2 minggu sudah berlalu namun tiada sebarang berita tentang Aryan. Tiara?? Sejak dari hari itu, dia berkurung dalam bilik. Makan pun tak nak itupun kena paksa dengan Tania.
Baju Aryan dipeluk erat. Bau pada baju itu mengubat kerinduan Tiara. Dia rindukan semua tentang Aryan. Disaat dia sedang mengelamun tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan pesanan masuk.
019-35xxxxx
Forget Aryan, come to me baby
✓✓ME
Gila ke??
✓✓019-35xxxxx
Yes, I am crazy
✓✓019-35xxxxx
I'll get you out of there
✓✓Tiara malas mahu melayan orang sakit mental, dia terus block nombor tersebut tanpa menunggu lama.
"Gila ke suruh aku lupakan Aryan, memang taklah. Aryan ru first love aku kot. Tak lama balik lah Aryan tu maybe dia ada kerja" Tiara cuba menyedapkan hatinya. Perlahan-lahan dia bangun dari perbaringannya. Tudung sarung itu dipakai lalu Tiara berjalan keluar dari biliknya untuk tenangkan diri.
Berkurung bukan jalan penyelesaiannya, dia perlu cari cara untuk melupakan perkara tersebut. Sampai bila dia mahu meratap?? Dia tahu Rayyan juga berusaha menjejaki Aryan.
Sampai sahaja di lantai bawah, Tiara terkejut melihat sekumpulan lelaki berbadan sasa berada di ruang tamu. Ye, dia melihat Rayyan berada di sana. Apa yang mereka bincangkan?? Tengah asyik mengintai tiba-tiba bahunya di tepuk seseorang.
"Who are you??"
Terbuntang mata Tiara, dia memeluk jejaka itu. Ye, jejaka itu juga turut terkejut dengan tindakan Tiara. Jejaka itu menolak kasar tubuh Tiara yang memeluknya
Auchh!!
Semua mata memandang ke arah tangga. Rayyan mengerutkan dahinya melihat Tiara yang sudah selamat mendarat di atas lantai.
"Awak dah lupa saya ke??"
Jejaka itu mengangkat keningnya, dia memandang ke arah Rayyan seperti tertanya apakah semua ini.
"Bini kau" jawab Rayyan
"Wo wo wo, sejak bila aku nikah?? Setahu aku lah kan, aku tak pernah kenal mana-mana perempuan sebelum ini "
Ye, dia Aryan Benjamin. Dia masih hidup tetapi dia tidak mengingati sepenuhnya. Dia hanya mengenali Rayyan, Frank dan Andre sahaja. Separuh memorinya hilang akibat hentakan kuat yang menghentam kepalanya. Dia pulang sebaik sahaja badannya sembuh sepenuhnya.
Tiara cuba menyentuh pergelangan tangan Aryan namun tangan Tiara ditepis. Anak mata Aryan tajam menikam anak mata Tiara.
"Jangan sentuh aku!! Aku tak kenal kau!!" Jerkahnya lalu jalan meninggalkan Tiara yang terdiam
"Bagi dia masa, separuh memori dia hilang sebab tu dia tak ingat. Sekarang jangan ganggu dia dulu" pesan Rayyan lembut
Tiara mengangguk lemah, kakinya melangkah semula menuju ke bilik. Sampai sahaja di pintu biliknya, tiba-tiba pintu bilik tersebut dibuka dari dalam.
PAP!!
Terpampang wajah Aryan yang bengis.
"Kau buat apa dalam bilik aku!!"
YOU ARE READING
MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]
Acción⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Dia Aryan Benjamin seorang lelaki bermata biru yang berasal dari Itali. Dia seorang yang kejam dan tiada perasaan atau lebih tepat icerberg. Ramai orang mengenalinya sebagai usahawan berjaya tetapi ramai yang tidak mengenalinya dari...