Mata Aryan tidak lepas memandang skrin laptopnya. Dia mahu siapkan kerjanya hari ini jugak. Nak minta tolong dengan Rayyan, dia still dekat Itali. Entah bila balik pun tak tahu.
Tok!!
Tok!!
Tok!!
Ketukan pintu itu membuatkan Aryan tersentak.
"Masuk"
"Boss ni dokumen yang boss nak.. saya dah check semuanya" kata pekerjanya
"Letak sahaja dekat situ and kau boleh keluar" kata Aryan
Pekerja itu mengangguk kepala lalu keluar dari pejabat Aryan. Tiada satu pun yang berani menatap wajah Aryan. Kalau diikutkan memang ramai yang cair melihat wajah Aryan itu tapi apakah dayanya.
Aryan mengambil dokumen tersebut lalu melihat satu-persatu. Dia tidak suka pekerjanya membuat kerja sambil lewa. Dia mahu pekerjanya menjadi profesional terhadap semua tugasan yang dia berikan.
-💖-
Aidan menarik tangan Tiara untuk masuk ke dalam syarikat Aryan. Ikutkan hati Tiara, dia tidak mahu tapi disebabkan Aidan yang asyik memaksanya untuk berjumpa dengan Aryan dia ikutkan sahaja.
"Aidan.. uncle tak marah ke kita datang sini???" Soal Tiara
"Uncle tak akan marah punya.. Aidan kan ada akak tak payahlah takut" kata Aidan
Aidan menarik tangan Tiara pergi ke kaunter pertanyaan.
"Akak.. uncle Yan ada tak??? Aidan nak jumpa dengan uncle boleh???" Soal Aidan sambil membuat muka comel
"Erkk.. boleh saya tahu korang siapa??? Dan kenapa mahu jumpa Encik Aryan??? Sekarang dia busy" kata pekerja itu
Pekerja-pekerja di syarikat Aryan tidak mengenali Aidan kerana Aryan tidak pernah membawa Aidan datang ke sini.
"Please akak~ Aidan nak jumpa uncle"
"Aidan.. kita jumpa uncle lain kali je lah ye, lagipun petang nanti uncle balik" pujuk Tiara
"Tak mau.. I want uncle!!!!"
Aidan berkeras ingin berjumpa Aryan. Dia duduk di lantai sambil menghentak kakinya.
Tiara menggaru kepalanya yang bertudung. Dia tidak tahu macam mana nak pujuk Aidan. Orang yang lalu-lalang mula berbisik.
"Tolong keluar atau saya panggilkan security" kata pekerja itu
"Aidan jom kita balik.. janganlah macam ni , tengok tu semua pandang kita tau" pujuk Tiara lagi
"Apa bising-bising ni???"
"Ada orang nak jumpa boss.. entah-entah nak mengemis kot" sinis sahaja kata-kata yang dilontarkan oleh pekerja itu
Lelaki itu mendekati Tiara
"Dekat sini bukan tempat untuk mengemis ye.. muka cantik tapi pengemis rupanya" lelaki itu tersenyum sinis
Semua yang berada di situ ketawa besar mungkin mengejek Tiara dengan Aidan. Mereka belum tahu Aidan tu siapa, memang menempah maut betul dengan Aryan.
"Dah keluar sekarang.. kitorang taknak tengok mana-mana pengemis masuk dalam syarikat ni" halau lelaki itu
Aidan memijak kaki lelaki itu lalu memjerit memanggil Aryan. Kebetulan sekali Aryan baru keluar dari lift.
"What's wrong???" Soal Aryan
"Boss.. ada pengemis nak jumpa boss, kitorang dah halang tapi budak tu berdegil jugak nak jumpa boss" terang lelaki itu
"Pengemis???"
Aidan memeluk Aryan
"Eh budak.. beraninya kau peluk boss kitorang, dasar pengemis tak sedar diri" lelaki itu menolak tubuh kecil Aidan
"Kau tahu siapa budak ni??? Kau tahu siapa yang kau panggil pengemis nih???" Aryan sedikit bengang melihat pekerjanya melakukan Aidan sebegitu
Pekerja-pekerja itu menggelengkan kepalanya sambil menundukkan kepala.
"He is my brother son"
Semua manusia dekat situ terkejut, mereka sudah membuat kesalahan yang amat besar.
"Esok aku taknak tengok muka korang lagi.. i don't need people like you guys" Aryan mendukung Aidan sambil melangkah keluar dari syarikatnya
Tiara cepat-cepat mengikut Aryan dari belakang. Agak-agak dia kena marah ke nanti sebab bawak Aidan datang sini???
Sampai sahaja di depan keretanya, dia menurunkan Aidan perlahan-lahan lalu menyuruh Aidan masuk dalam kereta.
Aidan hanya mengikuti sahaja kata-kata Aryan.
Selepas sahaja dia memastikan Aidan masuk ke dalam kereta, dia memusingkan badannya lalu memandang Tiara.
"Asal kau keluar??? Bukankah aku dah cakap ke kalau nak keluar, keluar dengan aku atau Frank" Aryan memandang Tiara dengan tajam
"Maaf, Aidan yang nak datang sini jadi saya terpaksa ikut kemahuan dia" jawab Tiara
Aryan mengeluh, nak marah pun tak ada guna dah sebab benda dah jadi.
"Uncle lambat lagi ke??? Aidan lapar nih" kata Aidan sebaik sahaja membuka cermin kereta
Aryan menyuruh Tiara masuk ke dalam kereta.
Tiara mengangguk lalu masuk ke dalam kereta, yang pasti dia dapat rasa yang Aryan marah padanya.
"Uncle cakap apa dgn akak???"
"Budak-budak tak payah tahu hal orang dewasa" jawab Aryan sambil memulakan pemanduannya
Aidan memuncungkan bibirnya sambil memeluk teddy bear miliknya. Ingat boy tak boleh main teddy bear ke??? Hahahaha
Tiara senyum memandang Aidan, nak je dia cubit-cubit pipi Aidan tu nasib tu anak orang kalau anak dia dah lama dia cubit pipi tu.
"Uncle, daddy lambat lagi ke balik???" Soal Aidan
"Aku tak pasti pasal tu, dia kata seminggu tapi ni dah lebih seminggu, nanti dia balik lah tuh" jawab Aryan sambil memandu kereta
Aidan hanya mengangguk sahaja kepalanya.
"Uncle.. Aidan nak ayam boleh???"
"Aku dah suruh uncle Frank kau belikan.. kau asyik makan ayam je nanti gemuk baru tahu"
"Alah biarlah, daddy kata gemuk comel lagipun Aidan memang comel pun" Aidan sengih
Tiara menahan ketawa melihat Aryan dengan Aidan. Aryan pun satu, suka sangat kacau Aidan. Aidan tu pulak suka sangat menjawab nasib comel.
Hai guys..
Sorry lama tak update cuz takde idea.. ni baru dapat update 😉
Dah baca jangan lupa vote tau 😊
Next time saya update lagi ✌️
YOU ARE READING
MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]
Aksi⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Dia Aryan Benjamin seorang lelaki bermata biru yang berasal dari Itali. Dia seorang yang kejam dan tiada perasaan atau lebih tepat icerberg. Ramai orang mengenalinya sebagai usahawan berjaya tetapi ramai yang tidak mengenalinya dari...