22 : Believe or not

118 33 2
                                    

"Macam mana lah kau boleh jatuh bilik air? Tengok, kepala sakit!" kata Jihoon. Aku menjuihkan bibir sambil berbaring diatas katil. Kepala aku dipenuhi dengan pembalut.

"Dimana polis jumpa Daeun?" tanya aku.

"Polis jumpa dia ditepi jalan dengan badan dikerat. Lebih baik tidak tengok gambar itu sebab menakutkan." kata Jihoon. Aku mengangguk lalu memejamkan mata. Rasa seperti semua ini mimpi.

"Kau mahu kemana? Sibuk lagi?" tanya aku. Jihoon mengusap kepala aku sambil senyum segaris. Tangan aku dipegang erat lalu dihayunkan.

"Aku kerja lah. Tidak mungkin mahu meninggalkan Eunbyeol seorang diri di pejabat. Petang nanti aku datang hantar makanan." kata Jihoon lalu mencium ubun rambut aku. Lelaki itu akhirnya keluar daripada bilik aku.

"Keluarlah Chenle. Tidak perlu menyorok." ujar aku. Suara lelaki itu mengadu kesakitan kedengaran dengan jelas. Chenle keluar daripada bawah katil lalu menghembus nafas lega.

"Kau tengok, kau hentak kepala aku sampai jadi begini! Ini semua salah kau!" jerit aku. Chenle ketawa kecil lalu mengeluarkan telefon nya. Telefon nya dipadamkan serta merta.

"Takut Mark jejak dan telefon aku. Aku tiada masa untuk itu." kata Chenle. Lelaki itu mendekati aku lalu duduk di atas kerusi bersebelahan bahu aku.

"Maafkan aku.." kata Chenle. Aku menggeleng lalu duduk menghadap dia. Masih tertanya mengapa aku jadi begini? Sedangkan lelaki dihadapan aku ini ditugaskan untuk membunuh aku.

"Bagaimana aku mahu berjumpa Haechan?" tanya aku. Chenle mengeluarkan satu surat dimana isi kandungan nya ditulis oleh Haechan.

"Mark kata kepada Haechan bahawa kau sudah putus asa ada nya. Surat yang dia ingin beri ini pun dibuang tapi aku sempat ambil sebelum ia hilang. Lebih baik kau baca." kata Chenle sambil menyerahkan sampul surat kepada aku.

"Betul kah kakak masih diluar sana mencari adik? Adik cuma lari agar beban kakak berkurangan. Mesti kakak rindukan adik bukan? Harap kakak dapat berada disini dan kita dapat hidup bahagia bersama"

"Mark tipu dia." aku meronyokkan surat tersebut. Chenle mengeluarkan sekeping gambar di dalam poket. Gambar dimana aku bersama Jihoon dalam perjalanan ke Seoul tempoh hari.

"Ada orang dalam Mark ambil gambar ini dan serahkan pada Haechan. Sebab itu aku dihantar." kata Chenle. Aku mengeluh lemah. Fikir aku masih duduk diam tidak mencari dia? Bukan senang!

"Tapi sejujur nya aku pun tidak suka melihat gambar ini. Lelaki itu dapat pelukan seperti itu jadi takkan aku tidak boleh?" aku menoleh ke arah Chenle dengan tajam. Ini bukan masa nya.

"Takkan aku tidak boleh bukan? Adakah kau masih tidak percaya? Kau masih tidak percaya aku?" Chenle mendekati aku dengan lebih dekat. Aku memegang bahu lelaki itu dengan tangan yang menggeletar.

Aku percaya atau tidak?

semoga saya konsisten update mcm ni AHAHAHAHA VOTE COMMENT YALL



sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now