"Yah, aku balik lambat sedikit malam ni. Kau kunci lah pintu nanti ye." kata Daeun lalu menutup dedaun pintu. Aku menunggu Jihoon datang untuk berbincang dengan aku berkaitan kes yang masih belum selesai.
"Tok tok tok." pintu diketuk. Pintu rumah aku dibuka lalu Jihoon masuk dengan makanan yang dibungkus nya. Ada saja yang dibawa nya, yang menghabiskan si Jung Daeun tu.
"Aku dah ambil rekod nombor telefon Dokhee. Senarai nya banyak semua nombor yang tidak dikenali. Ouh, aku dapat maklumat juga yang dia berkerja dengan orang jadi ramai pekerja nya." kata Jihoon. Aku memuncungkan bibir lalu menyelak helaian demi helaian kertas.
"Mustahil. Kalau pekerja, mesti dia simpan nombor-nombor nya. Dan banyak panggilan masuk daripada nombor luar negara. Tapi nombor nya berbeza." ujar aku. Jihoon mengangguk sambil meneguk segelas air.
"Pihak polis tahu mana lokasi nombor-nombor ini berada?"
"Kanada dan Korea. Hanya nombor daripada 2 negara saja. Semua nombor tu sudah dicari pemilik asal nya tapi bila dicari...rupanya nombor itu semua nombor mati." balas Jihoon.
"Kita boleh tengok kat sini orang nya sama cuma dia tukar nombor setiap kali mahu menelefon Dokhee dan buang nombor tu. Wow, orang ni mesti kaya. Tengoklah, beribu panggilan nombor daripada luar negara." aku menunjukkan satu persatu nombor kepada Jihoon.
"Jadi, aku yakin Dokhee ini orang bawahan yang menipu Jeno dan mahu menganggu satu keluarga. Soalan nya, orang yang menyuruh Dokhee ini..mesti kenal Jeno dan Hyunjoo kan?" kata aku. Jihoon mengangguk lalu memandang tepat ke mata aku.
"Dan mesti arahan daripada Jeno ialah cari orang tu dan bunuh kan? Dan yang buat semestinya aku betul tak?" aku menggenggam kain selimut yang menutupi kaki aku yang agak terdedah. Mata Jihoon membulat besar.
"Aku takkan .."
"Tolong Ruby! Kali ini saja!" Jihoon mula memberontak. Aku mengeluh lemah lalu menggeleng. Sampai bila mahu melakukan bende kotor ini? Cukuplah.
"Kau mahu cari adik kau bukan? Mahu aku bunuh adik kau pula selepas ini?" Jihoon menunjukkan paparan skrin video bahawa adik aku bekerja dikedai serbanika. Aku mahu merampas telefon itu namun Jihoon cepat menghalang.
"Kalau begitu, ikut arahan aku. Mudah saja." bisik Jihoon ke telinga aku. Ugh, ini yang aku tidak suka. Diugut sesuka hati. Fikir aku tiada maruah?
Telefon aku berdering. Jihoon dengan pantas mengambil nya diatas meja. Nama Chenle tertera di skrin telefon tersebut. Lelaki tinggi lampai itu memandang aku dengan 1001 persoalan.
"Siapa lelaki ni? Mana kau kenal?" telefon aku diberikan semula. Bibir aku menguntumkan satu senyum manis apabila nama Chenle berada di skrin telefon.
"Buah hati, kenapa?"
YOU ARE READING
sweet talker. cl ✔
FanfictionSequel from RBB Disebalik gelak tawa , di antara mereka berdua ialah pembunuh highest ranking : # 4 - parkjihoon # 3 - zhongchenle # 1 - chenle