BAB 10

7.5K 335 47
                                    

Tengah hari itu, Rayyan meminta Aryan masuk ke dalam biliknya kerana dia ingin membicarakan sesuatu.

"What's wrong???"

Rayyan memusingkan badannya yang menghadap tingkap. Tangannya di masukkan ke dalam poket. Anak matanya menikam anak mata Aryan.

"Should I repeat it again??"

"No need"

Aryan memeluk tubuhnya, dia memandang abangnya dengan penuh tanda tanya.

"Where did you go last night??" Soal Rayyan

Aryan terdiam

"Answer it Aryan Benjamin!!"

"You want to know??" Aryan membaling sebuah beg pakaian ke arah Rayyan.

Rayyan memandang beg itu, dia duduk bercangkung lalu membuka zip beg itu perlahan-lahan. Baru separuh zip itu dibuka tetapi satu bau menyengat ke dalam hidung Rayyan.

Rayyan memandang Aryan sekilas. Setelah membuka zip itu, Rayyan membuka beg itu sambil menutup hidungnya.

Terbeliak matanya melihat tubuh badan seseorang yang sudah dikerat satu-persatu, baunya tidak usah dikatakan. Rayyan berlari masuk dalam bilik air lalu memuntahkan isi dalam perutnya.

"debole" (lemah)
Aryan menutup beg itu lalu dibawa keluar dari bilik Rayyan.

Aryan berjalan keluar dari rumahnya lalu pergi ke halaman belakang rumah. Dia mengambil lighter di dalam poketnya, dia menghala lighter itu pada kertas. Kertas itu mula terbakar. Semakin lama semakin tinggi api tu.

Dia membuka beg itu lalu membaling tubuh yang hancur itu satu-persatu ke dalam api yang marak. Siapa sangka Tiara menyaksikan semua yang dilakukan oleh Aryan di tingkap biliknya.

Tiara menutup mulutnya apabila ternampak lengan manusia yang sudah dipotong kecil-kecil. Kakinya tiba-tiba menjadi lemah, badannya perlahan-lahan terduduk.

Siapa Aryan sebenarnya??

Tiara mengintai semula di tingkapnya tetapi Aryan sudah tiada disana. Hatinya mula merasa takut, patutkah dia keluar dari rumah ini dan kembali kepada keluarganya??

Malam itu, Tiara tidak keluar dari biliknya. Dia rela menahan lapar daripada makan semeja dengan pembunuh.

Mereka yang berada di meja makan itu mula berasa pelik. Tiba-tiba Raisha bersuara.

"Tiara tak keluar ke??"

"Entah, dahlah biar je lah kalau dia lapar dia keluar lah tu" jawab Frank sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Mereka semua kecuali Tiara menikmati makan malam bersama-sama.

Sementara itu, Tiara yang berada di dalam bilik mengemas pakaiannya ke dalam beg. Dia merancang ingin keluar dari rumah ini.

Selepas siap mengemas pakaiannya, Tiara mengunci pintu bilik. Tingkap biliknya dibuka lalu dia melihat sekeliling.

Perlahan-lahan dia meletakkan begnya di luar. Tiara keluar mengikuti tingkap, nasib baik badannya kecil muat untuk dia meloloskan diri.

Tiara berlari keluar dari kawasan perumahan itu. Akhirnya dia berjaya keluar dari rumah itu.

Adakah Tiara akan selamat setelah keluar dari rumah itu?? Tidak, tetapi ada bahaya yang menantinya.

Setelah beberapa minit berjalan, Tiara melihat satu cahaya di depannya. Dengan perasaan yang takut, Tiara mendekati cahaya itu.

Tiba-tiba tangannya ditarik kuat masuk ke dalam van. Tiara meronta-ronta ingin keluar, dia terdengar suara orang ketawa.

"Adik manis nak pergi mana malam-malam ni??" Soal lelaki itu sambil bermain dengan rambut Tiara.

Tiara tidak menjawab, dia menendang tut lelaki itu lalu bergegas keluar dari van itu. Tiara lari masuk ke dalam hutan.

Lelaki itu mengerang kesakitan. Dia menguatkan diri mengejar Tiara yang masuk ke dalam hutan.

Tiara menyorok di belakang pokok, dia tidak tahu ingin lari ke mana lagi.

"Mana kau perempuan??!!"

Suara itu sangat dekat dengannya, Tiara menarik nafas dalam-dalam dan berdoa agar dirinya tidak diapa-apakan.

Krup!!

Tiara memandang kakinya yang terpijak ratin pokok. Belum sempat ingin larikan diri tiba-tiba tangannya direntap kasar.

"Mana kau nak lari ha??" Lelaki itu menolak tubuh Tiara sehingga terbaring di tanah.

Baju Tiara direntap kasar, lelaki itu tersenyum sinis. Perlahan-lahan mukanya mendekati leher Tiara.

Tiara menangis dan cuba menghalang lelaki itu.

Dan tiba-tiba.

Dush!!!

Lelaki itu terbaring kesakitan selepas satu tumbukan menghinggap di pipinya. Cairan merah keluar di bibirnya.

"Siapa kau?? Berani-berani kau kacau aku!!" Lelaki itu bengang dan meluru ke arah gerangan yang menumbuknya tadi.

Sementara mereka berdua bergelut, Tiara membetulkan bajunya dan menyorok di belakang pokok. Dia memeluk erat lututnya, dia merasa dirinya begitu kotor.

Lelaki itu terbaring lemah, sudah tiada tenaga ingin berlawan.

"Nak keluar lagi dari rumah?? Kalau aku tak ikut kau agak-agak teruk dah kau kena dengan jantan tu"

Tiara mengangkat wajahnya yang basah. Terlihat Aryan sedang membuka jaketnya lalu diberikan kepadanya.

"Pakai tu"

Tiara mengangguk lalu menyarung jaket itu ke tubuhnya.

Dari awal, Aryan sudah mengikuti Tiara. Dia tahu Tiara keluar dari rumah, itupun dia ternampak cctv di telefonnya. Kalau dia tidak mengikuti gadis itu, mesti sudah teruk gadis itu dikerjakan oleh lelaki keparat tu.

"Asal kau keluar??" Aryan memandang Tiara

Tiara diam

"Dah tak ada mulut ke nak bercakap??"

Tiara menundukkan pandangan, dia tidak berani memandang wajah Aryan. Dia tahu pasti Aryan akan marah padanya.

Aryan yang tahu Tiara tidak akan menjawab, dia berura-ura ingin pergi.

"Siapa awak sebenarnya??"

To be continue.....


















Jeng jeng jeng

Agak-agak Aryan akan memberitahu ke siapa diri dia?? Kita tunggu next chapter.

Jangan lupa vote dan komen ye‼️

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now