15 : two face

156 37 2
                                    

"Eh. Hai Ruby." Chenle mendekati aku bersama secawan kopi ditangan. Aku cepat-cepat menutup buku catatan beserta laptop. Air lemon aku hirup dengan satu senyuman di bibir.

Kecut perut aku.

"Sudah malam ini masih belum pulang ? Kau masih siapkan kerja ke ?" tanya Chenle. Aku mengangguk, berharap lelaki ini mempercayai aku.

"Aku baru balik daripada melawat tempat persemadian Jungmyeon. Terkejut dengan berita bahawa dia sudah tiada." kata Chenle. Aku berdecit di dalam hati, tidak mempercayai kata-kata Chenle.

"Kau sudah makan ? Aku menunggu makanan sampai jadi kau pesanlah." kata aku. Terasa udara agak panas dan bahang.

"Aku ada kerja. Mahu borak sebentar sahaja. Aku pergi dulu ya." ujar Chenle. Mata aku hanya melihat kelibat Chenle mula menjauh. Aku cepat-cepat mengikuti nya daripada belakang.

"Mana dia mahu pergi ? Belakang lorong ini tiada apa-apa." getus aku. Mata aku sibuk melihat sekeliling. Kawasan yang agak jarang dilalu oleh orang ramai.

"Hilang ? Mana dia pergi ?" ujar aku. Langkah aku dilajukan selaju mungkin. Cuba mencari kelibat Chenle yang sudah hilang.

Aku yakin dia tahu sesuatu. Dia mesti tahu aku, kalau tidak mengapa dia memunculkan diri dan ingin berkenalan dengan aku ?

Ah, rumit nya teka teki ini.

"Ada rumah orang. Mesti Chenle disitu—" tiba tiba tangan aku direntap daripada belakang. Mulut aku ditutup rapat. Aku meronta-ronta namun tidak berjaya.

"Kau kenapa degil ? Kenapa ikut aku ?" Chenle memandang aku tajam. Mata aku membuntang besar apabila melihat Chenle. Takut ? Sudah semestinya ya.

"Jangan meronta. Diam." bisik Chenle. Aku menarik tangan sedalam mungkin. Cuba untuk menghilangkan rasa takut. Tangan aku menggapai pisau kecil di dalam poket.

"Jauh daripada aku." aku mengacukan pisau itu ke leher Chenle. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tajam di perut aku. Mata aku terus terbuntang luas.

"Kau mahu bunuh aku, aku mahu bunuh kau. Wow, kita ini talam dua muka ?" kata Chenle. Aku memandang Chenle tidak percaya. Pisau ditangan aku digenggam seerat mungkin.

Tapi, mengapa aku...

"Hiris lah. Mengapa ? Kau tidak berani ? Kau sudah acukan pisau ke leher aku bukan ? Apa yang kau tunggu lagi ?" tanya Chenle. Tangan aku menggigil hebat. Lidah aku kelu.

Aku dapat dengar guruh berdentum. Angin kuat menerpa ke wajah aku. Air hujan mulai turun menitik perlahan-lahan ke bumi. Aku memandang Chenle dan Chenle memandang aku.

Kami berdua beradu sesama sendiri. Mengapa dengan perasaan ini ? Aku perlu bunuh lelaki ini, aku tahu lelaki ini terjebak dengan Dokhee ! Dan Dokhee tahu kewujudan adik aku.

"Mana...Haechan ? Kau pasti tahu bukan ?" tanya aku dengan sedikit gagap. Chenle ketawa kecil lalu menepis pisau ditangan aku. Chenle merentap kolar baju lalu memegang dagu aku.

"Kau masih kisah pasal adik kau ? Dia tidak pernah kisah pasal kau ! Cukup-cukuplah cari dia ! Dia tidak mahu terkait apa-apa hubungan dengan kau lagi !" balas Chenle. Aku terkedu.

"Dan lagi satu, kau terlalu lemah. Masih berdiri tegak acukan pisau kepada aku namun tiada apa-apa tindakan. Mengapa ? Masih ada rasa simpati ?  Kau—" bibir aku mendarat ke bibir Chenle.

Gila ? Ya aku memang gila !

lama tak update allahu.


sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now