BAB 43

4.3K 125 5
                                    

Hari demi hari, seminggu sudah Aryan terlantar. Kini Tiara sudah boleh menjenguknya. Tangan Aryan digenggam erat seperti tidak mahu dilepaskan.

"Awak.. bila nak bangun ni. Seminggu tidur tak penat ke?? Cuba buka mata tu. Dari saya duduk hospital sampai dah boleh keluar pun awak tak nak bangun lagi"

"Tengok daddy awak ni baby.. tak mau bangun puas mommy awak pujuk taknak bangun jugak" bebel Tiara sambil memandang perutnya yang masih kempis

"Saya tunggu awak bangun tapi sekarang saya kena balik dah. Dah nak masuk maghrib nanti saya datang lagi ye. Awak janganlah risau Frank Andre sepupu awak tu pun ada jaga awak tiap-tiap malam"

"Saya pulak awak tak payah risau, dkt rumah tu meriah tau dengan Raisha ada. Tapi kalau awak ada lagi bagus kan. Saya rindu awak pastu saya sayang awak banyak-banyak"

"Cepat bangun ye"

Tiara bangun dari kerusi yang berada di sebelah katil Aryan. Dahi lelaki itu dicium lembut

"Tiara minta diri dulu, assalamualaikum awak"

Tiara berjalan keluar dari wad Aryan. Aryan sudah melepasi tahap kritikal sekarang ini tunggu masa dia sedar sahaja.

"Dah??" Soal Rayyan yang setia menemani Tiara

Tiara mengangguk

"Kalau macam tu jom balik, ke ada nak makan apa-apa??"

"Tak nak lah menyusahkan"

"Tak ada menyusahkan, Aryan dah pesan kalau jadi apa-apa dkt dia, dia suruh tolong jagakan "

"Hmm" dia teringin nak makan tomyam tapi dia nak Aryan yang masakkan. Kalau beli kedai dah sah-sah rasa tak sama

"Tak apa lah Tiara tak teringin nak makan apa-apa. Sekarang ni Tiara nak balik je lagipun hari dah gelap tak elok balik lewat-lewat"

"Kalau macam tu kita balik"

Disisi lain, Frank sedang menunggu Raisha di taman yang berada di belakang rumah. Hatinya mula berdebar-debar menanti Raisha. Entah apa reaksi gadis itu nanti apabila mengetahui perasaannya.

"Haaa ada apa nak jumpa ni??" Soal Raisha yang baru tiba

"Erkk.. sebenarnya....."

"Sebenarnya apa??"

"Aku suka kau"

1 saat

2 saat

3 saat

"HAHAHAHAHAHA"

"Pahal kau gelak?? Aku serius ni"

"Okay-okay aduhh sakit perut aku" Raisha berhenti ketawa lalu memandang wajah Frank tidak percaya

"Raisha Elisa sudikah kau jadi peneman hidup aku??"

Okay kali ni Frank betul-betul serius. Terlihatlah wajah Raisha yang terkejut itu.

"Frank..."

"Aku nak tahu jawapan kau Raisha"

"Aku tak tahu, kita tak seagama"

"Aku dah fikir pasal tu, sekarang aku nak dengar jawapan kau je"

"Ermmm, ye aku terima"

Frank tersenyum gembira

"Remember this name Harith Mikael Frank, aku tak nak hilangkan nama Frank tu jadi aku tambah dkt nama belakang"

"Nice name"

"Bagi aku masa untuk mendalami ilmu agama, percaya dkt aku yang aku boleh didik kau. Settle je semua aku tak nak tunggu lama aku akan isterikan kau"

Raisha hanya tersenyum

Frank telah meluahkan segala-galanya yang terbuku di dalam hati. Segala perbuatannya telah dirakam oleh rakannya. Andre dan Zaqriel berada di balkoni bilik dan telah menyaksikan segala-galanya.

"Agak-agak kita bila??"

"Nanti jodoh tu datang lah, kalau belum ada tu enjoy dulu nanti dah kahwin apa semua makin bertambah tanggungjawab kita" ujar Zaqriel

Kereta Rayyan masuk ke dalam perkarangan rumah. Tiara bergegas masuk ke dalam rumah kerana perutnya dari tadi lagi berbunyi. Rayyan hanya menggelengkan kepalanya tiba-tiba cermin keretanya diketuk dari luar.

"Haa ada apa??"

"Dia terima wehhh"

Rayyan tersenyum mendengar.

"Nanti aku bawak kau jumpa mana-mana ustaz yang boleh tolong "

"Boleh-boleh aku dah sedia dari segi mental dan fizikal "

Rayyan keluar dari keretanya bahu Frank ditepuk. Sempat dia berpesan untuk menjaga Aryan

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, dia mencari kelibat isterinya itu tiba-tiba dia menangkap suara bising di dapur.

"Lepas ni kita makan nasi minyak" usik Tania

Tiara tergelak kecil dia menyuap nasi ke dalam mulutnya. Panjang lebar Raisha bercerita tentang Frank melamarnya tadi.

"Ehem ehem"

Mereka bertiga mengalihkan pandangan ke arah suara yang berdehem itu.

"Seronok nampak"

"Hal perempuan kau tak payah nak menyibuk" ujar Raisha sambil menghalau Rayyan keluar dari dapur

"Aku tak tahu lah nanti Frank jadi apa kalau kahwin dengan kau hmm kalau aku bagitahu kau singa betina confirm cancel"

"ARGHHHH KAU RAYY, KAU MEMANG TAK BOLEH TENGOK AKU BAHAGIA KE NYAHHH!!"

Rayyan berlari menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Tania dengan Tiara sudah ketawa melihat gelagat mereka berdua.




























Done bab 43

Tinggal 2 bab je lagi maka tamatlah MHMM, jangan lupa vote dan komen see you next bab

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now