17 : Meet up

127 28 4
                                    

"Hari ini aku punya gaji naik melambung. Tak sia-sia aku kerja sepenuh masa malam tadi." ujar Daeun. Mata aku membuntang melihat nilai wang yang agak banyak itu. Daeun tersenyum bangga.

"Kau merompak ke ?" kepala aku ditojol Daeun. Segala duit itu dimasukkan ke dalam beg semula.

"Apa pula. Costumer aku malam tadi bukan ke main kaya. Kacak pula tu. Orang kaya. Wah..." Daeun mencium duit ditangan nya. Aku menggeleng lalu melangkah ke dapur.

"Mata kau sembam. Tidak cukup tidur ke ? Baik kau manfaatkan masa cuti kau dengan tidur." kata Daeun lalu melangkah ke bilik. Aku menelan sebiji pil lalu meneguk segelas air.

Tangan aku menggigil, kepala aku rasa sangat pening. Mungkin aku terlalu penat bekerja. Otak aku berasa serabut. Aku agak bernasib baik kerana hari ini hari cuti.

"Selamat pagi—oh tuhan. Ruby, kau sihat ?" tanya Jihoon. Aku menggeleng. Sakit kepala biasa sahaja, pasti boleh hilang selepas aku berehat nanti.

"Aku belikan makanan tengah hari. Daeun sudah balik ? 2 hari dia tidak balik rumah." kata Jihoon sambil membuka tie dileher. Aku mengambil sebuku roti yang dibeli Jihoon.

"Ah, aku lupa mahu beli ubat yang kau minta. Mahu ikut aku pergi beli ke nanti ?" tanya Jihoon. Aku mengangguk mengiyakan. Harapkan Jihoon beli ubat sudah semestinya tidak. Habis segala ubat dibeli nya.

"Wah, kau tidak kata pun mahu beli makanan. Aku sudah puas makan mewah yang ditaja oleh costumer aku. Kaya wei." kata Daeun sambil menyisip jus oren.

"Kaya tapi buat benda terkutuk. Kau jangan buat bende lain pula." kata Jihoon. Daeun menggulingkan mata lalu melangkah ke dapur. Marah lah tu.

"Ambil barang yang kau tinggalkan di kereta aku. Habis bersepah kereta aku tahu ? Hari-hari aku kemas." omel Jihoon. Cerewet, tolonglah bawa masuk ke dalam rumah. Siapa suruh perap barang aku itu di dalam kereta nya.

Salah aku juga kerana tinggalkan.

Langkah diatur keluar daripada rumah. Aku membuka bonet kereta untuk mengambil yang berisi file dan maklumat sulit aku. Semua nya bersepah dan tidak diatur dengan baik.

"Maaf, saya—" aku dikejutkan dengan suara seorang lelaki dibelakang aku. Kaki aku mengundur perlahan ke belakang sehingga terjatuh ke dalam bonet.

"Ah, ye. Kenapa ?" tanya aku. Chenle menutup sedikit mata nya lalu menyerahkan satu plastik ubat kepada aku.

Mana dia tahu ?

"Kau, ok ? Aku beli ubat. Makanlah." kata Chenle tanpa sebarang senyuman. Aku berdehem lalu menutup bonet kereta. Setelah dikunci, aku melangkah perlahan menuju ke rumah.

"Ruby." Chenle memegang pergelangan tangan aku. Aku memejam mata, cuba untuk tidak terlalu tertekan. Luka dileher aku tutup supaya lelaki itu tidak begitu risau.

"ZAPP ! "  masih terngiya bunyi hirisan pisau dileher aku pada hari kejadian. Mengapa aku pilih jalan untuk menyakiti diri sendiri ?

"Baik-baik sayang. Jangan sakit." kata Chenle. Aku hanya ketawa kecil lalu menoleh kepada nya.

"Aku tidak akan sakit. Misi aku pada kau akan terlunas."

comment lah bebanyak sikit diam ja JCJSJXJSJXS

sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now