11 : past

157 37 0
                                    

"Apa kau buat ni? Bangunlah perempuan bodo!" kolar baju pembantu rumah yang berumuran belasan tahun itu ditarik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa kau buat ni? Bangunlah perempuan bodo!" kolar baju pembantu rumah yang berumuran belasan tahun itu ditarik. Muka nya menjadi pucat apabila melihat majikan nya sudah diamuk api kemarahan. Gadis yang bernama Ju Yeori itu memekik meminta tolong.

"Tolong, tolong.." ujar Yeori. Lelaki muda dihadapan nya ketawa sinis lalu mengelap kesan gincu dibibirnya.

"Yah, lepas ni tolong buat kerja dengan baik." wajah Yeori ditampar perlahan. Tangan lelaki itu melepaskan kolar baju Yeori. Gadis itu memohon maaf berkali-kali lalu mengundur pergi.

"Huh..huh.." Yeori duduk dibawah tangga diluar bilik majikan nya. Gadis itu menangis tidak henti apabila mengingatkan semula kejadian tadi. Dia terlalu takut sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa. Yang cuma dia tahu hanya menyesal.

Menyesal kerana menjual diri.

"Hello, awak ok?" Yeori tersedar daripada lamunan lalu memandang kepada seorang lelaki yang menghulurkan tangan nya memberi bantuan. Yeori memandang lelaki itu lama dengan penuh rasa takut.

"Tidak mengapa. Keluar saja. Tiada apa-apa yang akan menakutkan." kata lelaki itu. Yeori menggapai tangan lelaki muda itu lalu terkejut kerana Na Dokhee betul-betul berada disebalik dinding tangga itu.

"Ok, Na Dokhee lah orang yang menakutkan itu." bunyi gelak tawa kecil memenuhi ruang koridor rumah agam besar itu. Dokhee menggulingkan mata lalu memegang rahang wajah Yeori.

"Kau masih budak baru. Ikut saja cakap tuan muda." ujar Dokhee. Yeori mengangguk laju lalu minta dilepaskan. Lelaki disebelah nya menyuruh agar Dokhee berhenti.

"Jangan. Nanti tuan muda nampak." kata lelaki itu dengan nada yang perlahan. Dokhee ketawa kecil lalu melihat kearah remaja lelaki itu lama.

"Yah, Haechan. Kau masih muda tapi bersikap seperti orang dewasa." kata Dokhee. Yeori memandnag Haechan tidak percaya. Lelaki itu tersenyum sinis lalu merenung Dokhee dengan tajam. Tangan nya sudah menggengam penumbuk kerana marah.

"Engkau, yang bawa aku ke sini. Kau yang putuskan hubungan aku dengan kakak aku. Tidak sedar ke silap kau disitu?" perli Haechan. Yeori menggeleng kepala, cuba untuk menghentikan pergaduhan mereka berdua.

"Kamu berdua masih budak mentah. Tolong jaga adab dengan orang yang lebih dewasa. Ujar Dokhee lalu wanita itu beredar. Yeori menghembus nafas lega lalu memandang semula ke arah Haechan.

"Kau berumur 14 tahun ke? Kalau begitu, aku juga." kata Yeori. Haechan terkesima lalu mengangguk. Satu senyuman terbit diwajah sunggul nya.

"Kau ada kakak? Apa nama kakak kau? Boleh aku tahu? Aku janji akan simpan rahsia!" kata Yeori dengan senyuman manis lesung pipit nya. Haechan tergelak lalu memandang ke luar tingkap rumah itu.

"Nama kakak aku, Lee Haerun."



sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now