka t-shirt putih yang dipakai aku lalu dicampak ke bakul baju kotor. Aku mungkin terlalu stress dan penat sehingga jadi begini.

"Tiada makanan. Malam nanti aku keluar pergi beli lah." aku menhempaskan badan diatas sofa. Kepala aku ligat memikirkan pelbagai masalah. Masalah kehilangan adik lelaki aku dan masalah hutan rumah.

Aku tidak akan balik kalau aku tidak Haechan. Ya itu matlamat asal.

"Kau termenung apa?" tanya Daeun dihadapan pintu rumah. Gadis itu membuka topi nya lalu diletakkan diatas meja. Aku bangun lalu memandang rakan aku lama.

"Kau mesti kenal mana-mana orang kaya yang buat kerja kotor disebalik nya kan?Boleh kau tunjuk orang kaya yang telah kau layan selama ni?" tanya aku dengan kening yang dijongket kecil. Daeun mengeluh lemah mengeluarkan sesuatu.

"Ini, orang terkaya di Korea sehingga pasaran perniagaan sudah ke luar negara." kata Daeun. Aku melihat wajah-wajah orang kaya yang tidak pernah aku kenali. Ini baru pertama kali.

"Ini Johnny Suh. Perniagaan dia ada di serata dunia dan dia sudah bekerjasama dengan pihak atasan Korea. Semua orang dia kenal. Dan ini.." jari Daeun menunjukkan sebuah gambar lelaki yang wajah nya agak kecil dan comel. Mungkin berumuran 27 tahun.

"Dia orang terkaya dan termuda dalam pasaran perniagaan korea. Dia dah luaskan perniagaan di Kanada. Mark Lee." aku lihat wajah lelaki itu lama. Aku yang jahat ini pun boleh tertarik dengan lelaki ini.

"Tahu apa-apa berkaitan lelaki ini?Kau ada rakan-rakan yang tahu?" tanya aku sekali lagi. Daeun menggeleng berkali-kali sambil mengeluh lemah.

"Lelaki ini dah berjoli dengan ramai wanita. Aku tiada maklumat dengan siapa dia berjoli tu. Cuma mahu kata yang lelaki ini muda dan kaya. Semua orang kena hati-hati." kata Daeun lalu melangkah masuk ke bilik.

Aku merenung wajah Doyeon,Hyunjoo dan Jeno bersilih ganti. Wajah Dokhee di dalan gambar juga aku perhati lama. Aku tidak rasa Dokhee mahu senang-senang ambil Jeno kerana sudah tertera bahawa dna Jeno tiada di dalam pertalian darah Jungmyeon.

"Ah, adakah semua ini berkait?" omel aku perlahan. Mark Lee, lelaki muda yang telah berjaya menebuk semua wanita yang dia dapati. Adakah Dokhee terlibat? Jika Jungmyeon anak Jeno, kenapa baru sekarang beritahu? Kenapa sebelum ini tidak?

"Ah, aku mahu keluar minum kopi lah! Serabut!"




vote comment banyak ii juseyo! Pada yang mula dapat homework, terus buat homework yee :3
jangan tangguh!


sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now