Tiara melihat jam di dinding, jarum menunjukkan jam 1 pagi tapi Aryan belum lagi pulang ke rumah. Hatinya mula risau, sudahlah esok mereka akan pergi ke hotel untuk bersanding.
Klak!!
Tiara memandang ke arah pintu bilik yang terbuka luas.
"Asal kau tak tidur lagi??" Aryan mengerutkan dahinya melihat Tiara duduk di birai katil. Tiara menunggunya pulang??
"Awak pergi mana??"
"Bukan urusan kau"
Selepas berkata begitu, tanpa rasa bersalah Aryan terus berjalan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Tiara terus mendiamkan diri, dia merebahkan badannya di katil. Ye dia terasa dengan kata-kata Aryan itu. Bukan urusan dia?? Jadi apa gunanya dia menjadi seorang isteri?? Tiara mengeluh perlahan, matanya dipejam rapat. Baru hari pertama menjadi suami isteri Aryan sudah menunjukkan sikap yang negatif.
Aryan memejamkan matanya di dalam bath tub. Kejadian tadi bermain di fikirannya. Dia pergi ke kelab untuk menjumpai seseorang tetapi dia tidak menyangka akan bertemu Alice di sana.
Flashback
"Hai Aryan, lama tak nampak you" Alice melabuhkan punggungnya di sebelah Aryan
"Kau nak apa lagi??"
"Of course lah nak you" Alice mula memegang tangannya tetapi sempat ditepis
Alice mendengus geram tiba-tiba dia mengukirkan senyuman sinis. Dia mendekati Aryan lalu laju mencium pipi Aryan.
PANG!!!
Satu tamparan hinggap di pipi Alice. Alice memegang pipinya yang mula kemerahan. Dia tidak menyangka Aryan akan naik tangan padanya tetapi dia tersenyum puas kerana dapat mencium lelaki itu.
"You dengar sini ye, kalau I tak dapat you maknanya perempuan tu pun tak akan dapat dan I akan buat hidup you dengan perempuan tu merana. I akan buat apa sahaja untuk mendapatkan you walaupun membunuh I sanggup lakukan"
"Really?? Well, kita tengok siapa yang merana nanti. Kau belum kenal lagi aku siapa Alice, aku warning kau awal-awal jangan gatal nak main dengan api kalau tahu diri tu lembik" Aryan tersenyum sinis lalu berjalan meninggalkan Alice
Alice menghentak kakinya geram, dia mengambil telefon bimbitnya dalam handbag. Nombor seseorang didail.
"Hello, aku nak kau mulakan rancangan kita tu. Tak kisah apa cara sekalipun aku tetap nak Aryan jatuh dalam tangan aku"
"......."
"Nanti upah aku bagi, sekarang jalankan kerja kau"
"......."
Panggilan itu ditamatkan, Alice memeluk tubuhnya. Arak yang berada di hadapannya di teguk rakus. Tanpa dia sedar, Aryan menampalkan alat pendengaran di handbag Alice. Semua yang dikatakan gadis itu didengari oleh Aryan. Ye dia tidak bodoh untuk dipermainkan.
"So kau nak main ye, permainan baru bermula Alice" Aryan yang berada di dalam kereta tersenyum sinis. Tanpa menunggu lama, kereta Aryan meluncur laju keluar dari kelab itu.
End flashback
Keluar sahaja dari bilik air, mata Aryan terpandang ke arah sosok tubuh yang terbaring di katil. Dia menyarung baju ke tubuhnya lalu merebahkan badannya di sebelah Tiara. Tubuh kecil Tiara ditarik ke dalam pelukan Aryan. Ubun-ubun Tiara dicium perlahan.
"Selagi aku hidup aku akan jaga kau macam nyawa aku sendiri, aku tak akan biarkan sesiapa menyentuh kau selain aku. Aku sayang kau Tiara" bisik Aryan lalu memejamkan matanya
YOU ARE READING
MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]
Acción⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Dia Aryan Benjamin seorang lelaki bermata biru yang berasal dari Itali. Dia seorang yang kejam dan tiada perasaan atau lebih tepat icerberg. Ramai orang mengenalinya sebagai usahawan berjaya tetapi ramai yang tidak mengenalinya dari...