BAB 13

6.6K 331 38
                                    

Pagi itu, awal-awal pagi Tiara bangun untuk menyediakan sarapan untuk Puan Syarina. Sedang dia membasuh pinggan tiba-tiba ada satu tangan memeluk pinggangnya. Tiara sedikit terkejut, tanpa banyak soal Tiara terus merentap tangan itu lalu memusingkan badannya.

"Berani kau rentap tangan aku ye" Encik Farok memandang Tiara lama

Tiara menelan air liurnya, dia cuba untuk pergi dari situ tetapi tangan Encik Farok memegang lengannya.

"Kau ingat kau boleh lari??" Encik Farok mengusap pipi Tiara dengan penuh nafsu

Tiara memejam matanya menahan tangisan. Tiba-tiba dia teringat peristiwa malam itu tapi malam itu dia bernasib baik kerana Aryan muncul tepat waktunya.

"Cantik jugak kau ye, kalau lah aku tak lepaskan mak kau malam tu mesti aku dah dapat rasa dia" ujar Encik Farok dengan tangannya semakin meliar

Tiara ingin menjerit tetapi mulutnya bagai terkunci. Tiba-tiba ada suatu suara menyergah mereka berdua, Tiara menarik nafas lega kerana kali ini dia terselamat.

Encik Farok melepaskan keluhan kasar, dia memandang Puan Syarina dengan tajam. Dia melepaskan Tiara lalu berjalan menuju ke arah Puan Syarina.

"Berani kau ganggu aku" Encik Farok mencengkam pipi Puan Syarina

Puan Syarina memberi isyarat kepada Tiara untuk menyuruhnya masuk ke dalam bilik. Tiara terus bergegas masuk ke dalam biliknya, dia mengunci pintu biliknya rapat-rapat. Nampaknya hari ni dia tidak dapat pergi ke kerja.

Tiara duduk di birai katil sambil memeluk lututnya. Badannya tiba-tiba terketar-ketar, hari ini dia selamat tapi hari lain adakah dia akan selamat jugak??

PANG!!

Satu tamparan menghinggap di pipi Puan Syarina, tidak cukup dengan satu tamparan kaki Encik Farok menendang perut Puan Syarina. Dia berasa berpuas hati kerana dapat melepaskan amarahnya.

"Lain kali jangan ganggu aku ye kalau kau taknak kena macam ni" ujar Encik Farok lalu dia mencapai kunci motornya.

Puan Syarina memegang perutnya yang sakit, lebam di wajahnya semakin bertambah. Dia mengagahkan diri untuk bangun.

Setelah Encik Farok keluar dari rumah, Tiara bergegas keluar dari bilik menuju ke arah Puan Syarina. Sakit pulak hatinya melihat wajah Puan Syarina yang penuh kesan-kesan lebam.

"Ibu okay kan??" Soal Tiara

"Ibu okay, kamu pergilah kerja jangan risau pasal ibu" jawab Puan Syarina

"Macam mana nak pergi kerja kalau keadaan ibu macam ni" Tiara memandang Puan Syarina

"Ibu boleh jaga diri, kamu pergilah kerja"

Tiara mengeluh, dengan perasan yang bercampur baur dia pergi jua. Sebelum keluar rumah dia sempat memandang Puan Syarina sedang menyapu ubat di lengannya.

Tiara menutup pintu rumah rapat-rapat lalu berangkat ke tempat kerjanya. Semasa dia berjalan dia merasa seseorang mengekorinya, kejadian ini telah 2 hari berlaku tetapi apabila dia memusingkan badannya tiada sesiapa di belakangnya.

Tiara melajukan langkah kakinya, setibanya dia di jalan raya. Tiara memandang kiri kanan untuk melintas jalan, tiba-tiba dia teringat pertama kali dia bertemu dengan Aryan. Tanpa dia sedar dia tersenyum apabila mengingati kejadian itu.

Setelah memastikan tiada kenderaan yang lalu-lalang, Tiara melintasi jalan itu cepat-cepat.

Masuk sahaja dalam cafe, Encik Rizal menegur Tiara.

"Lewat kamu datang hari ni Tiara" Encik Rizal memandang Tiara

"Maaf bos, tadi Tiara ada masalah tu yang datang lambat" jawab Tiara sambil menundukkan kepalanya

"Takpe lah, kalau macam tu kamu pergilah buat kerja kamu dkt belakang tu" kata Encik Rizal

Tiara mengangguk lalu bergegas beredar dari situ. Begnya pula dia menyimpan ke dalam loker. Setelah memastikan lokernya telah dikunci, Tiara terus membuat kerjanya di dapur.

Dush!!

Tumbukan bertalu-talu menghinggap di pipi seorang lelaki. Darah yang keluar dari mulut lelaki itu dia menghiraukan.

"B-bukankah k-kau d-dah m-mati k-ke??" Soal lelaki itu dengan tergagap-gagap

"Sebab aku bijak bukan macam bos kau dahlah gemuk bodoh pulak tu, one more macam mana aku tahu yang aku ada dkt sini??" Jawab si dia

"Lepaskan aku"

"Not that easy" jawab si dia

"Kau taknak lepaskan aku, kau tengoklah nanti apa yang akan jadi dkt perempuan yang ada dkt Malaysia tu"

Si dia tersentak, dia mencengkam leher lelaki itu.

"Jangan berani-berani sentuh dia"

"Let me go first!!"

Tanpa banyak bunyi si dia membuka ikatan tali lalu melepaskan lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sini lalu beredar dari situ, dari senyuman itu jelas dia akan melakukan sesuatu.

"Stupid Aryan!!" Ujarnya pada diri sendiri

Aryan menumbuk dinding di sebelahnya. Tangannya yang luka dia menghiraukan, sekarang ni perlu ke dia kembali ke Malaysia?? Dia tahu Tiara dalam bahaya.

Aryan meloloskan diri ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin keretanya dan beredar dari tempat itu.

Setelah beberapa minit memandu kereta, Aryan keluar dari kereta lalu melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai. Frank yang perasan tangan Aryan terluka terus pergi ke arahnya.

"Kau asal???"

Aryan menghiraukan pertanyaan Frank, dia terus masuk ke dalam biliknya yang berada di tingkat atas. Frank yang pelik dengan Aryan terus menggelengkan kepalanya.

"Dah pahal mamat tu, mabuk ke?? Tapi kalau mabuk dia tak akan sampai ke rumah dah" kata Frank seorang diri sambil mengunyah gula-gula.





























Hola , I'm back

Saya update sempena MHMM 6K , thanks sebab baca story ni❤️

Maaf kalau bab ni pendek sebab dah lost idea dah🤓 lain kali saya update lagi ye.

Dah baca tu ringan-ringankan lah jari tu tekan button vote🤭🤭

MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]Where stories live. Discover now