Aryan berjalan masuk ke dalam bilik rahsia yang terletak di bawah tanah. Bau hanyir menusuk ke dalam hidungnya. Walaupun badannya tidak terlalu sihat tetapi kerjanya tetap berjalan.
"Bukankah kau demam ke??" Soal Andre yang menghembus asap vapenya
"Dah okay sikit itu yang aku turun sini lagipun aku bukan buat apa-apa dalam bilik tu pun" jawab Aryan
Andre mengangguk
"Frank mana??"
"Macam biasa, pergi jaga perempuan-perempuan tu lah" jawab Andre
Aryan melihat senjata-senjata tajam yang ada kesan darah. Dia mengambil pisau belati itu lalu menghidu bau darah itu.
Hmm darah segar
"Ryan, kau patut kahwin dengan dia" ujar Andre sambil memandang kelakuan Aryan
Aryan mengalihkan pandangannya, dia memandang ke arah Andre. Dia tahu maksud Andre tapi belum sampai masanya lagi.
"Kau sendiri tahu kan dragon tengah cari dia, kau nak ke dia jatuh dalam tangan dragon??" Andre memandang Aryan
"Let me think first" jawab Aryan lalu matanya memandang ke arah sekujur tubuh yang tidak bernyawa
"Okay tapi jangan lama-lama" Andre menepuk bahu Aryan lalu meninggalkan Adrian di bilik itu
Aryan melepaskan keluhan berat, ikutkan hatinya dia mahu berhenti membunuh dan mulakan hidup baru tapi belum tiba masanya lagi.
+×
Seorang perempuan memandang keadaan sekelilingnya sebaik sahaja tersedar dari koma. Dia melihat jarum di tangannya, baru sahaja ingin mencabut jarum itu tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar.
Perempuan itu memandang gerangan yang memasuki biliknya.
"Hey baby, setelah 4 tahun kau koma akhirnya kau bangun jugak ye" ujar lelaki itu sambil mendekati perempuan yang terbaring di katil
"Siapa awak?? Saya dekat mana?? Mana abang Rayyan??" Soal perempuan itu
Lelaki itu berdecit apabila terdengar nama Rayyan keluar dari mulut gadis itu. Lelaki itu menarik kerusi lalu duduk di sebelah gadis itu.
"Apa kau tanya?? Rayyan?? Rayyan dah tinggalkan kau and dia pun dah anggap kau mati!! Dan sekarang terbukti dia bahagia tanpa kau" Lelaki itu ketawa jahat
Perempuan itu memandang lelaki itu dengan penuh jijik. Entah mengapa tangannya terasa ringan sahaja ingin menampar wajah lelaki itu.
PANG!!!
"Berani kau tampar aku!!" Jelas di wajah lelaki itu terlihat bengang
"Kau jangan ingat kau boleh terlepas, aku akan pastikan kau akan terseksa!! Dengar tu Nur Tania Arissa" lelaki itu meninggalkan Tania yang menahan sakit
Mesti tertanya-tanya macam mana Tania boleh hidup kan??
Flashback
"Kerja kau senang je, kau just bagitahu family dia yang kanser dia sudah merebak then dia dah tak boleh diselamatkan lagi" ujar lelaki itu kepada doktor
"Tapi itu dah melanggar peraturan"
"Kau nampak muka aku kesah?? Kalau kau tak buat apa yang aku suruh tak dapat nyawa kau, nyawa keluarga kau dekat rumah tu melayang" ugut lelaki itu
Doktor itu menelan air liur kesat, nak tak nak dia harus melakukan kerja terkutuk itu. Dia pasrah dan hanya mengikuti sahaja arahan dari lelaki itu.
YOU ARE READING
MY HUBBY MR. MAFIA [ C ]
Action⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ Dia Aryan Benjamin seorang lelaki bermata biru yang berasal dari Itali. Dia seorang yang kejam dan tiada perasaan atau lebih tepat icerberg. Ramai orang mengenalinya sebagai usahawan berjaya tetapi ramai yang tidak mengenalinya dari...