10 : work

170 41 2
                                    

"Selamat pagi Inspektor Kim Dawon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Selamat pagi Inspektor Kim Dawon. Saya Ruby Lee." aku bersalaman dengan rakan baik Jihoon yang aku kenali. Kami bertiga duduk di dalam sebuah bilik dimana agak privasi daripada orang lain. Jika ramai tahu, mungkin aku dalam bahaya.

"Kami sudah temu ramah Dokhee. Tapi, dia memberontak. Menjerit tidak mahu menjawab soalan. Jadi, saya tak yakin boleh bantu kamu berdua untuk .. "

"Saya akan cuba. Sampai dapat." kata aku. Kalau tidak dipaksa, kes ini tidak akan selesai dan ramai akan menjadi mangsa. Untuk cara mudah, perlu menemu ramah Dokhee kerana dia lah salah satu saksi yang boleh membantu.

"Bawa kami jumpa Dokhee." kata Jihoon. Dawon mengangguk lalu membawa kami berjumpa kepada Dokhee. Suasana penjara lama itu senyap sunyi tiada penghuni. Mungkin satu hari nanti aku akan duduk disini.

" Na Dokhee. Ada orang mahu berjumpa." pintu bilik Dokhee dibuka. Wanita itu menggigil ketakutan sambil memeluk kaki nya. Aku memandang nya lama lalu duduk dihadapan nya.

"Ruby. Jangan." bisikan Jihoon diabaikan oleh aku. Mata aku memandang tepat kepada Dokhee dengan lama. Cuba untuk menarik perhatian nya agar memandang ke arah aku.

"Ruby Lee." ujar Dokhee. Aku tersenyum lalu mengangguk. Benarlah dia mengenali aku. Jadi mungkin dia tahu segalanya. Atau rahsia apa-apa.

"Muka kau sama seperti Lee Haechan." mata aku membuntang memandang Dokhee. Bagaimana dia kenal Haechan? Mana dia tahu adik aku? Apa yang wanita ini tahu?

"Erm, baiklah saya mahu tanya beberapa soalan.." aku cub mengubah topik. Berharap agar wanita ini tidak mengambung apa-apa perkara berkaitan aku dan Haechan. Itu bukan objektif yang aku mahu.

"Kau mahu tahu apa? Pasal Hyunjoo? Doyeon? Haechan?" tangan aku secara automatik menampar wajah Dokhee. Nama Haechan itu membuatkan aku semakin marah. Aku tidak mahu tahu perkara itu.

"Kau menipu bukan? Jeno bukanlah suami kau. Dan Jungmyeon bukanlah anak Jeno. Apa yang kau mahu daripada keluarga Jeno?" tanya aku. Gelak tawa Dokhee semakin kuat malah pertanyaan aku itu seperti gurauan.

"Dia yang suruh aku buat apa yang dia mahu, hukuman penjara aku dikurangkan. Akhirnya, aku dibiarkan dekat penjara ini! Semua akibat lelaki tu!" jerit Dokhee. Aku hanya diam mendengar penjelasan Dokhee.

"Kau kena bunuh Hyunjoo kan? Kerana duit betul?" kata aku. Dokhee diam semula. Nampak nya wanita ini tidak pandai menipu. Semua nya jelas di depan mata.

"Terima kasih Na Dokhee. Kami berdua minta maaf jika terlalu memaksa awak." kata Jihoon. Wanita itu ketawa lalu memandang ke arah aku. Seolah mengejek aku dan Jihoon bersilih ganti.

"Haechan tidak akan ikut cakap kau Ruby. Dia benci kau. AHHAAHAHAH" kata Dokhee. Aku berasa gugup lalu Jihoon memegang tangan aku.

"Ikutlah apa yang kau mahu cakap. Kami mahu tanya pasal Hyunjoo dan Doyeon. Bukan Haechan." Jihoon menarik tangan aku keluar daripada bilik penjara itu.

"Kau kena kuat. Dia mahu mainkan mental kau sahaja."



Aku takleh letak banner sbb skrg guna tablet XJKSHCJDNCJD

sweet talker. cl ✔Where stories live. Discover now