"Selamat pagi encik Jeno. Maaf saya yang terlambat." aku terkocoh-kocoh duduk sambil membawa file kerja. Eunbyeol menghidangkan 2 cawan kopi kepada kami berdua.
"Ok, erm. Boleh saya tahu pasal Encik Jeno sekeluarga? Mudah nanti untuk pihak kami siasat dengan lebih." kata-kata aku membuat Jeno mengangguk perlahan.
"Saya Lee Jeno. Saya kenal Hyunjoo sejak zaman universiti. Anak perempuan kami nama nya Lee Doyeon." terang Jeno. Aku mengangguk faham sambil melihat satu persatu maklumat diri Hyunjoo.
Kedua mereka berasal daripada keluarga yang agak kaya. Hyunjoo pernah tinggal di Kanada selama 10 tahun bersama...anak nya?
"Boleh saya tahu kenapa Hyunjoo pindah ke Kanada dengan Hyunjoo?" Jeno terdiam lalu menggaru kepala. Mulut nya terkunci rapat, seperti hilang kata-kata.
"Ouh, dapat anak secara tidak sengaja lah ni? Ok baik. Maafkan saya sebab tanya soalan begitu." jawab aku. Mulut ini, kalau boleh mahu saja aku tampal dengan gam.
"Dokhee pula? Bagaimana kenal Dokhee?" tanya aku sekali lagi.
"Dokhee itu kawan sekuliah masa saya di universiti. Sama dengan Hyunjoo. Boleh dikatakan EX lama. Dan—"
"Tersengaja?"
"Jujur nya, ya. Tapi dia dah gugurkan kandungan." kata Jeno dengan rasa kesal. Aku tersenyum lalu menutup file tersebut. Permainan orang dewasa ini amat kelakar jika dilihat semula.
"Tahu tak apa-apa berkaitan keluarga Hyunjoo? Mudah untuk pihak kami siasat." kata aku. Jeno mengeluarkan satu buku lama di dalam beg kertas. Buku nota berwarna merah dengan tulisan agak tidak jelas.
"Tulisan nya tidak jelas. Jadi, saya serahkan bagi pihak kamu." kata Jeno. Aku melihat muka depan buku itu. Tertera nama Cha Hyunjoo disitu. Wajah gadis remaja perempuan menghiasi buku nota berwarna merah itu.
"Jungmyeon tidak ikut sekali? Dia kemana-mana ke?" tanya aku sambil menyelak helaian buku.
"Dia ada kelas tambahan. Jadi pulang agak lewat." balas Jeno. Aku tersenyum senget lalu menutup kembali buku itu. Wajah Jeno aku tenung lama. Ayah ditipu.
"Jangan benarkan Jungmyeon keluar sesuka hati. Encik akan tertipu satu hari nanti. Semua orang yang ada disekeliling kita ini berkait. Orang yang kita anggap baik, rupanya akan menjadi jahat." terang aku. Jihoon secara tiba-tiba membuka pintu pejabat.
"Selamat pagi Encik Jeno. Sudah selesai ke?" pertanyaan Jihoon dibalas dengan anggukan. Jeno meminta untuk mengundur diri selepas habis meneguk kopi yang disediakan Eunbyeol tadi.
"Kau kenapa muka pucat? Tak sihat ke?" tanya aku. Wajah Jihoon kelihatan sangat pucat dan berpeluh. Risau melihat nya yang sudah seperti separuh manusia, separuh hantu.
"Kau..kenapa?" aku duduk di riba nya. Peluh-peluh Jihoon dilap menggunakan tisu diatas meja. Jihoon memegang tangan aku erat, sehingga aku tidak mampu bergerak.
"Jungmyeon, aku nampak mayat Jungmyeon."
•
mesti story ni buat korang pening kan? Jangan risau, aku akan spoil sedikit demi sedikit suapaya korunk faham. JFJAJDJSJDJ
btw, i have a lot of issuess. Writing this chapter make me feel good <3

YOU ARE READING
sweet talker. cl ✔
FanfictionSequel from RBB Disebalik gelak tawa , di antara mereka berdua ialah pembunuh highest ranking : # 4 - parkjihoon # 3 - zhongchenle # 1 - chenle