"Ahhh." aku mengadu kesakitan saat bangun daripada koma yang agak lama. Badan aku masih berbalut dan balutan perlu ditukar setiap masa. Jihoon duduk disebelah aku lalu memberikan segelas air.
"Terima kasih." ucap aku. Setelah lega. Aku bangun perlahan lalu duduk menghadap Jihoon.
"Kau sudah jumpa mana siapa yang menembak aku? Sudah ada siasatan ka?" pertanyaan aku dijawab dengan satu gelakkan kecil. Aku merengus lemah.
"Jangan main-main. Aku sempat jumpa Haechan sekejap saja. Aku mahu tahu siapa yang buat aku macam ini." balas aku lagi.
"Polis sedang buat siasatan. Adik kau ada luka itu pun di dahi sahaja. Jangan risaulah." kata Jihoon dengan satu senyuman lebar.
"Dariada rakaman cctv, ada seorang lelaki..kemungkinan kau tahu lelaki ini." gambar yang ditunjukkan oleh Jihoon membuatkan mata aku terbuntang.
"Chenle? Tapi mustahil, dia pimpin Mark di dewan ketika itu.." kata aku dengan nada yang agak terkejut.
"Tch, berapa kali aku cakap? Memang Mark tidak mahu kau jumpa Haechan. Tolonglah Ruby, kau patut berhenti pada Haechan dan fokus tugas asal kita." kata Jihoon lagi.
"Kau fikir senang begitu aku mahu lepaskan dia! Cukup Jihoon! Aku tinggalkan keluarga demi cari adik aku sendiri! Kau hanya hancurkan impian asal aku!" aku menolak lelaki itu keluar daripada wad bilik.
Gambar Chenle ditangan aku tatap dengan lama. Rasa marah, kecewa dan patah hati itu bercampur baur. Aku mengoyakkan kepingan gambar itu lalu dicampak ke tong sampah.
"Kau percaya apa yang Jihoon tu cakap?" suara seseorang fi dalam tandas mengejutkan aku. Chenle keluar lalu mengeluh lemah, bersama baju yang sudah terkoyak beserta wajah yang calar balar.
"Mana kau pergi malam itu?" tanya aku dengan nada yang keras. Aku dapat lihat senjata di poket seluar Chenle lalu aku berundur perlahan.
"Kau gila? Kau fikir aku mahu buat begitu? Tch, semua orang menipu kau. Nampak sangat kau ini mudah dipercayai dan lembap." aku menampar wajah Chenle dengan kasar sehingga darah membuat keluar.
"Huh? Kau dan adik kau sama saja. Tidak percayakan aku. Jangan sampai aku menghilang dan kau tidak akan dapat jejak sesiapa lagi. Fikir diluar kotak, Ruby. Ada orang lain yang cuba mahu jatuhkan kau..." kata Chenle dengan gelak tawa berselang seli.
Pemikiran aku terasa kosong. Aku cuba mengimbas perkara yang berlaku selama ini. Mengapa? Siapa lagi? Kenapa orang itu buat begini kepada aku dan keluarga aku? Kenapa?
"Masih bermain lagi dengan teka-teki itu? Kau mahu jumpa keluatga kau semula atau tak Ruby?! Mereka semua menunggu kau!" kata Chenle sambil menggoncang bahu aku.
Aku takut, tidak yakin.
"Daeun masih hidup atau tidak? Betulkah dia sudah mati?" pertanyaan aku membuatkan reaksi Chenle berubah.
"Kau sudah jumpa soalan yang tepat."
•
Gue comebackk yuhuu. Let's start update until habis!

YOU ARE READING
sweet talker. cl ✔
Fiksi PenggemarSequel from RBB Disebalik gelak tawa , di antara mereka berdua ialah pembunuh highest ranking : # 4 - parkjihoon # 3 - zhongchenle # 1 - chenle