"Aduh, sakit nya perut aku." aku duduk di atas meja sambil membawa sedulang air yang perlu aku hidangkan. Peluh menitik didahi tidak henti-henti. Aku berasa lelah.
"Fokus Ruby. Tidak mengapa." ujar aku. Langkah diatur masuk ke dalam dewan. Semua para tetamu sudah tiba dan mengambil tempat masing-masing.
Aku masih tercegat di tepi dewan mencari keberadaan Haechan. Rasa gugup, teruja bercampur baur. Tidak sabar untuk berjumpa setelah sekian lama menunggu.
"Kau buat apa?" Jihoon datang ke arah aku lalu menyandar ke dinding. Aku hanya menghiraukan lelaki itu lalu sambung mencari.
"Tidak sabar-sabar. Kau ni pun." Jihoon memukul perut aku. Sakitlah! Sudahlah perut aku sakit disebabkan dia. Mahu saja aku tumbuk wajah tidak bersalah dia.
"Selamat datang diucapkan kepada semua para tetamu yang hadir pada malam ini. Majlis akan bermula sebengar sahaja lagi."
Saat pengacara memulakan tutur bicara, aku hanya mendengar dengan teliti. Mata aku masih tidak dapat menangkap bayangan Haechan. Walaupun aku sibuk menguruskan persiapan makanan, namun ia tidak menghalang misi aku.
"Jihoon, aku mahu ke tandas sekejap." kata aku dalam keadaan tergesa-gesa. Aku naik ke tingkat 2, dimana tandas ditempatkan. Jauh pula sampai perlu naik tangga.
"Ah, maafkan saya!" aku terlalu tergesa sehingga tidak sedar seorang lelaki yang berdiri dihadapan aku. Alamak, baju ini sudah kotor terkena air pula. Lagi satu kerja aku perlu bersihkan.
"Maafkan saya. Cik ok? Maaf, saya tidak sengaja." lelaki dihadapan aku membersihkan sisa air dibaju aku. Aku terundur kebelakang kerana terkejut.
"Cik...ok?" saat lelaki itu mengangkat wajah nya, aku terkejut. Mata aku membuntang luas sambil menahan air mata.
Haechan?
"Saya minta maaf lagi sekali, baju cik sudah kotor sebab saya cuai sangat tidak pegang gelas dengan betul." Haechan memohon maaf berkali-kali. Aku menggeleng lalu tidak sengaja memeluk Haechan.
"Cik ada masalah ke? Kenapa? Ada sesiapa yang buat cik kecewa ke?" tanya Haechan. Aku memeluk Haechan dengan erat sambil menangis teresak-esak.
Mengapa dia tidak kenal aku? Banyak sangat ke perubahan aku?
"Cik tertekan? Tersenyumlah walaupun dunia tidak seindah mana. Sebab di pengakhiran nya, semua akan jadi baik seperti sediakala." kata Haechan lagi. Aku terkedu lalu menutup mulut erat.
Dia-
"BANG!" satu das tembakan terkena tepat menebusi penglihatan aku dan Haechan. Kami berdua terkejut lalu menoleh. Seorang lelaki yang memakai topeng hitam mengacukan senjata kearah kami berdua.
"Haechan!" aku menolak Haechan agar berbaring semula dan tidak mengangkat kepala. Lelaki itu masih lagi terpacak diatas tingkat 3. Aku meneguk air liur kelat, berfikir bagaimana mahu membawa Haechan keluar.
"Ruby! Hati-hati!" aku terkejut melihat Jihoon. Aku dapat lihat pinggang aku dipenuhi darah segar. Kaki aku secara tidak sengaja terus rebah. Rasa perit, sakit itu mencucuk-cucuk hingga ke tulang.
"Jihoon, sakit.."
•
arigato, nyah!
vote comment ye, oh btw coverbook tu halal lah ye. HUWARGH
YOU ARE READING
sweet talker. cl ✔
FanfictionSequel from RBB Disebalik gelak tawa , di antara mereka berdua ialah pembunuh highest ranking : # 4 - parkjihoon # 3 - zhongchenle # 1 - chenle