36 : sweet talker

102 29 1
                                    

"Kau ini memang bermulut manis!" jerit Ruby dengan nada gembira. Chenle ketawa tidak henti. Orang ramai yang lalu lalang memandang mereka berdua.

"Yah, betul apa. Rambut nampak pendek begini nampak lebih bergaya apa. Orang puji, terima sahaja lah." gumam Chenle. Ruby tersenyum lebar.

"Bibir kau nampak pucat dan kering. Seperti mayat hidup." Chenle menyapu kan pelembab bibir kepada Ruby.

"Aish, tak payahlah." Ruby menolak bahu lelaki itu perlahan lalu menjauhi nya.

"Kau tidak mahu pergi kerja ke? Waktu rehat tengah hari kau sudah habis." kata Ruby dengan gugup. Dia berdehem berberapa kali akibat sakit tekak yang dialami nya sejak semalam.

"Aku mahu bersama ku seharian ini." jawab Chenle sambil memandang ke arah laut. Bunyi tolakan air daripada angin kencang memecahkan kesunyian mereka berdua dikawasan luar hospital.

"Ah, aku tak percaya betul dengan kau ini. Mahu makan ramen tak? Terasa mengidam pula aku." Chenle memegang tangan Ruby selepas gadis itu habis berbicara.

"Aku tak nak berpisah dengan kau lagi." kata Chenle. Kening Ruby berkerut aneh. Gadis itu ketawa secara tiba-tiba.

"Yah, kau alami mimpi buruk ke? Pegawai polis mana boleh alami mimpi buruk sebegini!" kolar baju Chenle dibetulkan. Air mata Ruby mengalir perlahan.

"Aku tahu lah apa yang berlaku. Jadi, kita habiskan masa berdua. Ok?"

• • • • • • • • •

"Mark Lee, usahawa terkenal di Korea ditangkap atas tuduhan mengedar dadah dan membuat jenayah seksual kepada kanak-kanak bawah umur. Peguam—"

"Macam tiada berita lain. Sudah masuk penjara pun nak popular kan lagi ke?" omel Chenle. Televisyen hospital itu mula bertukar siaran.

"Tidur saja lah. Aku rasa letih lah Chenle." kata Ruby lalu naik ke atas katil. Segelas air suam diteguk sebelum diri nya diselimut.

"Tak muat dah. Kau gemuk sangat." kata Chenle. Ruby merengus geram lalu menghempap wajahnya dengan bantal. Lampu meja ditutup.

"Mahu jumpa Haechan ke esok?" tanya Chenle lagi. Berharap agar Ruby bersetuju untuk mrlawat Haechan memandangkan lama tidak berjumpa.

"Ah, tak mengapa. Kau pun kerja esok. Jangan susahkan diri." kata Ruby. Chenle mengangguk lalu memeluk Ruby dengan erat.

"Kau penat?" tanya Chenle perlahan. Ruby mengangguk. Nafas mereka mula tidak teratur.

"Aku beruntung kerana dapat berjumpa seorang polis, merangkap pembunuh yang mahu bunuh aku. Tapi aku hebat kerana berjaya halang kau daripada bunuh aku. Acewah." Chenle merengus geram. Penat asyik wanita itu saja yang menang.

"Kau sedih?"

"Tidak. Aku cuba selesa kan diri pada kau." balas Chenle. Ruby menampar tangan lelaki itu dengan perlahan.

"Manis sangat mulut. Banyak makan gula ke? Ingat, bende itu tidak baik untuk kesihatan kau." kata Ruby sambil memejam mata.

"Mana ada. Kau pula, menipu. Kata mahu hidup lama dengan aku. Tapi tengok, kau sakit berbulan di hospital." kata Chenle. Tiada balasan daripada Ruby.

"Yah, kau sudah tidur?" Chenle menjenguk ke wajah Ruby. Wajah pucat seperti mayat hidup, bibir nya terlakar sebuah senyuman.

"Kau sudah tidur selama-lama nya kan?"



sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now