34 : sad blood

89 26 1
                                    

"Haechan. Bangun." aku menggoncang badan remaja lelaki itu dengan kuat. Kaki aku menendang meja dengan kuat agar kaca di atas nya pecah.

"Huh, boleh pun." aku memotong ikatan ditangan dan kaki. Bau dadah yang kuat membuatkan aku hampir pengsan. Kuat bau nya itu menusuk sehingga ke dada.

"Ah!" pintu ditendang sekuat mungkin namun gagal. Bau dadah ini hampit mematikan aku, ugh kepala aku rasa sakit dan tekak terasa loya.

"Pening ke?" Mark memegang bahu aku daripada belakang. Lelaki itu meletakkan aku diatas kerusi lalu aku diikat semula.

"Apa ada pada poket seluar kau? Apa lagi yang kau nak?" tanya aku. Mark tersenyum sinis lalu mengeluarkan seuncang serbuk yang aku tidak pasti apakah ia.

"Flaka." kata Mark. Serbuk itu dimasukkan ke dalam mulut Haechan yang masih tidak sedarkan diri. Aku menggeleng laju.

"Jangan! Kau lelaki bodoh!" kata aku sambil meludah tepat ke wajah Mark. Melihat adik aku yang mula kesakitan perlahan-lahan itu membuatkan aku tidak dapat menahan marah lagi.

"Kau boleh ambil harta Hyunjoo, aku dengan adik aku boleh bagi semua! Tapi jangan sakitkan hidup aku dengan Haechan lagi." mohon aku.

"Kalau aku biarkan kau hidup, kau akan beritahu pada polis. Kau nak syarikat aku jatuh merundum? Budak mentah yang murah seperti kau ini, sampah." kata Mark sambil menampar wajah aku dengan kuat.

"Mark! Cukup." aku terkejut apabila melihat Jihoon yang tiba-tiba keluar daripada bayangan gelap.

"Jihoon? Kau—"

"Apa?! Kau tahu tak lelaki yang kau kenal ini permainkan kau sahaja. Kau memang bijak Jihoon, AHAHAHAHA." gelak wata Mark memenuhi ruangan bilik itu.

"Kau tipu aku? Jihoon, kau gila?" tanya aku berkali-kali. Lelakk itu hanya diam, kalau boleh tidak mahu melihat aku langsung.

"Haechan.." aku hanya lihat remaja lelaki itu menggelupur menahan dadah yang semakin meresap ke seluruh anggota badan nya. Mark hanya ketawa tanpa membantu.

"Yah!" satu das tembakan terkena tepat ke perut Mark. Beberapa orang anggota polis masuk ke dalam bilik gudang dadah tersebut. Aku terkejut apabila darah merembes terkena ke wajah aku.

"Ruby, sedar ruby. Sedar.." Chenle menepuk wajah aku agar sedar. Aku menggenggam tangan Chenle dengan erat. Peluh tidak berhenti mengalir.

"Polis sudah datang. Jangan risau. Kau selamat. Ruby....RUBY!"

"Chenle, kepala aku sakit."

• • • • • • • •

"Masih duduk disini?" tanya jururawat bertugas. Chenle terjaga daripada tidur. Melihatkan teman wanita nya masih belum bangun, dia tetap risau.

"Luka dikepala dia akan sembuh dalam beberapa hari lagi rasa nya. Tapi kami masih akan buat pemeriksaan lanjut." kata Doktor Kwang Eun Seok.

Setelah doktor dan jururawat beredar, Chenle mendekati Ruby. Sudah genap 10 hari remaja perempuan itu tidak sedar.

"Bangunlah, aku masih ada perkara yang mahu beritahu." kata Chenle. Dicuba kekalkan air muka nya agar tidak terkeluar tangisan.

"Bangunlah Ruby! Aku kena tangkap kau! Tugas aku kena tangkap kau, beri hukuman pada kau! Tapi bagaimana aku mahu bawa kau ke penjara? Kau cium aku dulu betul tak?" jerit Chenle.

Kaki kerusi plastik ditendang kuat. Ras geram, marah dan menyesal bercampur baur. Bukan itu saja, tugas nya untuk memberkas Ruby sudah seperti telur dihujung tanduk.

"Aku sayang kau. Bagaimana aku mahu berkas kau?"





sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now