Seperti yang dikatakan Aryan, pagi itu mereka semua berangkat ke rumah barunya. Suasana di dalam kereta Aryan sangatlah sunyi, seperti dalam gua. Tiara tidak berani bersuara kerana mood Aryan tidak elok.
Perwatakan Aryan hari ini sungguh berlainan, tidak seperti semalam. Hari ini dia terlihat dingin dan di wajahnya terlihat tegang. Tiara tidak berani melihat muka Aryan.
Setelah beberapa jam memandu kereta, Aryan memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah yang agak besar. Rumah itu dikelilingi hutan, tiada satu pun rumah dikawasan ini.
"Awak, rumah siapa ni??" Soal Tiara takut-takut
Aryan tidak menjawab, dia membuka bonet keretanya dan mengambil beg miliknya. Dia meninggalkan Tiara berseorangan di situ. Tiara yang baru perasan yang dia kenal tinggal, dia cepat-cepat mengambil begnya dan berlari masuk ke dalam rumah.
"Hai akak, kenapa akak lambat?? Aidan tunggu akak dari tadi lagi tau" Aidan memuncungkan bibirnya
Tiara tersenyum kecil, dia mencubit pipi Aidan perlahan. Aidan, Rayyan, Frank dan Andre awal pagi tadi sudah sampai disini cuma Aryan sahaja yang gerak lambat.
"Akak boleh masakkan untuk Aidan?? Aidan nak makan ayam goreng" Aidan membuat muka comel ke arah Tiara.
"Boleh nanti akak masakkan okay?? Tapi dkt mana bilik akak?? Soal Tiara
"Kejap biar Aidan pergi tanya uncle" Aidan berlari kecil pergi ke bilik Aryan.
Aidan terus menerjah bilik Aryan tanpa mengetuk pintu. Aryan yang sedang berbaring terus memandang ke arah pintu.
"Uncle, mana bilik akak??" Soal Aidan sambil memanjat katil
"Sebelah bilik kau lah" jawab Aryan
"Baikkk" Aidan turun dari katil Aryan, dia berlari keluar dari bilik dan pergi ke arah Tiara.
Tiara memandang Aidan. Jelas diwajah kanak-kanak itu yang dia gembira. Aidan menarik tangan Tiara untuk menunjuk dimanakah bilik gadis itu.
"Ni bilik akak, sebelah bilik akak bilik Aidan"
"Terima kasih.. nanti akak masak" Tiara senyum sambil mengusap kepala Aidan.
Tiara menyuruh Aidan keluar terlebih dahulu kerana dia ingin menyimpan barang-barangnya.
Aidan akur dan mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh Tiara.
-💖-
Aryan berdiri di depan sliding door sambil menjawab panggilan seseorang, tangannya berada di dalam poket. Wajahnya kelihatan sangat tegang.
"Kau jangan gembira sangat ye, aku selalu perhatikan kau cuma kau je yang tak nampak" lelaki itu ketawa jahat
"Shut up your fucking mouth!!" Tengking Aryan
"Takut?? Wow, tak sangka mafia yang digeruni ramai ni penakut nak mampus" lelaki itu tersenyum sinis.
"Aku akan pastikan kau mati dkt tangan aku" Aryan menamatkan panggilan itu lalu melempar telefonnya di katil.
Dadanya turun naik turun naik menahan amarah. Dia cuba mengawal dirinya untuk tidak menyakiti diri sendiri.
Tok!!
Tok!!
Tok!!
"What??" Soal Aryan
"Kau okay tak??" Rayyan memandang adiknya itu, jelas diwajah Aryan yang kelihatan serabut.
Aryan tidak menjawab, dia merebahkan badannya di katil.
"Dia call kau lagi?? Aku dah cakap tukar nombor tapi kau tak nak, jadi kau hadap je lah" Rayyan menggeleng kepala dia jalan keluar dari bilik Aryan.
YOU ARE READING
MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]
Ação⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Dia Aryan Benjamin seorang lelaki bermata biru yang berasal dari Itali. Dia seorang yang kejam dan tiada perasaan atau lebih tepat icerberg. Ramai orang mengenalinya sebagai usahawan berjaya tetapi ramai yang tidak mengenalinya dari...