06 : date?

216 48 4
                                    

"Yah! Ruby Lee bangun!" Daeun memukul bahu aku berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yah! Ruby Lee bangun!" Daeun memukul bahu aku berkali-kali. Aku tidak sedar aku tertidur diatas meja kerja aku. Gadis tinggi itu menarik tangan aku agar bangun segera. Mahu apa diawal pagi sebegini?

"Kau kenapa nyah? Hari minggu ni bagilah aku ridur dengan aman. Jangan ganggu aku." bebel aku. Sudahlah dalam beberapa hari ini aku tidur dengan tidak aman. Haih, kerja punya pasal.

"Yah! Ada lelaki tunggu kau dekat bawah tu! Cepat siap dia panggil kau!" teriak Daeun. Lelaki? Jihoon ke? Jihoon bukanlah orang yang bangun seawal pagi ini. Aku kenal dia.

"Chenle?" mata aku terbuntang luas melihat kelibat lelaki itu. Aku salah lihat ke? Atau mata aku sudah tidak betul? Tapi, betullah itu Chenle. Haish!

Aku mengambil langkah pantas untuk bersiap. Tak sangka aku mandi 5 minit. Sebelum ini berpuluh minit didalam tandas. Ya ampun.

"Hai Chenle! Erk, kenapa ya?" tanya aku. Lelaki itu menghulurkan tangan nya. Eh, ada apa? Aku ada janji apa-apa dengan lelaki ini ke? Ha tulah, lupa lagi. Teruk betul otak aku ini.

"Jom minum-minum! Saya lihat ada kafe cntik di depan sana." kata Chenle. Aku berfikir sejenak lalu mengangguk. Sebelum keluar, sempat aku mengambil hoodie hitam dan topi di dalam rumah. Fuh.

"Kau asyik pakai baju gelap saja. Tidak panas ke?" tanya Chenle. Aku menggeleng sambil memeluk tubuh. Udara pagi itu aku hirup sepuasnya memandangkan selama ini aku sibuk dengan kerja yang bertimbun.

"Comel." langkah aku terhenti apabila mendengar luahan Chenle. Lelaki itu ketawa kecil lalu berjalan mendahului aku. Adakah aku salah dengar atau aku berangan saja tadi?

"Yah, kenapa berhenti? AHHAAHHA. Cepat!" jerit Chenle. Aku tersenyum kecil lalu berlari mengejar Chenle. Setelah sampai dikedai, pelayan wanita itu melihat aku dengan lama.

"Erm, cik. Boleh beri kad pengenalan?" pertanyaan pelayan itu membuatkan aku kaget. Badan aku terus kaku tidak berganjak ke mana-mana. Topi aku hampir saja dicabut namun dengan pantas Chenle menghalang.

"Dia teman wanita saya. Kenapa ye kena tunjuk kad pengenalan dia? Itu privasi orang." balas Chenle. Aku cuba untuk menyembunyikan rasa terkejut dihati aku. Namun reaksi aku telah dilihat oleh Chenle.

"Americano dua." kata Chenle. Selesai membuat pesanan. Kami berdua duduk disudut kafe yang boleh dikatakan agak tersorok daripada orang ramai. Aku senyum segaris lalu duduk menghadap lelaki ini.

Mahu bual apa?

"Sihat? Kau belajar ok?" tanya Chenle. Aku ketawa kecil lalu mengangguk. Takkan lah dia tidak mengenali aku? Rasa nya aku sudah terkenal di dalam segala jenayah yang berlaku. Syukurlah dia tidak tahu.

"Kau ni kuat berfikirlah. Haihh." Chenle menggosok kepala aku. Hati aku berbunga? Ugh, lelaki ini mempunyai personaliti lelaki idaman ramai. Tapi dengan aku ini, tidak lah.

"Kau mahu buat apa hari ini? Hari ni aku cuti dan kau pun cutikan? Atau kau ada kelas tambahan?" tanya Chenle. Aku menggeleng laju. Kelas apa nya, cuti ini aku mahu manfaatkan sebelum mahu berangkat ke Seoul nanti.

"Jom, date?"







sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now