BAB 18

6.7K 327 71
                                    

Setahun kemudian

Seorang lelaki berkaca mata hitam keluar dari jet peribadinya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket dan dia menghirup udara segar. Kaca mata hitamnya dibuka.

"After so long I'm gone now I'm back"

Sebuah senyuman yang menggoda terhias di bibirnya. Lelaki itu mengambil kunci keretanya lalu berjalan pergi ke garaj kereta.

"Kau nak pergi mana?? Baru balik takkan dah nak keluar, tak reti penat ke??"

"Aku nak jumpa someone, nanti kau bawak masuk barang-barang tu ke dalam" kata lelaki itu lalu meloloskan diri ke dalam perut kereta.

"Aku dah kata mamat tu balik sini bersebab, bukan dia balik saja-saja" Bebelnya sambil membawa barang-barang mereka masuk ke dalam

"Aku rasa aku tahu dia nak jumpa siapa" mereka bertiga saling berpandangan

"Siapa??"

"Tiara Alissa"

"Nampaknya kita dah jumpa Mrs Geffry" ujar Frank sambil berpeluk tubuh

Ye, mereka berempat sudah kembali ke Malaysia setelah setahun berada di Italy. Mereka kembali kerana Aryan yang berkeras ingin kembali ke Malaysia tetapi Aryan tidak memberitahu sebab-sebabnya.

Frank Andre dan Rayyan berjalan masuk ke dalam rumah setelah selesai menyimpan barang-barang mereka.

"Ray, kau masih terfikirkan Tania??" Frank memandang Rayyan

"I don't know tapi entahlah lately ni aku dapat rasa yang dia masih hidup" jawab Rayyan sambil membetulkan kola bajunya

"Kau masih tak boleh lepaskan dia??" Kini Andre pula menanyakan kepada Rayyan

Rayyan diam, dia pun tidak faham dengan diri sendiri. Sekejap dia boleh terima yang Tania sudah pergi, sekejap dia tak boleh terima tapi lately perasaannya kuat mengatakan Tania masih hidup.

Melihat Rayyan yang tidak merespon apa-apa, Frank dan Andre pun senyap dan membuat hal masing-masing.

Aryan berjalan masuk ke dalam sebuah cafe sambil membetulkan face masknya. Dia menuju ke arah meja kosong sambil memandang sekeliling seperti mencari seseorang.

"Encik nak order apa??" Soal waiter itu

"Give me coffee btw can I ask you something??"

"Encik nak tanya apa??"

"Kenal perempuan nama Tiara??" Aryan memandang waiter di hadapannya

"Ohh kenal tapi dia dah setahun lebih kena pecat" jawab waiter itu

"Boleh aku tahu dia kena pecat sebab apa??" Jelas di wajahnya terlihat kecewa kerana tidak dapat ketemu gadis yang telah mencuri hatinya

Waiter itu menceritakan semuanya kepada Aryan. Aryan menggempal penumbuknya. Dia memandang gadis yang telah menuduh Tiara, tanpa dia sedar bibirnya mengukir senyuman sinis.

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now