05 : process

247 49 2
                                    

"Ya Jihoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ya Jihoon. Kau mahu apa?" tanya aku sambil fokus ke komputer dihadapan aku. Jihoon tertawa kecil lalu meletakkan segelas kopi disebelah aku. Jihoon duduk dihadapan aku sambil merenung aku lama.

"Kau tidak pelik ke? Aku rasa Doyeon bukan bunuh diri. Tapi itu pembunuhan. Setiap kes pembunuhan, mesti ada sebah. Aku rasa Dokhee salah satu nya." balas aku. Jihoon mengangguk sambil memuncungkan bibirnya.

"Aku rasa Mark Lee bersalah."

"Kau gila? Dokhee itu orang biasa-biasa jika nak dibandingkan dengan Mark Lee yang kaya raya tu. Lagipun sekarang Mark di Kanada. Haih, tak masuk akal lah." kata Jihoon. Adakah kali ini firasat aku tidak boleh diguna pakai?

"Habis tu, siapa lagi nak bunuh Doyeon? Dokhee terang-terang berada di dalam penjara. Aku yakin orang yang bunuh Doyeon ini pun ada kaitan dengan Dokhee......"

"Kau syak Jungmyeon? Kau tahu tak Doyeon tu mengandungkan anak Jungmyeon? Mereka terlanjur, kau rasa Jungmyeon mahu bunuh?" tanya Jihoon lagi. Aku mengusutkan kepala sambil meluhat skrin komputer.

"Kau ada rekod panggilan telefon Dokhee?" tanya aku. Jihoon berfikir sejenak lalu masuk ke dalam bilik file rekod kes yang disimpan. Lelaki itu mengangguk lemah lalu menyimpan kembali file tersebut.

"Aku rasa dekat tempat forensik. Esok pagi aku ambil. Ouh, pasal kes Hyunjoo tu pun tak disiasat. Jadi aku yakin kes Hyunjoo dan Doyeon ini ada kaitan." kata Jihoon.

"Kenapa Hyunjoo dibunuh sedangkan Dokhee tipu segala nya. Dan mereka tiada pertalian. Jadi, Hyunjoo ada pertalian dengan siapa? Atau Dokhee diupah untuk membunuh?" ujar aku lagi. Jihoon dan aku berpandangan.

"Kita kena jumpa Dokhee. Aku rasa dia diupah. Bukan saja-saja dia buat begini. Kau jangan fikir sangatlah. Jangan penatkan diri." ujar Jihoon lalu keluar daripada pejabat kecil aku.

"Tapi, kenapa aku syak orang yang upah kali ini kaya? Sampai tempoh hukuman pun dikurangkan atas perbincangan ahli mahkamah. Aku yakin ada orang dalam kali ini." getus aku di dalam hati.

"Jom balik. Aku hantar." ajak Jihoon. Aku mengangguk lalu menukar pakaian aku. Topi hitam dipakai agar tidak dilihat oleh pihak polis. Jihoon memegang bahu aku lalu mengusap rambut aku perlahan.

"Kenapa? Rasa bersalah ke?" tanya aku. Lelaki itu tersenyum sinis sambil memandang anak mata aku lama. Dibalik wajah tampan lelaki ini, tersembunyi sikap jahat yang ramai orang tidak tahu.

"Hey, relax. Tolong sedar yang aku budak berumur 17 tahun. Kalau mahu main, Daeun dirumah sentiasa membuka pintu seluas alam utnuk kau bermain dengan nya diatas katil." perli aku. Jihoon ketawa besar lalu membuntuti aku daripada belakang.

"Kau tahu tak bahawa yang aku masih sayang kau sehingga sekarang?"



sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now