04 : americano latte

254 57 4
                                    

Aku berlari anak untuk berlindung kerana hutan mula menitik satu persatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku berlari anak untuk berlindung kerana hutan mula menitik satu persatu. Kepala hoodie aku dicabut kasar. Nafas aku tidak teratur akibat 2 minit berlarian tadi. Boleh pula hujan diwaktu begini.

Langkah aku diatur ke kafe kegemaran aku dimana ia merupakan kedai rakan baik aku, Kim Byul. Gadis itu tiada hari ini jadi tidak dapatlah aku bersembang dengan nya sambil menikmati kopi.

"Americano 5 shot without sugar please." pesan aku. Sementara menunggu, aku mengeringkan beg galas aku lalu diletakkan kembali dibawah kaki. Nasib baik dokumen di dalam beg ini tidak basah lencun.

"Hai, selamat malam." seorang lelaki menegur aku daripada tepi. Topi hitam nya dicabut sambil menyisip ais latte ditangan. Pelik, sejuk-sejuk begini minum air sejuk? Tidak batuk ke?

"Hujan semakin lebat, kau tiada payung kah?" tanya lelaki itu. Aku menggeleng laju lalu mengambil air yang dipesan tadi. Suam dan panas, ia membuatkan aku terasa sedikit nyaman.

"Aku Zhong Chenle. Selamat berkenalan." lelaki itu menghulurkan salam kenal. Tanda persahabatan kami bermula. Aku dengan teragak-agak menyambut salaman itu.

"Aku Ruby Lee." jawab aku.

"Nama yang cantik. Tinggal berdekatan ke?" satu persatu soalan diutarkan kepada aku. Lelaki ini mempunyai tarikan yang menarik. Segala tutur bicara nya, gelak tawa nya membuatkan aku semakin tertarik untuk menjadikan nya mangsa seterusnya.

"Aku rasa kau lebih muda daripada aku. Masih budak sekolah ke?" tanya Chenle. Aku terdiam lalu mengangguk perlahan. Budak bawah umur seperti aku berpakaian seperti ini, sudah tentu semua masyarakat akan mencemuh.

"Mahu pulang?Hujan sudah berhenti." ajak Chenle. Aku mengangguk lalu mengambil beg galas aku. Langkah kami berdua diatur keluar dariada kafeteria itu.

"Nampak macam kau baru habis belajar. Kau baru balik daripada perpustakaan ke?" tanya Chenle. Aku mengangguk lalu merendahkan kepala hoodie aku. Aku tidak boeh sewenang-wenang nya menayang wajah aku. Boleh dikatakan aku orang yang dikehendaki polis.

"Yah, bukak lah. Tiada orang pun." kepala hoodie aku ditarik semula. Rambut pendek aku dikibas-kibas. Mata aku memandang tepat kepada lelaki misteri yang baru beberapa minit aku kenal.

"Kau masih muda. Tidak boleh sakit." kata Chenle. Aku meneguk air liur kelat lalu mengangguk. Lelaki ini bukan lelaki biasa, mengapa aku boleh terdiam begini?

"Seronok dapat berkawan dengan kau. Ada masa kita berjumpa lagi. Ouh, sebelum itu. Kau ada masa hujung minggu ini? Aku mahu belanja kau." ujar Chenle. Aku dengan tidak teragak-agak terus mengangguk setuju.

Eh, apa aku ini.

"Ok, jumpa lagi." Chenle menunduk lalu meninggalkan aku terpacak seorang diri ditepi jalan raya. Ini bukan sakit, tapi ini jatuh cinta. Ah! aku sudah gila! Jangan Ruby, jangan!






di pagi hari ini, seekor katak mengantuk dahlah kejap lagi kelas. Haihh



sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now