Sudah seminggu lebih Aryan berada di Italy, syarikatnya yang berada di Italy kian meningkat dan pelbagai projek-projek baru yang dia dapat. Selepas kejadian malam itu, dia tidak berhubung lagi dengan lelaki itu. Dia berharap lelaki itu tidak mengapa-apakan Tiara.
Pagi dia bekerja manakala malam kerjanya memburu seseorang tetapi buat masa sekarang dia tiada masa untuk keluar malam, kerja-kerjanya itu diambil alih oleh Frank dan Andre.
"Uncle, bila kita boleh jumpa akak Tiara??" Soal Aidan yang berada di sofa pejabat Aryan.
Aryan memandang Aidan, aik sejak bila budak ni masuk?? Kecik besar kecik besar dia tengok Aidan, macam anak toyol pun ada.
"Uncle!! Dengar tak Aidan tanya ni"
"Aku dengar je lah, telinga aku belum pekak lagi ni" kata Aryan sambil jarinya menekan keyboard laptop.
Aidan menjuihkan bibirnya, tangannya memeluk tubuhnya dan memandang ke arah lain tanda dirinya sedang memprotes.
"Setahu aku lah kan, aku tak ada bawak anak itik masuk dalam pejabat aku ni" Aryan berseloroh
"Uncle jahat" Aidan menjelirkan lidahnya kepada Aryan lalu berjalan keluar dari pejabat Aryan sambil berpeluk tubuh. Walhal matanya sudah berair menahan tangisan. Sampai sahaja di pejabat Rayyan, dia terus memeluk Rayyan sambil nangis. Rayyan yang pelik melihat anaknya tiba-tiba menangis terus bertanya.
"Dah kenapa ni?? Siapa buat anak daddy ni??" Soal Rayyan lembut sambil mengusap kepala Aidan
"Uncle kata Aidan macam itik huarghhhhh" suara tangisan itu memenuhi pejabat Rayyan, kalau boleh satu pejabat boleh dengar suara Aidan menangis.
Rayyan menggelengkan kepalanya. Dia sendiri pun tahu Aryan kuat mengusik Aidan. Walaupun kadang-kadang Aryan suka mengusik Aidan tapi dia tetap jaga Aidan seperti mana yang dia suruh.
"Aidan nak daddy marah uncle" Aidan memandang Rayyan dengan mata yang berair
"Iyalah nanti daddy marah ye tapi kalau uncle usik lagi Aidan mana boleh nangis, Aidan kan lelaki mana boleh cengeng-cengeng, nanti tak ada perempuan yang nak dkt Aidan" ujar Rayyan sambil meletakkan Aidan di atas ribanya
"Tapi akak Tiara suka Aidan, Aidan pun suka dkt akak Tiara" jawab Aidan
"Macam mana Aidan tahu yang akak Tiara suka dkt Aidan??" Soal Rayyan lagi sambil menyiapkan kerjanya, walaupun dia tengah bekerja dia tetap melayan kerenah Aidan.
"Akak Tiara yang cakap, akak Tiara cakap dia suka Aidan sebab Aidan comel dan handsome macam daddy" petah Aidan menjawab pertanyaan Rayyan, walaupun baru berumur berapa tahun Aidan sangat petah dalam berbicara.
Rayyan hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aidan. Kalau lah Tania masih ada mesti hidupnya makin bahagia dengan kehadiran Aidan.
"Daddy I'm hungry"
"Hmm?? Lapar?? Kejap kita tunggu uncle, daddy nak kemas ni kejap" kata Rayyan sambil mengemas file-file yang bersepah di atas mejanya
Aidan mengangguk, dia turun dari riba Rayyan lalu mengambil teddy bearnya yang berada di atas sofa pejabat Rayyan.
"Jom kita pergi dkt uncle ye" Rayyan mendukung Aidan lalu berjalan keluar dari pejabatnya. Kakinya menuju ke pejabat Aryan. Sebelum membuka pintu dia sempat mengetuk pintu pejabat Aryan.
"What??"
"Aku dengan Aidan nak pergi makan, kau nak ikut tak??" Soal Rayyan
"Sure, kejap" Aryan mengambil telefon dan kunci keretanya lalu keluar dari pejabatnya.
YOU ARE READING
MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]
Aksi⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Dia Aryan Benjamin seorang lelaki bermata biru yang berasal dari Itali. Dia seorang yang kejam dan tiada perasaan atau lebih tepat icerberg. Ramai orang mengenalinya sebagai usahawan berjaya tetapi ramai yang tidak mengenalinya dari...