BAB 31

4.8K 120 3
                                    

BANG!!!

Satu tembakan dilepaskan pada konconya itu, salah satu konconya tumbang apabila peluru itu terkena pada lututnya.

"KORANG SEMUA BODOH!! TAK BOLEH DIHARAP!! TAK PASAL-PASAL RAYYAN DAH JUMPA PEREMPUAN TU!! ARGHHHH"

Konco-konconya menunduk kepala tidak berani melihat bos mereka mengamuk. Kalau mereka tahu akan jadi macam ni, dari awal mereka akan membawa Tania keluar dari gaung itu.

"Boss, I got new news" tiba-tiba salah seorang konconya mencelah

"What??"

"Aryan is married and the woman is Tania's sister"

"Mana kau dapat berita ni??"

"Social media"

Lelaki itu mengempal penumbuknya, nampaknya makin susah dia ingin melancarkan rancangannya itu. Tetapi untuk menghancurkan hidup Aryan dan Rayyan dia sanggup melakukan apa sahaja.

"One more, I think you know this girl" satu keping gambar dikeluarkan dah ditunjukkan kepada lelaki itu. Lelaki itu mengerutkan dahinya.

Yes, Alice.

Konconya itu membisikkan sesuatu kepada lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu tersenyum sinis. Nampaknya dia mempunyai rancangan baharu.

"Get this girl now"

Setelah memberi arahan, konco-konconya mula beredar dari situ. Lelaki itu membuka telefonnya lalu melihat gambar perkahwinan Aryan. Satu-persatu wajah dia perhatikan, wajah Aryan dan Rayyan dipandang benci. Tiba-tiba matanya terpandang ke arah Aidan.

"Aku hampir lupa kau ada anak, hmm tapi nampaknya nanti kemungkinan kau akan kehilangan anak kau tu so enjoy lah selagi ada di depan mata" lelaki itu ketawa jahat

Satu-persatu dia akan hancurkan, dia tidak akan tertinggal sedikit pun sisa. Tapi dia tidak tahu Aryan sudah menyiapkan diri dari serangan dia.

Tiara mengerutkan dahinya apabila sinaran matahari terkena pada wajahnya. Perlahan-lahan matanya dibuka, dia memandang sekeliling mencari Aryan yang sudah menghilang dari radar.

"Suka sangat keluar tak bagitahu apa-apa" Tiara menjuihkan bibirnya lalu berjalan masuk ke dalam bilik air

"ARGHHHH"

Aryan memusingkan badannya apabila pintu bilik air itu dibuka dari luar. Fuhh nasib baik dia sudah melilit tuala di pinggangnya, kalau tak memang free-free je tayang. Tapi bila difikirkan semula, apa salahnya. Tiba-tiba bibirnya mengukirkan senyuman senget.

"Aku tahu kau tak sabar tapi tunggu lah aku keluar dulu" perlahan-lahan tubuhnya mendekati Tiara

"S-saya tak tahu awak dkt sini"

"Alang-alang kau dah dkt sini apa kata kita mandi je sama-sama"

Tiara terjerit kecil apabila Aryan menarik tangannya masuk ke dalam bilik air. Menyesal pun ada, kalau dia tahu Aryan sedang mandi awal-awal lagi dia menyambung tidurnya itu.

Keluar sahaja dari bilik air, muka Tiara terus kemerah-merahan manakala Aryan pula di dalam hatinya sudah ketawa terbahak-bahak melihat muka Tiara yang sedang menahan malu. Sekarang hobinya suka mengusik Tiara. Dia suka melihat muka Tiara yang menahan malu itu.

Sekarang hidupnya terasa lebih bahagia tapi dia tidak boleh terlalu bahagia kerana bila-bila masa sahaja musuhnya itu akan menyerang lebih-lebih lagi dia sudah berkahwin. Dia perlu menjaga keselamatan isterinya itu.

Ting!!

Aryan terus mengambil telefon bimbitnya sebaik sahaja mendapat pesanan. Dia membaca pesanan dari Frank.

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now