32 : save your life first

120 33 1
                                    

"Hyunjoo pindah Kanada kerana dia perlu berkahwin dengan Mark dan waktu itu dia mengandungkan anak perempuan dia, Doyeon. Selepas itu Hyunjoo balik semula ke Korea kerana mahu jumpa Jeno selepas bercerai dengan Mark. Begitu?" tanya aku.

"Ya, mengikut maklumat yang kita dapat...betul lah itu. Jangan risau. Oh kau sudah makan tengah hari? Mahu makan diluar?" ajak Jihoon.

"Tak pelah, aku mahu duduk di pejabat sahaja. Berkaitan laporan itu, minta Eunbyeol sahaja lah." balas aku. Riak wajah Jihoon mula berubah.

"Kau ok?" langkah aku terhenti apabila pertanyaan itu diutarkan. Aku mengeluh lemah.

"Tidak perlulah kau cari Haechan. Jangan buang masa." kata aku. Air mata aku cuba tahan, masih terngiya-ngiya kata-kata daripada adik lelaki aku itu.

"Kau jangan fikir negatif Ruby. Aku faham keadaan kau tidak tentu hala." kata Jihoon sambil memeluk pinggang aku daripada belakang. Lelaki itu tidak henti-henti mencium rambut ku.

"Kau sangat wangi." kata Jihoon sambil senyum lebar.

Aku cuba untuk menyembunyikan reaksi, jadi benarlah kata-kata Chenle terhadap Jihoon.

"Kau penipu Jihoon..."

• • • • • •

"Kau bodoh! Kau boleh cakap begitu pada kakak kau sendiri! Kau tahu tidak betapa penat aku ekori Ruby selama ini?!" wajah Haechan lebam teruk akibat ditumbuk Chenle berkali-kali.

"Kakak kau berusaha cari kau. Begitu kau balas pada dia semula?"

"Dia tak patut selamatkan nyawa aku! Aku akan pulang sendiri! Dia tidak perlu cari aku sehingga membunuh orang. Kau lupa bahawa Ruby perlu bunuh kau?" tanya Haechan.

"Kamu berdua gila ke?" suara seorang wanita mengejutkan kedua lelaki yang sedang bertengkar di malam hari.

"Mari masuk rumah aku. Jangan melalallk dekat kawasan rumah aku." kata Ruby. Haechan berdecit lalu berjalan meninggalkan Ruby.

"Aku akan cuba berdamai dengan dia. Jangan susahkan diri kau." kata Ruby. Chenle mengangguk faham lalu mengikuti Ruby masuk ke dalam rumah.

"Yah, kau cari makanan dahulu? Sup itu aku baru panaskan, hati-hati." pesan Ruby kepada Haechan yang sibuk mencedok sup kimchi ke mangku nya.

"Kau lapar? Biar aku ambilkan makanan." kata Ruby. Haechan secara tiba-tiba berpaling.

"Ahh! Kenapa perlu sediakan untuk dia? Gila." kata Haechan. Ruby mengetuk kepala adik lelaki nya lalu mengambil mangkuk di laci.

"Kenapa? Kau suka Chenle? Chenle suka kau. Ah, kau perempuan yang gila." kata Haechan. Ruby hanya mengendahkan, kerana masih tidak berpuas hati.

"Terima kasih." balas Chenle. Ruby menguntumkan senyuman lebarnya sambil menjeling tajam ke arah adik lelaki nya yang mengejek tidak henti.

"Kau patut selamatkan diri kau dulu. Bukan nya aku." kata Haechan. Chenle berdehem kuat.

"Apa kau cakap? Gila? Suka hati kata teman wanita aku begitu. Yah, kau masih budak. Tutup mulut sebelum aku jahit mulut itu." ugut Chenle. Haechan merengus kasar lalu masuk ke dalam bilik.

"Wah, tidak sangka Chenle dan Haechan menipu aku. Yah, aku rasa diri inigila kerana tidak sedar." seorang lelaki yang bersuit hitam ketawa tidak henti. Perasaan marah dan kekecewaan nya hercampur baur.

"Aku akan bunuh perempuan itu!"



pada hari ini saya mau protes. Tgk ni

tgk tu votes

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

tgk tu votes. Sedih au, kalau tak best jangan lah baca. JCJSJCJS HUWAA.

apa pun, vote comment jangan lupa ye <3

sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now